Penjajah serah notis kosongkan rumah
07 April 2010
Memetik sumber seorang peguam, Sami Irsheed yang telah mengadakan pertemuan segera setelah keluarga Palestin berkenaan menerima notis tersebut, berkata, "beberapa pertubuhan penempatan Israel mengakui tanah yang didirikan rumah penduduk Palestin itu adalah hak Israel". Jelas peguam terbabit, setakat ini tindakan dari keluarga Palestin hanya menyukarkan Israel dari menguasai hartanah penduduk Palestin selaku penduduk asal.
Jelas sumber lagi bahawa kedua-dua buah keluarga itu adalah di antara beberapa buah keluarga yang mendiami di kawasan terbabit semenjak puluhan tahun yang lalu.
Berhubung tindakan penjajah, Menteri Luar Israel yang berhaluan kanan(pelampau), Avigdor Liberman mengesahkan bahawa Kerajaannya tidak akan membekukan kerja binaan penempatan Israel malah usaha pengyahudian juga tidak akan dihentikan di tanah-tanah Palestin, bandar Al-Quds.
"Tidak ada sebuahpun Negara yang setuju hentikan pembinaan di ibu Negaranya", dakwa Liberman. Sumber 07/04/2010, web berita islamtoday.net
0 comments:
Catat Ulasan