Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Harapan kami untuk Mesir
Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.
Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.
الله أكبر ولله الحمد
Berita Mesir
Pilihanraya Presiden Mesir
Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.
Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.
Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.
Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden
Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.
Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps
Berita ringkas Palestin
Gaza solat hajat semalam
Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.
Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.
Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net

















0 comments:
Catat Ulasan