11.00 malam, Mesir/Palestin : Berita Al-Jazeerah terus melaporkan bahawa Israel membantah dengan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Antarabangsa berhubung serangan berdarah, malah Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Penjajah(Israel) juga membantah membebaskan Gaza dari sekatan.
Gambar: Di Karachi, penduduk Pakistan tidak berpuas hati dengan sikap US dan membantah serangan penjajah.
Bagaimanapun ketika Netanyahu bertemu dengan Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), Netanyahu mencadangkan untuk mengurangkan sekatan ke atas Gaza, iaitu:
1) Mewujudkan pasukan keselamatan antarabangsa di perairan pantai Gaza atau lebih tepat lagi pasukan itu berkawal di pelabuhan Gaza.
2) Setiap kapal-kapal yang menuju ke Gaza mesti diperiksa terlebih dahulu di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel).
*Tony Blair semasa menjawat Perdana Menteri Britain pernah mengeluarkan kenyataan mengenai serangan Israel ke atas Gaza pada pertengahan tahun 2007 adalah 'untuk mempertahankan diri'.
Sementara itu, Amerika Syarikat(US) turut menegaskan komitmennya menjaga keamanan Israel. Diungkapkan, serangan Isnin ke atas armada pembebasan adalah wajar sebagaimana yang disebut oleh Joseph Biden, Timbalan Presiden US.
Dalam wawancara sebuah rancangan televisyen, Joseph biden(gambar) berkata, Israel berhak untuk menghadang dan memeriksa kapal-kapal yang menuju ke Semenanjung Gaza.
Jelas Biden lagi, 'memang hak Israel untuk sebut bahawa tidak tahu muatan yang dibawa oleh kapal-kapal ke Gaza, tempat yang melancarkan serangan roket ke Israel(mengisyarat kata-kata yang dituju kepada HAMAS) tetapi US sendiri telah bersedia untuk memberikan tekanan yang lebih besar agar bantuan-bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk ke Gaza, termasuk bahan binaan'.
Selain itu, Timbalan Presiden US menyalahkan pihak-pihak konvoi yang tidak mahu dengar perjanjian Israel supaya mengubah arah tuju pelayaran dan membenarkan Pihak Berkuasa Israel yang membawa bantuan-bantuan kemanusiaan konvoi itu ke Gaza. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah
Berita siang tadi : Tunjuk perasaan di Indonesia dan Itali sebagai bantahan serangan berdarah ke atas armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah
Sementara itu, Afrika Selatan memanggil pulang dutanya ke Israel ke Afrika Selatan kerana membantah Israel yang menyerang armada pembebasan. Sumber berita Al-Jazeerah
05.15 petang, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah berkata, Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Jeneral
Gabi Ashkenazi turut berada di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel) pada hari Isnin yang lalu bagi meninjau sama ada dia(Syeikh Raed Salah) masih hidup.
Sumber web berita safa.ps
Gambar: Gabi, Ketua Turus Angkatan Tentera Penjajah(Israel) sewajibnya perlu diseret segera ke tribunal jenayah perang. Ketika perang Gaza 2008-2009, Gabi serta Ehud Barak(Menteri Perang Penjajah) merupakan antara individu yang terlibat mengeluarkan arahan menyerang Gaza.
04.14 petang, Mesir/Palestin : Kumpulan HAMAS di parlimen Palestin(كتلة التغيير والإصلاح) menggesa ahli-ahli parlimen dari Negara Arab, Islam dan Eropah yang mengikuti armada pembebasan agar berusaha bagi membebaskan Gaza dari sekatan serta membuat pendakwaan ke atas pemimpin-pemimpin penjajah(Israel) dalam mana-mana forum, perjumpaan rasmi, dan persidangan rasmi yang bersifat antarabangsa. Sumber web berita safa.ps
_______________________
Tahniah kepada para sukarelawan Malaysia. Sumber gambar, Berita Harian.
- Mereka telah menempuh satu pertempuran(pelayaran) yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan, sebagaimana perang di Gaza pada 2008/2009 -
(Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud. 03/06/2010, Berita Harian)
_______________________
01.05 petang, Mesir/Palestin : Penduduk Turki mengiringi 9 jenazah sukarelawan Turki yang syahid dalam serangan berdarah ke atas armada pembebasan.
Gambar: Sukarelawan Turki yang syahid telah mengorbankan diri untuk membebaskan Palestin. Pelayaran mereka meskipun misi menghantar bantuan kemanusiaan tetapi ia adalah misi untuk melepasi tembok sekatan yang terlalu kukuh sebagaimana di Kota Konstantinopel satu masa dahulu. Perjalanan sejarah sedang berulang.
Penghormatan dan pengucapan akhir dihadiri Menteri-menteri dan masyarakat Turki, malah dalam itu mereka semua mendesak supaya jenayah Israel ke atas para sukarelawan dibalas.
Memetik sumber agensi berita 'Anadhul' Turki, bahawa pakar-pakar perubatan forensik menyatakan 9 sukarelawan Turki yang syahid dalam serangan Israel menuju ke Gaza dibunuh dengan tembakan peluru.
