Mesir tekan Israel tarik balik ancaman bunuh Ismail Haniyeh
27 Ogos 2011
Gambar: Ismail Haniyeh berkopiah putih sambil diiringi pengawal keselamatannya.
Jelas sumber, Kaherah bertindak segera setelah menerima laporan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Israel berhubung membunuh Ismail Haniyeh ekoran operasi Eilat. Maka, Mesir telah menekan Israel agar menarik balik keputusannya dan Kaherah turut segera menghubungi gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin demi kembali kepada gencatan senjata(تهدئة).
Hal sedemikan dijelaskan kepada koresponden Al-Ahram bahawa Mesir berusaha memujuk gerakan JIHAD ISLAMI kembali ke gencatan senjata seiring dengan usaha yang sama digerakkan oleh HAMAS di Semenanjung Gaza memujuk sayap-sayap tentera yang lain, khususnya LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH kembali kepada gencatan senjata meskipun baru-baru ini LIJAN bertekad meneruskan serangan roket ke Israel(tanah jajahan) bagi membalas serangan zionis yang membunuh 5 komander utama ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH).
Antara komander utama terbabit adalah Setiausaha Agung LIJAN, as-syahid Abu 'Audh An-Nirab dan komander tentera, 'Imad Hamad.
Gambar(arkib Safa): Shaul Mofaz, anggota parti Kadima di antara pemimpin zionis yang menyeru jatuhkan HAMAS dan musnahkan hak miliknya di Gaza. Laporan pada 21/08/2011.
Jelas sumber itu lagi, dari sudut lain Pemerintah Palestin(Ramallah) turut berperanan agar sayap-sayap tentera Palestin di Gaza kembali ke gencatan senjata setelahmana dimaklumkan bahawa Israel bersungguh-sungguh mengancam bunuh Ismail Haniyeh, hanya masalah waktu yang menentukan perancangan Israel.
Gaza tidak ada hubungan dengan operasi Eilat
Sebelum serangan udara zionis membunuh 5 komander utama sayap tentera LIJAN, Kerajaan Palestin di Gaza telah menafikan bahawa siri operasi Eilat di selatan yang mengakibatkan 6 warga zionis maut, manakala 30 lagi cedera tidak ada hubung kait dengan Semenanjung Gaza.
Gambar(arkib Safa): Serangan pertama di selatan Eilat menumpukan sebuah bas Israel, menurut media Israel.
Jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu berkata pada hari Khamis(18/08/2011), "ancaman dari pemimpin zionis serta tuduhan Menteri Pertahanan zionis, Ehud Barak yang mahu membalas dendam di Semenanjung Gaza hanyalah usaha melepaskan krisis dalamannya ke Gaza dan ini adalah bukti kegagalannya." Sumber 27/08/2011, web berita Al-Ahram dan 18/08/2011, web berita Safa.ps
Pengamatan lain, walaupun seminggu telah berlalu, namun sehingga kini tidak ada pendedahan khusus mengenai perancang di sebalik operasi Eilat. Walaupun sumber keamanan Israel menyebut penyerang operasi berkenaan terbunuh tetapi tidak ada pendedahan mengenai identiti, hanya menyebut 3 dari penyerang adalah dari Mesir. Media berita Israel 'Haaretz' turut membangkitkan sejurus operasi Eilat dan perancang operasi terbunuh, tidak ada sambutan menyambut kematian mereka di Gaza malah tidak ada langsung pengakuan dari mana-mana individu di Gaza yang ada hubungkait kekeluargaan dengan penyerang operasi Eilat.
*Media-media Arab seperti Al-Jazeerah dan Al-Ahram masih menggunakan istilah Kerajaan Palestin yang telah dibubarkan(الحكومة المقالة في غزة), isyarat kepada kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai Ismail Haniyeh.
0 comments:
Catat Ulasan