الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis giat serangan udara di Gaza

21 Mac 2011

GAZA - Pesawat tempur zionis menyerang beberapa sasarannya malam ini di Semenanjung Gaza. Ketika laporan ini dikeluarkan, 18 penduduk Palestin cedera akibat serangan zionis.

Berhubung kecederaan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, kesemua mangsa serangan udara zionis cedera ringan. Berikutan itu, 7 di antaranya adalah kanak-kanak, dan dua lagi wanita.

Jelas Abu Salmiah lagi, 11 mangsa telah tiba di hospital As-Shifa', bandar Gaza, manakala 7 lagi dibawa ke hospital As-Syahid Kamal Udhwan.

Adham Abu Salmiah menyatakan, salah satu dari serangan udara zionis telah menyebabkan sebuah klinik hijazi di At-Tawwam, udara bandar Gaza terjejas teruk. Tambahan pula, klinik tersebut memberikan khidmat kesihatan kepada lebih 10 ribu penduduk di kawasan-kawasan barat laut Gaza.

Gambar(Al-Jazeerah): Kesan kemusnahan akibat serangan zionis.

Dakwa balas serangan roket

Berikutan serangan malam ini di Gaza, jurucakap tentera zionis mendakwa beberapa serangan yang dilancarkan ke atas sasarannya di Gaza adalah bagi membalas serangan roket pejuang yang menyerang beberapa lokasi dan penempatan Israel berhampiran sempadan Gaza.

Kenyataan tentera zionis yang diterbitkan web berita Yediot Ahronout versi hebrew(ibrani) menjelaskan serangan-serangan ini menyasarkan dua buah terowong bawah tanah yang digunakan pejuang Palestin, dua tempat membuat letupan serta gudang simpanan senjata diikuti dua lokasi pejuang Palestin.

Serangan berantai

Pemberita safa melaporkan, pesawat tempur zionis jenis F-16 mengebom lokasi 'Abdul Aziz Ar-Rantisi' milik polis Palestin yang terletak di barat laut bandar Gaza. Bagaimanapun, lokasi tersebut telah dikosongkan sejurus serangan tersebut. Menurut Al-Jazeerah, sebuah lokasi latihan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) di barat bandar Gaza turut dibom.

Pesawat tempur zionis mengubah serangannya yang kedua ke atas kilang plastik di Jabal As-Surani yang terletak di kawasan الشعف, Hayyu Tufah, timur bandar Gaza. Tiga penduduk dilaporkan cedera, dua darinya adalah kanak-kanak.

Serangan ketiga, pesawat tempur zionis menyerang sebuah bengkel besi milik آل الداية di Hayyu Zaitun yang terletak di bandar Gaza. Menurut sumber, bengkel tersebut musnah teruk.

Setelah itu, sasaran keempat, pesawat tempur zionis melancarkan dua serangan peluru misil ke atas lokasi gerakan Ahrar berhampiran أبراج المقوسي di barat bandar Gaza.

Di Khan Yunus, pesawat pengintip 'Az-zanana' tanpa pemandu menyerang pula sebuah rumah kosong berhampiran Masjid 'Ibadul Rahman di daerah Khuza'ah. Bagaimanapun, peluru tersebut tidak meletup. Jelas Al-Jazeerah, sekumpulan pejuang Palestin terselamat dari menjadi mangsa letupan. Selepas tiga minit berlalu, pesawat zionis itu melancarkan lagi satu serangan peluru yang mengakibatkan letupan kuat, menurut sumber pihak keamanan kepada safa.

Pesawat tempur zionis terus menyerang lagi sebuah rumah kosong di belakang tanah perkuburan Khuza'ah dan 'بركس' yang berdekatan Bank Palestin di pertengahan Khan Yunus.

Saksi kejadian yang memaklumkan kepada Al-Jazeerah, ketika serangan udara zionis yang sengit di Gaza, pejuang-pejuang Palestin bertebaran di persimpangan yang bertentangan dengan garisan sempadan ekoran persediaan menghadapi sebarang pencerobohan tentera zionis di darat. Sumber 21/03/2011, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah(kemaskini jam 03.18 pagi, Makkah, 22/03/2011)

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS