الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pelampau Israel belasah pengembala kambing

05 September 2010

NABLUS - Kejadian yang dilaporkan awal pagi ini bahawa warga Israel mengganggu seorang pengembala kambing berhampiran sebuah penempatan haram Israel 'جفعات عروسي' di selatan Nablus yang terletak di bahagian utara Tebing barat.

Menurut saksi kejadian, "pagi tadi, beberapa orang pelampau Israel yang cuba merampas kambing telah bertindak kasar dan membelasah Abu Mursa, seorang pengembala kambing. Mangsa berasal dari kampung Buren, selatan Nablus."

Jelas saksi itu lagi, "penduduk kampung Palestin yang lain turut membantu Abu Mursa bagi menghalang tindakan pelampau Israel, namun tentera rejim zionis datang masuk campur serta melindungi pelampau-pelampau itu."

Kampung Buren berada berhampiran dengan tiga buah penempatan haram Israel, Brakha, Yizhar dan Jaf'at 'Arusi. Sumber 05/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Lagi syahid akibat serangan ditemui

GAZA - Laporan terkini pada jam 03.12 pagi waktu Palestin, agensi Safa menyatakan skuad penyelamat dan perubatan berjaya mengeluarkan mayat seorang pekerja terowong bawah tanah di Rafah akibat serangan pesawat zionis semalam.

Gambar(Al-Jazeerah): Seorang mangsa pengeboman zionis yang luka parah dan ditemui dalam runtuhan terowong bawah tanah. Ketika ini, mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Mangsa yang syahid dikenali Khaled Abdul Karim Al-Khatib, 35. Sehingga kini mangsa yang cedera meningkat kepada 4 orang.

Pada jam 09.22 pagi waktu Palestin, laporan dari agensi Safa menyebut penemuan satu lagi mayat mangsa yang syahid dalam serangan zionis ke atas terowong bawah tanah di Rafah semalam. Sumber 05/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Terkini: Pesawat zionis bedil Gaza

04 September 2010

GAZA - Tiga serangan zionis ke atas beberapa buah lokasi sasaran di Gaza mengakibatkan 3 penduduk Palestin mengalami luka parah, manakala 3 lagi dilaporkan hilang. Sementara itu, pasukan bomba dan skuad penyelamat bergegas ke lokasi berkenaan untuk menyelamat mangsa serangan.

Serangan pertama yang dilaporkan pada jam 10.41 malam, waktu Palestin, pesawat tempur zionis jenis F-16 mengebom sebuah kawasan lapang dengan satu serangan misil di daerah Khuza'ah, timur bandar Khan Yunus.

Menurut saksi, serangan ini mensasarkan kawasan pertanian berhampiran jalan masuk ke daerah tersebut. Beberapa minggu yang lalu, kawasan ini turut dibom dalam serangan yang serupa.

Al-Jazeerah menukilkan dari wakil agensi berita Perancis lokasi yang dibom ini adalah bekas pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS.

Walaupun serangan ke kawasan ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah tetapi penduduk mengalami trauma disebabkan cermin rumah-rumah yang berdekatan dengan lokasi serangan pecah.

Serangan yang kedua dilaporkan paling dahsyat, pesawat zionis mensasarkan sebuah terowong bawah tanah yang terletak di Hayyu Salam, timur Rafah yang bersempadan dengan tanah Mesir. Menurut maklumat awal yang diperolehi menerusi sumber perubatan yang turut dilaporkan berita Al-Jazeerah dan web berita maannews bahawa sekitar 2-3 penduduk Palestin yang bekerja di terowong berkenaan luka parah, manakala 3 lagi terperangkap di dalam keruntuhan terowong. Sehingga kini, bomba dan skuad penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa.

Lokasi yang diserang mengalami kebakaran besar. Seorang mangsa yang disifatkan luka pertengahan telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar di Rafah, dan 2 lagi dibawa ke hospital Naseer, Khan Yunus berikutan luka teruk akibat terbakar.

Dalam serangan yang ketiga, jam 11.14 malam, waktu Palestin, pesawat zionis mensasarkan lagi serangannya ke atas sebuah lagi terowong bawah tanah berdekatan Mukhayyam Yubna, barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Tiada laporan mengenai kecederaan mahupun luka parah.

Setelah serangan ketiga, agensi Safa melaporkan pada jam 11.28 malam, waktu Palestin, bahawa pesawat F-16 zionis masih meninjau di ruang udara Semenanjung Gaza dalam kadar terendah.

Sementara itu, berita Al-Jazeerah turut melaporkan serangan ini kemungkinan kaitan dari serangan roket yang gugur di Naqab pagi tadi. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps, berita al-Jazeerah dan web berita maannews.net

Berita lain:

Afghanistan

1. Sumber berita Al-Jazeerah melaporkan satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh pejuang TALIBAN telah membunuh seorang tentera Amerika di selatan Afghanistan. Kejadian tersebut disahkan oleh tentera NATO. Sumber 04/09/2010, berita Al-Jazeerah.

2. Dalam kejadian yang lain, Al-Jazeerah melaporkan sumber dari pejuang TALIBAN menyatakan pihaknya telah menjatuhkan helikopter tentera NATO di timur Afghanistan. Sumber 04/09/2010, berita Al-Jazeerah.

London

1. Beribu-ribu umat Islam di London mengadakan demontrasi sempena mengingati Al-Quds(hari Al-Quds sedunia). Sumber 04/09/2010, berita Al-Jazeerah.

Ireland

1. Tony Blair, Utusan Damai Kuartet Timur Tengah ketika mahu menghadiri upacara menandatangani bukunya di Ireland telah dikejutkan dengan lontaran kasut serta telur. Dinyatakan, lebih 200 para penunjuk perasaan tidak berpuas hati terhadap Blair berikutan isu Palestin dan perang Iraq. Mereka menyifatkan Blair sebagai jenayah perang dan penipu. Sumber 04/09/2010, berita Al-Jazeerah.

Read more...

Rundingan untuk jaga imej Amerika - FATAH

NABLUS - Seorang pemimpin gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني), Husam Khidhir membuat penilaian bahawa rundingan damai yang berlangsung pada waktu ini antara perunding Palestin dengan Israel hanyalah untuk menjaga imej Amerika Syarikat(US). Beliau berkata sedemikian kerana US adalah pihak tengah yang berperanan menyelesaikan konflik di Timur Tengah.
_____________________________________

[Arkib] FATAH, sebuah gerakan pembebasan yang mengetuai kumpulan dan parti komponen Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO).
_____________________________________

Dalam kenyataan ekslusif kepada agensi 'Safa', Khidhir menyatakan kedudukan dalaman Palestin masa ini teramat lemah. Maka, dengan sikap keras kepala Israel menjadi tekanan yang kuat kepada Palestin yang memaksanya ke meja rundingan.

Beliau berkata lagi, "keputusan ke rundingan dibuat dengan memejam mata kerana tahu hasilnya adalah sebegitu, lalu pergi ke meja rundingan adalah lebih baik dari tidak berbuat demikian. Hal sedemikian disebabkan telah hilang kekuatan dalaman Palestin yang padu dan tiada peringkat perjuangan secara bersenjata."

Carta(arkib Al-Jazeerah): Kedudukan jumlah kerusi(132) parlimen Palestin selepas pilihanraya parlimen Palestin pada 25 Januari 2006. Gerakan FATAH memperolehi 32%:45 kerusi, sementara kumpulan Taghyir Wal-Islah(HAMAS) memperolehi 57%:76 kerusi. Rujukan, Al-Jazeerah, 07 Oktober 2007.

"Rundingan yang berlangsung sekarang hanyalah seumpama menurut protokol, Israel desak Palestin mengiktiraf Israel adalah Negara bangsa Yahudi, begitu juga dengan Palestin desak Israel supaya berundur sepertimana sebelum jajahan tahun 1967 dan menghentikan pembinaan penempatan Israel," ujar Khidhir lagi.

Sementara itu, jika dilihat masalah yang dibangkitkan di meja rundingan hanya merangkumi permasalahan pelarian, kedudukan(status) Al-Quds dan air.

Pemimpin gerakan FATAH ini menyebut masalah yang dihadapi Palestin, iaitu mereka sedang berlawan dengan 'musuh ketat demokrasi', dan mungkin akan datang muncul pula kerajaan penjajah yang lebih keras dari Netanyahu dan Lieberman ataupun kerajaan yang kurang sedikit sikap pelampauannya seperti parti Kadima. Bagaimanapun, setiap kerajaan ini ada agendanya yang tersendiri.

Mengenai situasi politik Israel, beliau menyebut, "bacaan(ramalan) di Israel berubah-ubah dan tidak statik, kemungkinan besar pemerintahan secara kuasa campuran tidak lagi ada dan seterusnya akan diadakan pilihanraya serta kerajaan yang baru akan dibentuk."

Beliau turut menjelaskan pendirian Negara-negara Arab terhadap rundingan damai secara bersemuka masa ini ibarat acuh tidak acuh malahan menekan Palestin ke meja rundingan dan menerima syarat-syarat yang dikehendaki Israel. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps

[MAP] Apa yang mampu kami nyatakan di sini, pemimpin FATAH tersebut cuba untuk menyebut mengenai situasi yang mendorong perunding Palestin Ramallah yang tetap bertegas ke meja rundingan biarpun ditentang kuat. Kesimpulannya:

1. US beri harapan

Mahmoud Abbas, Presiden yang telah tamat tempoh secara tidak sedar kerap memberikan alasan bahawa pihaknya bertegas ke meja rundingan kerana yakin US menjanjikan harapan malah Kuartet Timur Tengah telah berjanji untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Palestin Ramallah dari sudut sokongan politik dan ekonomi, hal yang tidak boleh dinafikan masa ini. Lantaran itu, apa-apa tekanan sama ada dari Israel, Palestin Ramallah akan membangkitkan bahawa mereka berpegang dengan perundangan Kuartet Timur Tengah Antarabangsa yang bersandarkan kepada penyelesaian persamaan isu.

Apa yang dibimbangi, dengan penyelesaian persamaan isu sememangnya tidak dapat memberikan keselesaan kepada Palestin berikutan hak-hak Palestin yang terlalu banyak tergadai dan tidak dapat diselamatkan. Pada hemat kami, penyelesaian persamaan isu ini hanya mampu memberikan keselesaan kepada Palestin Ramallah dengan sokongan politik dan ekonomi. Maka, hal ini menjadi antara sebab gerakan HAMAS tidak mahu menerima perundangan dari Kuartet Timur Tengah dan memilih kekuatan dalaman tanpa bergantung kepada pihak luar.

2. Tekanan Israel haluan kanan

Palestin Ramallah telah mula bimbang semenjak kempen pilihanraya Israel sebelum dan sewaktu perang Gaza(27/12/2008-19/01/2009) kerana parti-parti berhaluan kanan Israel yang bersifat 'pelampau dan keras' bersaing kuat dengan parti-parti Israel berhaluan kiri. Jelasnya dapat dilihat, kedua-dua haluan ini menetapkan HAMAS sebagai sasaran untuk meraih undi. Hal ini, apa-apa rundingan sukar untuk memberikan keselesaan kepada Palestin Ramallah memandangkan dalam masa yang sama masyarakat Palestin mula hilang keyakinan kepada Palestin Ramallah. Maka dengan sebab itu, Palestin Ramallah terpaksa mengumumkan pembekuan rundingan damai secara bersemuka dengan Israel waktu itu walaupun perunding Israel dari kalangan berhaluan kiri.

Walaupun keputusan pilihanraya Israel pada mulanya memihak kepada parti Kadima berhaluan kiri yang dipimpin Tzipi Livni(bekas Menteri Luar Israel 2009), Palestin Ramallah tetap menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan parti Israel berhaluan kanan. Namun secara tidak sedar parti Israel berhaluan kanan mengubah strategi dengan bersetuju bergabung kuasa(Kerajaan Campuran), lalu parti Kadima hilang kerusi dan hanya menjadi parti pembangkang di Israel, malah banyak mengkritik dasar Kerajaan Campuran Israel yang terlalu keras dan sukar untuk memulihkan semula imej Israel di mata dunia ekoran perang Gaza. Maka, dengan kesan parti berhaluan kanan, Palestin Ramallah menerima tekanan kuat dan menyukarkan ia mengembalikan pengaruhnya dalam arena politik Palestin.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS