Ceroboh terbatas di sebelah utara dan selatan Gaza
10 Januari 2012
Jam 01:44 pagi, waktu Mesir
GAZA - Jentera-jentera perang zionis telah menceroboh secara terbatas awal pagi tadi(Selasa, 10/01/2012) di sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Seiringan dengan kejadian itu, sepasukan tentera zionis yang lain menceroboh Gaza dari arah utara ke daerah Jabaliyah.
Baca lagi:
>> Unit khas zionis dibedil empat peluru 'hawn'
Menurut saksi kejadian yang melihat jentera perang zionis, empat buah jentolak diiringi tiga buah kereta kebal keluar dari pintu gerbang 'المطبق' serta menceroboh sejauh 150 meter ke dalam kawasan timur Hayyu An-Nahdhah, Rafah. Di samping menceroboh, tentera zionis melepaskan tembakan rambang secara tidak putus-putus ke arah rumah-rumah penduduk Palestin dan kawasan pertanian.
Pencerobohan di Rafah diikuti serentak dengan pencerobohan di sebelah utara Gaza. Sebagaimana dijelaskan, beberapa buah jentolak dan jentera perang menceroboh di sekitar kawasan tanah perkuburan timur, Jabaliyah, iaitu sejauh 200 meter dari garisan sempadan yang memisahkan Gaza dengan tanah jajahan 1948.
Semasa kejadian pencerobohan, saksi berkata, jentolak-jentolak zionis meratakan tanah-tanah pertanian penduduk Palestin serta menjalankan operasi mengesan sambil dilindungi jentera perang yang mengiringi dengan melepaskan tembakan-tembakan rambang.
Berhubung kejadian pencerobohan di dua tempat yang berbeza di Gaza, tiada sebarang makluman mengenai kecederaan. Sumber 10/01/2012, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan