Syahid dalam pengeboman meriam zionis
17 Disember 2011
Jam 12:07 pagi, waktu Mesir
GAZA - Seorang penduduk Palestin, Majid Mahmud An-Nabahain, 35 telah syahid(maut) awal pagi ini dalam satu serangan zionis. Berhubung kejadian, kereta kebal zionis melepaskan meriam ke kawasan pertanian di Mukhayyam El-Bureij, Gaza Tengah pada waktu awal pagi. Seiring peluru meriam, rejim zionis juga menghujani tembakan mesingan.
Sumber tempatan berkata, Majid yang menjadi mangsa tembakan zionis dibawa ke hospital Shuhada' Al-Aqsa di Der Al-Balah akibat mengalami kecederaan yang parah. Tidak lama selepas itu, mangsa diumumkan syahid.
Jelas sumber, sebelum kejadian, mangsa berada di suatu lokasi berhampiran rumahnya yang terletak di sebelah timur Mukhayyam El-Bureij, kemudian mangsa terkena tembakan diikuti peluru meriam yang ditembak ke lokasi berkenaan.
Pada awal ketika dibawa ke hospital dan setelah diumumkan syahid, pihak perubatan tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa syahid akibat tembakan zionis kerana hanya bahagian muka sahaja berlumuran darah.
Penjelasan semula dari pihak perubatan di hospital Shuhada' Al-Aqsa menyebutkan bahawa mangsa yang syahid akibat letupan kuat dan mencederakan bahagian dalaman. Sumber 17/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Maannews.net, web berita Paltimes.net berita AL-JAZEERAH
0 comments:
Catat Ulasan