Pakar-pakar tersebut menemui kesan belerang tembakan di tubuh semua mangsa, salah seorang darinya mengakui bahawa sukarelawan ini dibunuh dalam jarak yang dekat. Sumber Web berita safa.ps
12.38 petang, Mesir/Palestin : Penjajah telah membebaskan Syeikh Raed Salah dan tiga lagi sukarelawan armada pembebasan dari Palestin 1948 dengan beberapa syarat.
Gambar: Syeikh Raed Salah berkopiah sambil tangan digari dan kaki turut dirantai.
Syeikh Raed Salah ketika memberikan kenyataan kepada pemberita di dalam mahkamah berkata, 'seorang dari tentera Israel unit komando 13 cuba membunuhnya ketika berada di atas kapal, bagaimanapun tentera Israel telah membunuh orang lain yang hampir serupa dengannya.
Sumber web berita safa.ps
Pautan lain:
> Buku, 'Special Forces', m/s 60, Shayetet 13
09.57 pagi, Mesir/Palestin : Rafael Vicente Correa Delgado,
Presiden Ecuador pada malam semalam telah mengumumkan menarik duta Ecuador ke Israel pulang ke Ecuador.
Gambar : Lanun dari unit elit tentera laut Israel, S'13 ketika menawan kapal armada pembebasan di pagi 31/05/2010.
Presiden Rafael berkata, 'Duta Ecuador diminta beredar segera dari Tel-Aviv bagi membantah serangan ke atas armada pembebasan yang menyebabkan kematian di kalangan masyarakat awam'.
Sumber web berita safa.ps
08.25 pagi, Mesir/Palestin : Dilaporkan semalam bahawa Pihak Berkuasa Israel akan membebaskan delegasi sukarelawan armada pembebasan dari Palestin 1948, Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam 1948, Muhammad Zaidan(رئيس لجنة المتابعة العربية لعرب 48), Hamad Abu Daibs(عضو اللجنة) dan Lebna Musarawah salah seorang aktivis hak asasi.
Bagaimanapun, pembebasan empat sukarelawan Palestin itu tidak pasti sama ada dengan jaminan atau syarat lain.
Menurut berita Al-Jazeerah sebentar tadi Israel belum membebaskan kesemua delegasi Palestin 1948. Sementara itu, pasukan peguam Palestin menyifatkan cara tahanan dan siasatan ke atas mereka dari awal hingga akhir tidak bersandarkan undang-undang.
Laporan wartawan Al-Jazeerah dari penjara Israel di bandar Askalan(Ashkelon) tempat tahanan empat sukarelawan Palestin yang dikerumuni polis-polis dan badan perisikan Israel bagi menghalang rempuhan pelampau Yahudi.
Sebentar tadi, sekumpulan pelampau Yahudi, seorang darinya telah mencerca Nabi Muhammad SAW. Lantas, polis Israel menghalau pelampau itu.
Di hadapan bangunan penjara Askalan, langkah keselamatan turut diperketatkan kemungkinan berlaku pertempuran selepas pembebasan Syeikh Raed Salah dan sukarelawan Palestin yang lain.
Palestin yang ditangkap atas tuduhan, antaranya:
> Menggunakan senjata.
> Cuba memasuki zon tentera(kawasan tertutup di bawah kuasa tentera).
> Penduduk Negara Israel yang cuba memasuki Gaza(Status Palestin yang ditangkap adalah warganegara Israel) iaitu kawasan yang dilarang bagi penduduk Israel.
> Menimbulkan bahaya kepada keamanan Israel.
> Bersekongkol dengan jenayah berikutan konvoi armada pembebasan yang menyalahi undang-undang.
> Dan beberapa lagi tuduhan. Sehingga kini, perkara yang berkait belum jelas. Sumber berita Al-Jazeerah
06.35 pagi, Makkah(berita ringkas) : Tiga buah pesawat Turki yang membawa 466 aktivis/sukarelawan telah mendarat di bandar Istanbul, Turki termasuk 9 jenazah sukarelawan Turki yang dibunuh komander tentera laut Israel dalam serangan ke atas armada pembebasan.
Ketibaan mereka disambut secara rasmi dan gilang-gemilang. Setibanya mereka dipintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, mereka terus mengkritik dan mengutuk keras Israel dan Amerika Syarikat. Sebagaimana disebutkan, mereka dilayan dengan buruk oleh Israel. Sumber web berita Al-Jazeerah
Sukarelawan Malaysia:
Berita Semalam, Majlis Hak Asasi Manusia mengutuk keras serangan Israel ke atas armada pembebasan.
Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu juga telah mengeluarkan ketetapan bagi mengadakan siasatan antarabangsa berhubung serangan berdarah terhadap armada pembebasan. Ketetapan tersebut disepakati 37 buah Negara anggota Majlis Hak Asasi asal dari 47 buah dan tiga buah Negara lagi membantah ketetapan itu, terutamanya Amerika Syarikat. Manakala, beberapa buah Negara yang lain ada yang tidak dibenarkan menyetujui dan membantah.
Berikutan itu, Presiden Venezuela, Hugo Chávez mengutuk Amerika Syarikat seolah-olah menyokong tindakan Israel. Sumber berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan