الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel mengganas di Masjid Al-Aqsa

05 Mac 2010

Siaran langsung dari Al-Quds, jam 1.20 petang(waktu Mesir)

Sumber klip video, di sini

Tentera penjajah merempuh dan menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat jumaat.

Menurut Mufti Al-Quds, tentera penjajah menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa dari berbagai-bagai arah.

Sebagaimana yang dinyatakan, tentera penjajah menyerang penduduk Palestin yang baru sudah menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Aqsa. Pertempuran meletus antara para jemaah Palestin dengan tentera penjajah.

Gabenor Al-Quds ketika ditemui memaklumkan tentera penjajah merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu al-Magharibah.

Dalam kejadian ini, kelihatan penduduk Palestin dikepung dalam Masjid Al-Aqsa. Mufti Al-Quds memberitahu bahawa, setakat ini tidak diketahui keadaan penduduk Palestin yang terkurung di dalam Masjid Al-Aqsa. Selama 2 jam, jemaah dari penduduk Palestin dikurung dalam Masjid Al-Aqsa tanpa dibenarkan pihak ambulan masuk ke Masjid Al-Aqsa.

Liputan jam 1.55 petang(waktu Mesir), sumber melaporkan jumlah dalam lingkungan lebih 50 penduduk Palestin parah, termasuk sesak nafas akibat bertempur dengan tentera penjajah selepas solat jumaat di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Dari pihak penjajah memaklumkan seramai 15 tenteranya mengalami luka kerana hujuman batu dari para jemaah Palestin.

Sumber menjelaskan, dalam pertempuran itu, seorang wanita berumur tidak terlepas menjadi serangan tentera penjajah yang memukulnya dengan cota, bahkan mengalami sesak nafas berikutan tembakan gas pemedih mata dari tentera Israel.

Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam jajahan 1948(green line) ketika dihubungi pemberita al-Jazeerah mengingatkan bahawa keadaan di Al-Quds dalam bahaya.

Gambar: sekumpulan tentera penjajah yang
mengunci pintu Masjid Al-aqsa


Tambahnya lagi, Israel telah bersedia dengan perencanaan yang lebih besar dari hari ini.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Palestin Ramallah mengutuk keras rempuhan tentera penjajah ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Wakil dari Pihak Berkuasa Palestin berkata, tekanan Israel sebegini adalah untuk menggagalkan misi George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah yang akan mengadakan kunjungan ke Israel berikutan Palestin bersetuju mengadakan rundingan dengan Israel secara tidak langsung yang bertempoh selama 4 bulan. Pendirian tersebut adalah dari persetujuan yang diperolehi ketika pertemuan Menteri-menteri Luar Arab di Kaherah, 02/03/2010.

Gambar: Satu unit tentera penjajah
ketika menghadang tentangan
dari jemaah Palestin


Sumber dari suratkhabar Shourouk, 04/03/2010 melaporkan
bahawa Amru Moussa, Presiden Liga Arab mengumumkan semua pihak dalam pertemuan itu bersetuju untuk mengadakan semula rundingan dengan Israel secara tidak langsung. Bagaimanapun, Menteri Luar Syria, Walid Mu'lim menafikan pihaknya bersetuju dengan pendirian tersebut.

Laporan terkini, jam 2.10 petang(waktu Mesir) memaklumkan bahawa polis Israel telah berundur dari perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Pencerobohan penjajah ke Masjid Al-Aqsa disertai tidak lebih 200 anggota tentera, dalam masa yang sama polis unit khas Israel turut dikerah bagi mengawal jemaah solat sebahagian besar adalah golongan yang telah berumur.

Rentetan kejadian yang berlaku, sumber turut melaporkan pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah di beberapa kawasan lain di bandar Al-Quds ekoran membantah pencerobohan Israel ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Sumber 05/03/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan web berita maannews.net

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS