Lagi roket menyerang tanah jajahan
08 Januari 2011
AL-QUDS, - Selang beberapa jam dari serangan peluru mortar yang mencederakan 3 pekerja asing di tanah jajahan, lagi serangan roket ditembak ke penempatan haram Ushkul di barat Naqab, selatan tanah jajahan(tanah Palestin yang dirampas zionis). Dua serangan roket malam ini mengakibatkan seorang penduduk Israel cedera.
Lapor web berita 'Yediot Ahronout' Israel versi hebrew bahawa serangan roket yang pertama gugur di sebuah kawasan lapang, namun tiada kecederaan dan kerosakan harta benda. Bagaimanapun, serangan roket kedua telah mencederakan seorang pemandu trak yang disifatkan mengalami cedera ringan.
Berikutan itu, tiada lagi kumpulan pejuang Palestin di Gaza mengakui melancarkan serangan roket. Sumber 08/01/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan