Halatuju dialog Palestin
21 Jun 2009
Menurut sumber, Ismail Ashqar salah seorang pemimpin HAMAS menegaskan semalam bahawa sebarang usaha percubaan dari pihak Mesir yang memaksa kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin untuk bersetuju dalam dialog Palestin di Kaherah akan menjadi 'sekadar tertulis di atas kertas'.
Tambah Ashqar lagi, wakil HAMAS di Panitia Keamanan/keselamatan dalam dialog Palestin yang diselia oleh Mesir berkata pada asalnya sebarang penyelesaian yang diperbincangkan dalam dialog mesti berlandaskan kepada 'persetujuan'. Sekiranya mana-mana pihak, termasuklah orang tengah memaksa supaya diterima agendanya, maka ia bukanlah menjadi 'persetujuan' bahkan sekadar tertulis di atas kertas malah lebih dari itu perlaksanaannya menjadi suatu yang mustahil. Sumber 21/06/09, suratkhabar Shourouk
____________________________________________________________________
Berita lain
Barak temu Mubarak
Sumber melaporkan, Presiden Mesir, Housni Mubarak bertemu dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel hari ini di Kaherah.
Ehud Barak dalam kenyataannya berkata, mana-mana perjanjian damai mestilah menghormati Israel sebuah Negara Yahudi.
Berhubung ucapan Obama, Barak menjelaskan Israel mengalu-alukan pandangan dan cadangan Presiden Amerika sebagai penyelesaian konflik di Timur Tengah. Sumber 21/06/09, berita Al-Jazeerah
Free Gaza akan tiba
Menurut laporan dari sumber utama, sebuah jawatankuasa Bebaskan Gaza menyatakan 2 buah kapal dari pihaknya akan bertolak dari pelabuhan Cyprus dalam waktu yang terdekat ini untuk ke Gaza melalui jalan laut. Pengerusi Gerakan itu, Huweida Arraf menjelaskan tujuan pihaknya berbuat demikian adalah bagi mematahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Sumber 21/06/09, berita Al-Jazeerah
OIC buka hospital pertama di Gaza
Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC atau ) telah membuka hospitalnya yang pertama di Gaza. Dinyatakan, hospital tersebut adalah khusus untuk rawatan mata. Sumber 21/06/09, berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan