Roket menyerang Ashkelon
28 Julai 2011
Jam 05:37 pagi, waktu Mesir
GAZA - Sebuah web berita Israel, 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew melaporkan bahawa satu peluru roket dari Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza) menyerang Israel(kawasan jajahan zionis) awal pagi ini.
Jelas sumber, serangan roket itu gugur di sebelah selatan Ashkelon berhampiran majlis daerah penempatan. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.
Pada pertengahan malam semalam, pesawat-pesawat tempur dan pengintip rejim zionis dilihat kerap melakukan penerbangan secara mengejut di ruang udara Gaza. Menjelang detik tengah malam pula, agensi berita Safa melaporkan bahawa bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan tembakan ke arah persisiran pantai Rafah di selatan Gaza.
Zionis ceroboh Gaza
Berikutan serangan roket, Safa melaporkan rejim zionis melakukan pencerobohan dua hari berturut-turut pada 25 dan 26 Julai lalu tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan.
Sumber memperincikan pada 25 Julai, beberapa buah jentera perang zionis menceroboh sejauh 400 meter ke dalam kawasan tanah Gaza.
Pencerobohan zionis pada awal pagi itu meliputi kawasan di sebelah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah.
Menurut saksi kejadian, pencerobohan tersebut seiring melepaskan tembakan bertubi-tubi. Kemudian rejim zionis menjalankan operasi meratakan tanah serta mengesan.
Tambahan lagi pada 26 Julai, Safa melaporkan pencerobohan zionis berhampiran Hayyu El-Farahain di sebelah timur wilayah Khan Yunus(Khan Younis), selatan Semenanjung Gaza.
Penyampai berita Safa menjelaskan, 3 buah kereta kebal yang mengiringi 4 buah jentolak menceroboh secara terbatas ke dalam kawasan tanah penduduk Palestin di sepanjang garis sempadan di kawasan berkenaan.
Safa menyatakan bahawa kereta kebal zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk dan tanah pertanian. Sumber 28/07/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan