Penduduk Palestin sesak nafas menentang tembok pemisah
07 Jun 2011
Jam 01.13 petang, Mesir
TULKARM - Selepas tengahari tadi, sebuah pertempuran meletus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah di pintu gerbang tentera yang berada setentang tembok pemisah di kampung Nuzlah Isa, utara bandar Tulkarm, Tebing Barat.
Sumber tempatan berkata, sebaik sahaja penduduk Palestin menghampiri pintu gerbang tembok pemisah, tentera rejim penjajah terus melepaskan tembakan gas pemedih mata dan memberi amaran kepada penduduk Palestin supaya berundur. Berikutan itu, puluhan penduduk Palestin tercedera akibat tembakan gas pemedih mata.
Sumber menyatakan, penduduk Palestin dalam bilangan ratusan mengadakan perarakan bagi menyertai kempen masyarakat menentang tembok pemisah di kawasan tanah yang dirampas. Begitu juga, sempena memperingati Naksah 1967 di utara Tulkarm, perarakan tersebut bermula dari pertengahan daerah menuju ke pintu gerbang tentera.
Sebaik sahaja perarakan penduduk Palestin tiba di pintu gerbang tentera, lalu dihujani tembakan gas pemedih mata. Lantas, pemuda-pemuda Palestin bertindak balas dengan melontar batu. Sumber 07/06/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan