Last update - 12:22 05/03/2010 (haaretz.com)
Setelah terlalu lama berhibernasi sempena musim sejuk, bumi Israel-Palestin mula menunjukkan tanda-tanda untuk 'bergolak' semula.
Pengantara (jurucakap) Amerika Syarikat, George Mitchell dijangka akan kembali lagi ke daerah itu untuk membuat persediaan bagi mengalu-alukan kunjungan Joe Biden (senator kanan Amerika Syarikat dari Delaware, dan juga calon Naib Presiden Parti Demokrat dalam pilihan raya presiden 2008), yang akan berada di Jerusalem dan Ramallah sempena mengumumkan bermulanya rundingan secara tidak langsung antara Israel dengan Palestin. Ini merupakan rundingan yang julung kalinya diputuskan oleh menteri luar Liga Arab yang bersetuju menjadi penaja rundingan tersebut dalam masa tidak lebih daripada empat bulan, iaitu tempoh yang telah disepakati untuk Liga itu memutuskan sama ada akan membiayai perundingan tersebut selepas ini atau sebaliknya.
Menteri luar Arab menggambarkan situasi ini seolah-olah sebagai usaha terakhir untuk mempromosikan 'proses keamanan'. Presiden Liga Arab, Amr Moussa berkata, jika rundingan ini menemui jalan buntu, Negara-negara Arab akan menyerahkan perkara ini kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan langkah-langkah lain yang boleh membantu mengakhiri penaklukan Israel ke atas Palestin.
Liga Arab memberikan sumbangan yang positif terhadap usaha keamanan tersebut. Ini dibuktikan dengan penglibatan Ismail Haniah-ketua kerajaan Hamas di Gaza yang menjadi wakil untuk mempertimbangkan semula kedudukan mereka.
Hamas yang seolah-olah menjadi hak radikal Israel, takut pada 'bahaya' yang menanti sepanjang rundingan tersebut.
Mereka takut jika rundingan tersebut membawa kepada pembaharuan di dalam rundingan damai secara lansung kelak, maka tanahair tersebut akan dibahagikan secara adil menjadi dua negara.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang disokong oleh liga arab dan mengatakan 'ya' kepada usaha yang dilakukan pihak Amerika. Sebagaimana yang dicatatkan oleh Netanyahu, rundingan tersebut merupakan jentera susulan daripada rundingan dua hala secara langsung dan terbuka yang telah berterusan semenjak perjanjian Oslo ditandatangani pada tahun 1993. Netanyahu berharap agar rundingan tersebut hanya berlangsung selama beberpa bulan sahaja sebelum kedua pihak mengadakan rundingan secara langsung.
Kejayaan rundingan tidak langsung dijangka dapat memulihkan kepercayaan di antara dua pihak itu dan mendedahkan keadaan sebenar di sebalik konflik yang berlaku. Sementara itu pihak berkuasa Palestin harus peka terhadap sebarang elemen pihak pelampau yang mahu mensabotaj proses diplomatik tersebut. Kerajaan Israel juga mesti memberikan komitmen untuk membekukan sebarang bentuk pembinaan bangunan demi mencari jalan penyelesaian. Isu kelulusan tender kerajaan dan permit untuk perluasan kawasan penempatan yahudi di Timur al-Quds pula tidak sesuai dibangkitkan sebelum perundingan tersebut selesai dijalankan.
Sepanjang perundingan tersebut, Netanyahu akan menggunakan kuasa vetonya di dalam mengekalkan sempadan di antara Israel dan Palestin. Kita semua berharap agar Netanyahu tidak merancang untuk tetap kekal dengan undang-undangnya yang menyukarkan sepanjang tempoh tersebut. Ketika hari terakhir kerajaan Kadima, banyak kemajuan yang telah dicapai dan persefahaman yang penting telah ditemui dalam rundingan antara Abbas dan Ehud Olmert, sebagaimana yang berlaku antara Ahmed Qureia dan Tzipi Livni. Oleh itu, sebarang usaha untuk memulakan kembali apa-apa perbalahan, pasti akan membawa kepada bencana.
Untuk parti-parti lain - terutamanya parti Likud - Netanyahu tidak mengambil langkah-langkah diplomatik yang sewajarnya sepanjang penubuhannya.
Jika beliau benar-benar berminat untuk mencari penyelesaian terhadap masalah Palestin(sebagaimana yang dipercayai oleh Presiden Israel, Shimon Peres), beliau mesti memulakan rundingan secara drastik dan serius dengan pihak kepimpinan parti Kadima.
Artikel berita di atas adalah terjemahan dari web berita Haaretz Israel. Artikel yang disiarkan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian MAP. Sumber asal 05/03/2010, web berita haaretz.com
0 comments:
Catat Ulasan