Pemuda hadang rempuhan, penjajah bakar tanah
17 Julai 2011
Jam 07:57 malam, waktu Mesir
NABLUS - Puluhan pemuda dan remaja Palestin menghadang rempuhan tentera penjajah petang tadi di kampung Qaryut, bandar Nablus, utara Tebing Barat.
Safa: Tentera penjajah yang merempuh ke kampung Qaryut.
Menurut pemberita Safa, remaja dan pemuda-pemuda Palestin menghadang rempuhan tentera penjajah dengan melontar, pada waktu yang sama tentera rejim penjajah melepaskan tembakan dan bom gas pemedih mata ke arah pemuda-pemuda.
Dalam kejadian itu, tentera rejim penjajah dapat menangkap seorang remaja bawah umur, Makmun Said berusia 14 tahun. Makmun dibelasah teruk kemudian dibawa ke arah yang tidak diketahui.
Tentera rejim bakar tanah pertanian
Laporan lain yang diterbitkan pada jam 01:10 petang, waktu Palestin menyebut tentera rejim penjajah telah membakar puluhan ekar tanah pertanian Palestin yang terletak di sebelah barat bandar Nablus, utara Tebing Barat.
Saksi kejadian berkata, api merebak luas dan menyambar tanah-tanah pertanian di kampung Zawata, Bayt Iba Dan Al-Naqura setelahmana tentera penjajah meletupkan sesuatu bahan di sana.
Sumber menjelaskan lagi, penduduk Palestin dan trak bomba tidak dapat tiba di kawasan berkenaan untuk memadam api yang sedang marak disebabkan kewujudan ramai tentera penjajah di lokasi berkenaan. Dilaporkan, api terus merebak ke kawasan lain.
Peta, sumber dari google map menunjukkan tanah-tanah pertanian di 3 buah perkampungan Palestin yang dibakar penjajah.
Sedemikian itu, kampung-kampung Palestin yang berada di sekitar bandar Nablus dan tanah-tanah pertanian kerapkali diancam rampasan tanah, malah tanaman dirosakkan serta pembakaran yang dilakukan oleh tentera penjajah dan warga haram zionis. Sumber 17/07/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan