الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label jabatan penjara israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jabatan penjara israel. Papar semua catatan

Anggota Knesset: Persetujuan hari ini noktah hitam kepada Israel

14 Mei 2012


Seorang anggota Knesset(parlimen Israel) menyifatkan bahawa persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.

Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi mewakili 'الاتحاد الوطني', persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan noktah hitam kepada Israel. 

Mikhael mengungkapkan persetujuan yang dicapai itu memberikan kehidupan baru kepada mereka(tahanan-tahanan Palestin).

Israel tunduk kepada tahanan

Menukil dari web berita SAFA, setelah mengharungi 28 hari mogok lapar, Israel telah tunduk kepada tahanan-tahanan Palestin dalam penjaranya pada petang Isnin, 14 Mei 2012.

Para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara penjajah telah menandatangani satu persetujuan dengan Jabatan Penjara Israel bagi mengakhiri mogok lapar yang mana kesemua tuntutan-tuntutan mereka akan dilunaskan. Sewaktu persetujuan hari ini dimeterai, Duta Mesir ke Israel juga hadir.

Ketua delegasi tahanan yang telah dibebaskan, Ruhi Mushtaha yang berada di Kaherah sejak beberapa hari yang lalu bagi mengetuai delegasi dari Gaza telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Mesir mengenai mogok lapar.

Kata beliau, satu persetujuan telah ditandatangani antara Jabaran Penjara Israel dengan para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara yang turut dihadiri Duta Mesir ke Israel. 

Persetujuan itu berhubung tuntutan-tuntuan yang telah dimeterai sepanjang rundingan yang dijalankan dan ada juga yang berkaitan dengan pelunasan janji Israel dalam agenda-agenda(bab kandungan) perjanjian penukaran tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى) antara HAMAS dengan rejim zionis.

Persetujuan ini menetapkan dalam tempoh 72 jam, kesemua tahanan Palestin yang meringkuk dalam kurungan asing(seorang diri) akan dikeluarkan kepada sel kurungan biasa.

Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu menjelaskan ketika menjelang waktu menandatangani persetujuan antara pemimpin gerakan tahanan yang mogok lapar dalam penjara dengan Jabatan Penjara Israel, adanya perkembangan yang positif. Jelas beliau, pertemuan(sesi persetujuan yang dihadiri Duta Mesir ke Israel dalam penjara Israel) diikuti secara langsung oleh Mesir dengan penyelarasan bersama kerajaan Palestin di Gaza.

Terima kasih semua

Menteri Tahanan Kerajaan Palestin di Gaza, Abu As-Subhi yang berada di Kaherah mengesahkan persetujuan antara para tahanan dengan Jabatan Penjara Israel. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mesir(terutamanya Badan Perisikan Mesir), masyarakat Arab dan umat Islam dan kesemua yang bersimpati terhadap para tahanan. Beliau turut menyeru agar membantu kepada kemenangan sehinggalah kesemua tahanan dibebaskan.

Dari sudut lain, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada para tahanan-tahanan Palestin yang berjaya mengharungi mogok lapar sehingga tercapai kesemua tuntutan mereka. Beliau memuji ketabahan para tahanan yang sanggup mengadakan mogok lapar.

Tambahan lagi, Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas berkata, persetujuan ini adalah langkah utama ke arah jalan membebaskan kesemua para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Situasi mogok lapar

Sejak 28 hari yang lalu, ratusan daripada tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel telah mengharungi mogok lapar atau disebut 'pertempuran kosongkan perut'. Diikuti dua tahanan lagi, Saer Halahulah dan Bilal Ziab yang telah pun mengharungi mogok lapar sejak 78 hari sebelum ini. Demikian itu sebagai bantahan kepada keadaan keadaan yang mereka terpaksa lalui dalam penjara.

Para tahanan Palestin meletakkan syarat bagi menghentikan mogok lapara adalah dengan tunaikan tuntutan mereka, antaranya, selesaikan kes tahanan tanpa bicara(tutup kes), tiada lagi kurungan seorang diri serta membenarkan ahli keluarga mereka dari Semenanjung Gaza melawat anak-anak mereka dalam penjara-penjara Israel.

Israel telah menyahut sebahagian dari tuntutan mereka supaya mogok dihentikan tetapi para tahanan Palestin enggan dan nekad terus mengharungi mogok lapar sehinggalah kesemua tuntutan mereka dilunaskan. Sumber 14/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Empat lagi tahanan mogok lapar diasingkan dalam penjara Jalama

07 Mei 2012


Laporan jam 03.52 petang, waktu BaitulMaqdis
jam 02.52 petang, waktu Mesir

JENIN - Jabatan Penjara Israel(Israel Prison Service) telah mengasingkan empat lagi tahanan mogok lapar yang meringkuk dalam penjara Jalama. Keempat-empat tahanan ini merupakan penggerak jawatankuasa mogok dipindahkan ke sel kurungan berasingan(seorang diri) sebagai tindakan hukuman.

Menukil keterangan media peguam bela, Hanan Al-Khatib sebaik sahaja dibenarkan melawat anak guamnya, kata beliau,  keempat-empat tahanan yang mogok lapar, Mu'tasim Samara dari gerakan HAMAS, Bassam Abu 'Akr dari gerakan JIHAD ISLAMI, Yaaser Mush'atiy dari GERAKAN PERTAHANAN RAKYAT, dan Ahmad Abu Khidr dari gerakan FATAH.

Beliau menyatakan, Jabatan Penjara telah memberikan manisan(kuih-muih arab yang disaluti manisan) dan buah-buahan kepada para tahanan yang mogok lapar supaya dapat membawa mereka ke poliklinik dan bertujuan untuk membuatkan mereka menghentikan mogok, namun, para tahanan terbabit enggan menerima pemberian tersebut. Kini, keempat-empat mereka menghadapi krisis kesihatan yang amat meruncing.

Beliau menegaskan, para tahanan nekad meneruskan mogok lapar sehinggalah ditunaikan semua tuntutan gerakan tahanan terutama tahanan yang diasingkan(tahanan seorang diri).

Berhubung mogok lapar, sebuah media Israel, 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) dalam laporannya menyebut bahawa mogok lapar yang dilakukan oleh para tahanan Palestin secara berterusan hingga ke hari dua puluh satu berturut-turut boleh mengakibatkan salah seorang dari mereka maut dan hal ini akan membuatkan rantau ini menjadi tegang. Sumber 07/05/2012, web berita safa.ps

Read more...

[Klip berita] Terus mogok lapar hari ke-19 dalam penjara Israel

06 Mei 2012



Rentetan dari laporan berita 'Penjajah asingkan 30 tahanan termasuk pesakit di Negev', sebuah klip berita dari AL-JAZEERAH turut memaparkan liputan berhubung mogok lapar yang dilancarkan oleh para tahanan Palestin dalam penjara-penjara penjajah(Israel).

Situasi dari klip berkenaan, para tahanan Palestin dan Arab yang berjumlah lebih 1600 orang dalam penjara-penjara penjajah masih meneruskan mogok lapar. Sehingga laporan ini dipaparkan, mogok lapar yang dilancarkan itu telah memasuki hari ke sembilan belas berturut-turut. Sebilangan dari tahanan yang mogok telah dibawa ke hospital ekoran taraf kesihatan mereka yang merudum teruk. Seiring mogok lapar, penduduk Palestin di bandar-bandar tanah Palestin mengadakan perarakan-perarakan dan demontrasi sebagai tanda simpati dan kebersamaan bersama para tahanan yang meringkuk dalam penjara-penjara penjajah. Sumber klip berita, 05/05/2012, berita Al-Jazeerah

Read more...

Penjajah asingkan 30 tahanan termasuk pesakit di Negev

04 Mei 2012


Laporan jam 12.38 tengahari, waktu BaitulMaqdis
Jam 11.38 pagi, waktu Mesir 

NAQAB - Para tahanan Palestin dari gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية) yang meringkuk dalam penjara Naqab (Negev) berkata, Jabatan Penjara Israel (SHABAS atau IPS) telah mengasingkan 30 orang tahanan yang mogok lapar dan memindahkan mereka ke tempat lain. Mereka juga telah dinafikan hak serta diasingkan dari dunia luar.

Tahanan-tahanan menjelaskan dalam satu salinan surat kepada wakil pemberita SAFA bahawa sebilangan dari tahanan yang mogok lapar mengalami sakit yang kritikal dan mereka tidak akan dibenarkan mengambil ubat dalam tempoh 48 jam kerana tidak boleh berbuat demikian semasa mereka mengadakan mogok itu. Oleh itu, mereka meletakkan bahawa Jabatan Penjara perlu  bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa mereka (kesengsaraan yang dihadapi semasa dalam kurungan).

Para tahanan Palestin merayu kepada Badan-badan Hak Asasi Manusia sama ada dari dalam (tempatan) mahupun antarabangsa agar bertindak segera menyelamatkan tahanan-tahanan yang sakit. Demikian itu, kelewatan bertindak akan menyebabkan nyawa para tahanan dalam bahaya.

Keterangan terbabit turut menjelaskan bahawa, 'kami sedang dihadapkan dengan serangan kejam Israel yang dilakukan oleh Jabatan Penjara yang mahu memisahkan antara kami dalam kurungan asing malahan memukul tahanan serta melakukan jenayah terancang terhadap kami, berikutan itu, mengambil kesempatan dari tidak membenarkan liputan media dan lawatan dari para peguam bela'.

Di akhir keterangan para tahanan menyebut, "dengan izin Allah tubuh-tubuh ini akan menang dengan menunjukkan cara yang adil, moral yang baik dan berperikemanusiaan kepada warden penjara meskipun mereka dilanda kesakitan."  sumber 04/05/2012, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS