الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom jentera perang Israel, penjajah kekang dua perarakan aman

18 Jun 2010

RAFAH - Kumpulan pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDIN, sayap tentera Barisan Penentangan Masyarakat mengumumkan bahawa kumpulan pejuangnya mengebom jentera-jentera perang Israel yang sedang berkumpul berhampiran pintu gerbang yang dikuasai tentera Israel di timur Rafah Gaza. Dinyatakan, ALWIYAH melancarkan 3 serangan roket jenis 'hawn' ke atas sasaran pada tengahari tadi.

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita bahawa, 'pengeboman itu mensasarkan sebuah perkumpulan tentera penjajah di pintu gerbang tersebut. Berikutan itu, helikopter penjajah melakukan pendaratan bagi memindahkan mangsa yang tercedera.'

Kumpulan pejuang itu menjelaskan lagi, bahawa 'tentera penjajah kelihatan mengalami kekeliruan sebaik sahaja pengeboman itu dilakukan', dinyatakan lagi operasi ketenteraan ini adalah bagi membalas penentangan penjajah yang tidak pernah putus. Malah mempastikan lagi bahawa penentangan ini adalah satu-satunya pilihan untuk pembebasan.

Sementara itu, di Ramallah pula, agensi berita melaporkan berpuluh-puluh penunjuk perasaan dari kalangan penduduk Palestin dan aktivis luar mengalami kecederaan ekoran kekangan tentera penjajah ke atas dua perarakan aman di Bil'in dan Ni'lin yang menentang pembinaan tembok pemisah dan pembinaan penempatan Israel.

Sebagaimana dilaporkan, dua perarakan itu berlangsung sebaik sahaja selepas solat Jumaat yang menuju ke arah kawasan(tanah) yang dikuasai penjajah.

Abu Umairah, anggota Jawatankuasa Penentangan Tembok Pemisah di Bil'in menjelaskan bahawa tentera-tentera penjajah yang berada di sebalik tembok pemisah terus menembak gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan setibanya di kawasan yang dikuasai penjajah. Akibatnya, berpuluh-puluh dari penunjuk perasaan mengalami kecederaan yang disebabkan sesak nafas dan pedih mata. Sumber 18/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

SARAYA AL-QUDS serang unit khas tentera Israel

KHAN YUNUS - SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan pihaknya melancarkan lima serangan pelancar roket jenis 'hawn' ke arah sekumpulan unit khas tentera Israel berdekatan pos Kissufim, selatan Gaza.

Kumpulan pejuang tersebut menyampaikan keterangan itu kepada agensi berita menjelaskan bahawa salah satu dari unit pejuangnya telah menyerang sekumpulan unit khas tentera Israel pada jam 1.50 pagi(Mesir/Palestin) yang menceroboh masuk ke Gaza melalui kawasan 'Al-Wad', barat Kissufim, lantas memaksa unit khas Israel berundur.

SARAYA AL-QUDS menyatakan haknya bagi menentang dan menghadang sebarang tentangan dari Israel. Malah turut menegaskan bahawa terus berpegang dengan pilihan untuk penentangan sehinggalah seluruh tanah Palestin dibebaskan. Sumber 18/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Delegasi Sudan tiba di Gaza

17 Jun 2010

GAZA - Sebuah delegasi dari Sudan tiba di Semenanjung Gaza petang Khamis melalui sempadan Rafah Mesir. Sumber menyatakan, delegasi tersebut dari kalangan doktor perubatan.

Gambar(safa): Ketibaan delegasi Sudan di sambut Mushir Al-Misri(HAMAS), wakil kerajaan Palestin Gaza.

Sumber kesealamatan Palestin memaklumkan bahawa delegasi perubatan Sudan itu terdiri dari sembilan doktor yang dijangkakan akan melaksanakan operasi pembedahan di hospital-hospital Gaza.

Sementara itu, sumber melaporkan delegasi tersebut juga akan meneliti keadaan(kesihatan) di Gaza, malah turut akan mengadakan tinjauan ke bebera kawasan yang musnah teruk akibat perang tahun lalu.

Dari pihak lain, Ketua delegasi Bahrain dan seorang anggota dari delegasinya telah beredar pulang dari Gaza melalui sempadan Rafah petang tadi. Dan baki dari anggota delegasi Bahrain akan keluar dari Gaza pada keesokan hari.

Delegasi Bahrain itu telah tiba di Gaza tiga hari yang lalu. Pada tengahari tadi, delegasi Bahrain meneruskan kunjungannya ke sekolah Al-Fallujah di Mukhayyam Jabaliya, utara Semenanjung Gaza. Sebagaimana dilaporkan, sekolah tersebut turut menerima serangan berdarah ketikamana Israel melancarkan perang yang membunuh berpuluh orang awam terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Sumber 17/06/2010, web berita safa.ps

Gambar kenangan ketika delegasi Bahrain melawat Gaza. Delegasi tersebut turut mengadakan perlawanan bola sepak dengan pemain veteran Gaza.




Ismail Haniah ketika mengimami solat berjemaah di padang bola.

Read more...

Langkah-langkah Israel meringankan Gaza dari sekatan

Majlis Menteri Kabinet bagi Hal-Ehwal Politik dan Keamanan Israel telah membuat ketetapan meringankan sekatan dari laluan darat tanpa membuka kesemua sekali sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak empat tahun yang lalu.

Ketetapan Israel itu setelah pertemuan dan perjumpaan yang diadakan secara kerap bagi membincangkan jalan-jalan meringankan sekatan bagi menepis kecaman-kecaman yang berterusan ekoran serangan berdarah ke atas armada pembebasan pada akhir bulan Mei.

Gambar(Al-Jazeerah): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel berada di tengah.

Kesepakatan suara dari Majlis Menteri itu telah memutuskan bahawa kesemua jenis barang-barang makanan dibenarkan masuk ke Gaza dan juga ditetapkan bahan-bahan yang ditegah masuk kerana mendakwa digunakan untuk logistik ketenteraan gerakan HAMAS.

Sebagaimana diputuskan juga, penambahan barang yang dibenarkan masuk ke Gaza iaitu bahan binaan seperti simen dan besi untuk program pembinaan yang di bawah seliaan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa sahaja. Israel meminta supaya bahan-bahan binaan itu dikawal ketat agar tidak sampai kepada gerakan HAMAS dan beberapa kumpulan pejuang Palestin. Manakala, sekatan laut ke atas Gaza dikekalkan.

Sebagaimana dinyatakan dari sumber Israel(peringkat atasan) bahawa Netanyahu dan Menteri Perang Israel, Ehud Barak cuba meyakinkan anggota-anggota Majlis Kabinet Menteri dengan pengoperasian pemeriksaan kapal-kapal pemecah sekatan yang menuju ke Gaza sebelum dibenarkan memasuki Gaza, namun pengoperasian ini dibantah dengan majoriti suara.

Sementara itu, sumber dari Israel yang lain pula menyebut, Majlis Kabinet Menteri Israel tidak lagi berjaya menetapkan mekanisme untuk kemasukan bahan-bahan binaan ke Gaza meskipun telah memutuskan bahan binaan dibenarkan masuk untuk program pembangunan Pertubuhan Antarabangsa di Gaza.

Sekatan gagal

Berhubung pembukaan sebahagian sekatan ke atas Gaza setelahmana Israel mengakui sekatan ini gagal mencapai matlamatnya. Antaranya, menjatuhkan kekuasaan HAMAS.

Yitzhak Herzog(portfolio Menteri Kebajikan dan Sosial Masyarakat) turut menjelaskan bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza, 'tidak memberikan apa-apa nilai kepada Israel, bahkan ia mencetuskan krisis permasalahan yang besar dari sudut diplomasi malah turut berkait dengan perspektif umum.'

Sementara itu, Menteri Perhubungan, Yisrael Kats mengakui dengan sekatan - yang dikenakan oleh Israel dan Mesir ke atas Gaza - tidak mencapai tujuannya.

Buka keseluruhan

Dari pihak HAMAS pula membantah sekerasnya langkah-langkah yang dinyatakan Israel malah HAMAS mendesak sekatan mesti dibuka secara keseluruhan.

Tahir Nunu(gambar di sebelah kanan), jurucakap rasmi Kerajaan Palestin di Gaza berkata, 'langkah-langkah baru Israel bagi meringankan sekatan adalah percubaan dari mengalih desakan antarabangsa bagi membebaskan Gaza dari sekatan.' Sumber 17/06/10, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Makluman: Pihak MAP mohon maaf kerana hanya meletakkan pendirian HAMAS dan Kerajaan Palestin Gaza sahaja. Sebenarnya ada lagi beberapa pihak yang menyatakan pendirian berhubung langkah-langkah meringankan sekatan ke atas Gaza - (musim peperiksaan), 'May Allah help us on his straight path', InsyaAllah.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS