HAMAS harap 'Palang Merah' tidak terikut rentak helah penjajah
23 Jun 2011
Jam 01:10 petang, Mesir
GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) harap panitia antarabangsa, Palang Merah tidak terikut rentak-rentak helah yang beralasankan keselamatan Israel bertujuan untuk mendapatkan seorang tentera zionis, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan di Gaza.
Menurut sumber Safa, Palang Merah telah meminta kepada HAMAS hari ini agar menunjukkan bukti bahawa Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza sejak 5 tahun lalu masih hidup.
Menjawab permintaan, jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri dalam kenyataannya kepada Safa berkata, "sebelum ini, HAMAS telah menjawab beberapa inisiatif yang bersangkut-paut dengan isu Shalit, namun rejim penjajah menyambut inisiatif-inisiatif ini dengan meningkatkan lagi tekanan ke atas tahanan-tahanan Palestin di penjara zionis."
Tambah beliau, "kami mengambil iktibar bahawa penyelesaian isu Shalit ini berkait dengan penyelesaian permasalahan tahanan-tahanan Palestin dalam penjara penjajah."
Dalam rayuan yang tidak sebagaimana biasa, Palang Merah mendakwa mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, keluarga Shalit berhak untuk menghubungi anaknya, 25 yang berada dalam tawanan sejak 25 Jun 2006.
Baca lagi:
HAMAS nafi terima tawaran baru bebaskan Shalit
__________________________________________
Palang Merah berkata lagi bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Shalit masih hidup. Sedemikian itu, Palang Merah mendesak HAMAS dalam waktu sekarang ini agar buktikan Shalit masih hidup. Sumber 23/06/2011, web berita Safa.ps
Rakaman video di atas diterbitkan pada penghujung tahun 2009 yang menunjukkan Gilad Shalit dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza masih lagi hidup. Rakaman ini sebagai inisiatif untuk menyelesaikan isu tahanan-tawanan.
Sumber: youtube.com
0 comments:
Catat Ulasan