Laporan jam 01:28 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:28 petang, waktu Kaherah (Mesir)
GAZA - Salah seorang pemimpin gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية), Salah Al-Bardawil mendedahkan makluman yang disampaikan dari Jabatan Presiden Mesir kepada Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza bahawa serangan Rafah tidak ada kaitan dengan Semenanjung Gaza.
Kaitan berita:
|
Arkib PALTIMES: Al-Bardawil |
Tambahan dari kenyataan Al-Bardawil kepada agensi berita AL-SHARQ, "Mesir mengesahkan siasatan dari perisikan dan tentera yang telah menjelaskan bahawa penyerang-penyerang terbabit tidak ada kaitan dengan rakyat Palestin, Gaza, HAMAS mahupun kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin yang lain dan kesemua ini tidak termasuk di dalam lingkungan suspek tuduhan."
Bagaimanapun, saki-baki (فلول) bekas pemerintah Mesir masih berusaha membabitkan Gaza dengan kejadian ini bagi membelenggu Presiden Mesir dan Jamaah Ikhwan Muslimin.
Al-Bardawil berkata, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menghubungi secara rasmi pihak Mesir untuk membuka kembali terminal sempadan Rafah hari ini atau esok bergantung kepada tempoh.
Pemerintah Mesir menerangkan bahawa sekatan ke atas Gaza tidak akan diperbaharui lagi dan segala kemudahan yang diberikan kekal berjalan, ianya akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai operasi ketenteraan Mesir di sebahagian kepulauan Sinai.
Usaha burukkan imej HAMAS
Berhubung laporan yang diterbitkan akhbar tempatan 'AL-QUDS' dari sumber keamanan yang disifatkan sumber yang dipercayai menyebut perisikan Mesir telah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada gerakan HAMAS agar segera menyerahkan tiga anggota sayap tenteranya, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM kepada perisikan am Mesir.
Laporan berkenaan tidak menyebut tiga anggota sayap tentera HAMAS terjebak dalam serangan Rafah, akan tetapi untuk mengesahkan kebenaran maklumat yang berkaitan dengan penyediaan logistik secara tidak langsung dan ketiga-tiga mereka ini disyaki membantu kumpulan pelampau di Sinai serta menjalankan kegiatan penyeludupan beli senjata dalam tanah Mesir.
Sumber tersebut enggan mendedahkan nama-nama terbabit, namun, sumber keamanan di Ramallah (Tebing Barat) menerangkan tiga orang individu itu, Aiman Naufal, Raed Al-Attar, dan Muhammad Abu Shamalah yang dikenali terlibat secara langsung hubungan dagang terowong bawah tanah.
Berdasarkan kenyataan Al-Bardawil, Kaherah tidak menyuarakan apa-apa pun permintaan dari Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza setakat ini mengenai kejadian serangan.
Jelas beliau, HAMAS melihat banyak laporan-laporan berita dusta yang sengaja diciptakan oleh sebahagian media massa yang mempunyai kerjasama dengan media massa penjajah sebagai usaha memburukkan imej HAMAS dan merampas kepercayaan rakyat Mesir, dan pemimpin Mesir terhadap gerakan HAMAS serta untuk menjejaskan hubungan antara dua pihak.
Al-Bardawil harap kepada lidah-lidah ini agar sudah-sudahlah menjadi media yang hina nilainya.
Kata Al-Bardawil, Kerajaan Palestin bersedia menutup terus terowong-terowong bawah tanah apabila sempadan Rafah dibuka secara keseluruhan (berdasarkan perjanjian 2005, terminal Rafah hanya dibenarkan untuk individu keluar masuk tanpa membabitkan perdagangan mahupun bantuan).
Seperti yang disebutkan, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh menyatakan Semenanjung Gaza tidak ada kena mengena dengan serangan itu dan pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama bersekutu dengan Mesir semata-mata untuk mengawal sempadan, lanjutan di sini. Sumber 09/08/2012, web berita Paltimes dan web berita Safa
0 comments:
Catat Ulasan