الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Lanjutan 15 hari tempoh tahanan ke atas pegawai mossad

26 Jun 2011

KAHERAH - Pendakwa keselamatan tertinggi yang diketuai Hisham Badwi telah memutuskan lanjutan 15 hari tempoh tahanan ke atas Ilan Grapel, 27 yang memiliki kerakyatan Amerika - Israel atas pertuduhan melakukan intipan dan menggugat keamanan Mesir.

Berhubung tuduhan, pendakwa raya telah menyiapkan laporan menunjukkan motif Ilan yang dikaitkan dengan anggota mossad dan terlibat dalam perang Israel ke atas Lubnan tahun 2006 memasuki Mesir untuk memperolehi dan mengumpulkan maklumat-maklumat serta memantau di sebalik kejadian revolusi 25 Januari.

Gambar: Ilan Grapel, tentera zionis yang terlibat dalam perang Israel ke atas Lubnan tahun 2006.

Tambahan lagi, Ilan kerap dilihat berada di kawasan tunjuk perasaan serta menghasut para demonstran melakukan rusuhan dan mencetuskan pertelingkahan antara tentera, polis dengan penunjuk perasaan.

Sedemikian itu, Ilan telah dilanjutkan lagi tempoh tahanan selama 15 hari oleh pendakwa keselamatan tertinggi untuk tempoh siasatan berhubung pertuduhan 'merisik' ke atasnya. Seperti yang diaturkan, pendakwa keselamatan akan memanggil beberapa di kalangan pemuda yang sempat bertemu dengan perisik ini bagi mendapatkan maklumat-maklumat.

Keselamatan Mesir tangkap perisik Israel

Ilan ditangkap Pihak Keselamatan Mesir setelah dikesan bahawa Ilan adalah seorang pegawai perisik Israel, mossad. Siasatan yang didedahkan oleh Pihak Keselamatan, Ilan memasuki ke Mesir sebagai wartawan asing yang bertujuan membuat liputan kejadian revolusi 25 Januari. Ilan turut dituduh cuba merekrut beberapa pemuda dan menimbulkan fitnah antara golongan muslim dan nasrani. Siasatan ini turut menyebut misi risikan Ilan adalah untuk kepentingan mossad dan maklumat-maklumat penting akan terus dihantar ke Israel.

Dapat kebenaran jumpa Ilan

Dari sudut lain, wakil-wakil dari kedutaan Israel dan Amerika Syarikat ke Kaherah telah mendapat kebenaran melawat pegawai perisik Israel yang dikurung di Mesir. Media Mesir tidak melampirkan waktu dan hari lawatan wakil berkenaan, namun dilaporkan, hampir sejam wakil rasmi kedutaan Israel dan Amerika bertemu dengan Ilan.

Menurut sumber keamanan, tertuduh meminta dari wakil-wakil yang melawatnya supaya bebaskan dia dari kes ini dan pulangkan dia ke sisi keluarganya.

Panggilan diplomatik

Sumber keamanan turut mendedahkan wujudnya panggilan telekomunikasi secara kerap di peringkat diplomatik antara Mesir dengan Amerika Syarikat serta Israel dan beberapa pihak lagi dalam usaha membebaskan pegawai mossad ini. Tambahan pula, Washington dan Israel telah mengemukakan beberapa dokumen sebagai bukti kepada pendakwa raya, Dr Abdul Majid Mahmoud dan pendakwa raya Hisham Badwi yang menyabitkan kebenaran Ilan Grapel bekerja sebagai wartawan sahaja. Malah turut dikatakan lagi, Ilan datang ke Kaherah bagi menyatakan simpati dengan revolusi aman Mesir. Ilan menyelinap di tengah-tengah barisan demonstran dan pemuda revolusi kerana suka keadaan yang tidak ada bandingan di rantau ini.

Seperti yang dinyatakan, pegawai mossad ini enggan mendedahkan identiti sebenar dan status kerakyatakan Israel ekoran bimbang dengan keselamatan nyawanya. Lebih-lebih lagi ketikamana kenyataan-kenyataan dari pihak Majlis Tertinggi Tentera dan Badan Keselamatan yang menyebut tentang anasir-anasir luar menyelinap di kalangan penduduk Mesir.

Akhbar-akhbar harian Mesir yang menyiarkan tentang laporan perisik Israel di Mesir.

Contohi keluarga Shalit

Sementara itu, sebilangan dari warga zionis Israel meminta keluarga perisik ini mengambil langkah membuat serangan media terhadap Mesir sebagaimana mencontohi langkah yang diambil oleh keluarga Gilad Shalit, tentera zionis yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza. Langkah tersebut adalah mengenakan tekanan kepada Kaherah bagi membebaskan Ilan. Sumber 26/06/2011, suratkhabar Misril-Youm, suratkhabar As-Shourouk dan suratkhabar Youm 7

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS