Penjajah tangkap pemimpin HAMAS, FATAH
02 Jun 2011
TEBING BARAT - Tentera rejim penjajah menangkap beberapa pemimpin Palestin awal pagi tadi(Khamis) yang gerak aktif di Tebing Barat.
Menurut saksi kejadian, tentera penjajah menangkap pemimpin gerakan HAMAS, Dr. Ghassan Zuqan dan Syeikh Yaseer Al-Badrasawi di bandar Nablus, seiring kejadian itu, seorang pemimpin utama gerakan FATAH yang merupakan bekas anggota Majlis Legislatif Palestin, Husam Khidhir juga ditangkap.
Jelas saksi lagi, sepasukan unit tentera rejim penjajah yang terdiri dari 50 anggota tentera merempuh Mukhayyam Balata serta menggeledah rumah Husam Khidhir dan rumah pemimpin HAMAS yang menganggotai jawatankuasa penyelarasan kumpulan pembebasan Palestin. Setelah rumah mereka digeledah dan diperiksa malah beberapa peralatan dirosakkan serta merampas telefon bimbit, lalu penjajah menangkap kedua-duanya.
Kejadian yang sama, sumber dari anak Ghassan Zuqan berkata, pada jam 2 pagi, tentera rejim penjajah merempuh masuk ke bangunan tempat kediaman mereka tinggal di Hayyu Al-Muajain yang terletak di barat bandar Nablus, lalu memberi arahan kepada bapanya supaya keluar tanpa mereka menggeledah masuk ke rumah. Selepas itu, menurut sumber, pemimpin HAMAS dibawa pergi ke arah yang tidak diketahui.
Lagi ahli parlimen HAMAS ditangkap
Ahli parlimen Palestin yang mewakili gerakan HAMAS, Abdul Rahman Zaidan ditangkap semula rejim penjajah awal pagi ini. Beliau berasal dari bandar Tulkarm, Tebing Barat.
Lapor agensi berita Safa, penangkapan ke atas ahli parlimen ini mendapat kecaman keras dari parti gerakan HAMAS dalam Majlis Legislatif Palestin, Taghyir Wal-Islah(كتلة التغيير والإصلاح) yang memberi peringatan bahawa rancangan baru penjajah menyasarkan ahli-ahli parlimennya yang bertujuan menggagalkan usaha baik pulih dalaman Palestin. Senario ini juga bertujuan mahu melenyapkan fungsi dan peranan parlimen.
Taghyir Wal-Islah menggesa parlimen antarabangsa bagi menghentikan penangkapan bersiri yang disifatkan jenayah politik serta menyekat kegiatan lanun Israel ke atas ahli parlimen HAMAS.
Tangkap 8 Palestin yang di'kehendaki'
Sementara itu, radio penjajah menghebahkan bahawa tentera Israel telah menangkap 8 penduduk Palestin semalam atas dakwaan mereka di'kehendaki'. Kesemua yang ditangkap telah dibawa ke bahagian siasatan.
Palestin ditangkap semula
kelmarin, gerakan HAMAS menyatakan bahawa tentera rejim penjajah menangkap semula salah seorang pemimpin utamanya, Husin Abu Kuweik, 55 setelah beliau dipanggil lapor diri di penjara Ofer berhampiran Ramallah.
Tangkap pegawai polis Palestin
Lapor Safa pada jam 08.50 pagi, waktu Mesir menyebut tentera rejim telah menangkap seorang pegawai polis Palestin di bandar Khalil, selatan Tebing Barat awal pagi tadi.
Sumber keselamatan berkata, pegawai polis Palestin yang bernama Ahmad Abu Husin telah ditangkap dari rumahnya di Khalil, kemudian penjajah membawanya ke arah yang tidak diketahui.
Seorang pemuda Bet Lehem ditangkap
Safa melaporkan lagi pada jam 09.10 pagi, waktu Mesir mengenai penangkapan di Tebing Barat awal pagi tadi. Jelas sumber, tentera rejim menggeledah sebuah rumah di daerah Husan, barat Bet Lehem dan menangkap seorang pemuda, Ali Abdul Wahab Shakir Humamara, 22.
Kemudian, tentera penjajah membawa Ali ke arah yang tidak diketahui.
Periksa 15 buah rumah
Safa melaporkan semalam, tentera rejim penjajah telah memeriksa 15 buah rumah penduduk Palestin di kawasan Yatta, selatan Khalil. Laporan lain menyatakan tentera penjajah memukul penduduk kampung Palestin di Bayt Amra yang berhampiran Yatta. Sumber 02/06/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan