Lanjut tempoh tahanan tanpa bicara
17 Julai 2011
Jam 03:01 petang, waktu Mesir
KHALIL - Mahkamah rejim penjajah hari ini memutuskan melanjutkan lagi tempoh penahanan *tanpa bicara ke atas seorang penduduk Palestin yang berasal dari bandar Khalil, selatan Tebing Barat untuk kali ke 8 berturut-turut.
Pengarah Kelab Tahanan di Khalil, Amjad An-Najjar berkata, pihak berkuasa penjajah telah melanjutkan lagi tempoh tahanan tanpa bicara buat kali ke 8 berturut-turut ke atas Akram Abu Suneinah, 40. Mangsa kini berada di penjara padang pasir, Naqab(Negev).
Tambah Amjad, tahanan tersebut telah dilanjutkan tahanan kali ke 8 sebelum diputuskan lanjutan tempoh tahanan ke atasnya baru-baru ini. Hitungan yang dibuat sehingga sekarang, mangsa meringkuk dalam penjara penjajah selama 12 tahun. Terkini ketika dilanjutkan tempoh tahanan, ayah mangsa meninggal dunia dan mangsa berada dalam penjara. Sumber 17/07/2011, web berita Safa.ps
*Tahanan tanpa bicara: Seperti yang dinyatakan, penduduk Palestin yang ditangkap pada mulanya tidak dinyatakan tempoh tahanan. Kemudian sebaik sahaja diwar-warkan tahanan akan dibebaskan, contohnya dalam masa dua hari lagi, namun apabila tiba dua hari, tahanan tidak dibebaskan malah disambung lagi tempoh tahanan sehingga dipaksa meringkuk dalam penjara bertahun lamanya.
0 comments:
Catat Ulasan