Zionis terus menyerang
25 Disember 2010
GAZA - Serangan pada lewat tengah malam ini turut mensasarkan sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS).
Jelas sumber, pesawat tempur zionis melepaskan dua serangan ke atas lokasi AL-QASSAM yang terletak di Wadi Gaza, kawasan El-Maghraqah, pertengahan Semenanjung Gaza.
Seperti yang dijelaskan, sebelum ini, lokasi berkenaan telah kerap-kali diserang.
Berhubung wujud kecederaan, jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pengeboman zionis di wilayah tengah Gaza mengakibatkan 2 penduduk yang berjalan kaki cedera.
Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah. Luka mereka disifatkan antara ringan dan pertengahan.
Menurut seorang penduduk Gaza, ketika ini(jam 01.15 pagi, waktu Palestin/Mesir), pesawat tempur zionis dan pesawat pengintip tanpa juruterbang masih berlegar-legar di ruang udara tanpa henti.
Sumber keamanan menyebut kepada pemberita 'Safa' bahawa serentak serangan ke atas lokasi AL-QASSAM, pesawat tempur zionis turut mensasarkan serangan ke atas sebuah kereta jenis 'volkswagen' yang dimiliki pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI), namun mereka terselamat dan hanya menerima rawatan pesakit luar.
Serangan udara lewat tengah malam tadi dan awal pagi ini telah meningkat melebihi 16 serangan udara dalam bulan disember sahaja. Di samping itu, serangan artileri(meriam) zionis di Gaza melebihi 8 kali, manakala tembakan yang boleh disifatkan berlaku setiap hari mengakibatkan 13 penduduk Gaza syahid dan 33 lagi cedera. Sumber 25/12/2010, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan