Tangkap 5 Palestin, 20 pohon zaitun dicabut
28 Mei 2011
KHALIL - Tentera rejim penjajah menangkap 5 petani Palestin petang tadi yang ditahan dari ladang mereka di Bayt Ummar, utara Wilayah Khalil, Tebing Barat.
Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Tembok Pemisah, Muhammad Audh berkata, "tentera penjajah telah menahan seramai 25 orang Palestin dari kanak-kanak dan wanita selama 7 jam sewaktu mereka memetik anggur di ladang pertanian yang berhampiran penempatan zionis, Bayt Ain."
Beliau menambah, sebilangan besar dari penduduk Palestin yang ditahan itu telah dibebaskan. Bagaimanapun, 5 orang Palestin telah dibawa ke pusat tahanan Etisyun yang berdekatan dengan daerah itu. Penduduk Palestin yang ditangkap, Majdi Ismail Adi, 17, Muhammad Hadi Namru Adi, 18, Hatim Khalil Mahmud Abu Diah, 35, Iyad Basam Za'aqiq, 35 dan Yusof Abdul Hamid Abu Marya.
Kejadian yang lain, lapor Safa pada jam 06.09 petang, waktu Palestin bahawa warga haram zionis telah mencabut 20 batang anak pokok zaitun di tanah pertanian yang juga berhampiran dengan kawasan penempatan haram Bayt Ain di Bayt Ummar.
Muhammad Audh berkata kepada agensi berita Safa, 'seorang penduduk Palestin, Hamad Abdul Hamid Jabeer terkejut dengan tindakan warga haram yang mencabut anak pokok zaitun yang ditanamnya sebelum ini.'
Safa menyatakan bahawa sejak beberapa bulan lalu, para pemilik tanah dihalang memasuki ladang pertanian yang menjadi tempat tanaman zaitun berikutan warga haram zionis menuduh penduduk Palestin bertindak kasar terhadap mereka.
Sedemikian itu, sepasukan unit tentera rejim penjajah tiba di lokasi berkenaan, lalu menghalau Hamad serta peladang lain yang bersamanya dari tanah tersebut.
Penindasan dan gangguan dari warga haram dan tentera penjajah semakin giat dilaksanakan ke atas penduduk Palestin di Bayt Ummar, malah dua buah penempatan haram Karmei Tzur dan Bayt Ain yang membentangi di atas tanah tersebut mengancam keadaan tanah-tanah. Tambahan pula memberi kesan kepada penduduk Palestin. Sumber 28/05/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan