الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kami setuju Mesir kerah tentera di utara Sinai - Israel

24 Jun 2012

Laporan jam 10:16 pagi, waktu Kaherah

BAITULMAQDIS - Siaran radio kerajaan Israel menyebut, dua platun tentera khas Mesir yang dikerahkan di utara Sinai adalah mengikut persetujuan Israel (zionis/penjajah) yang terbina dari perjanjian damai antara dua pihak.

Semenanjung Sinai, Mesir
Sumber-sumber dari sudut politik hebrew pula menjelaskan bahawa situasi keamanan di Sinai membuka ruang perbahasan kepada panel ketenteraan bersekutu, Israel dan Mesir dalam pertemuan yang telah diadakan permulaan bulan ini.

Baru-baru ini, Israel membenarkan pihak Mesir memasukkan 20 buah kereta kebal ke Sinai dan kawasan-kawasan(zon-zon) yang bersempadan malah turut membenarkan Mesir menambahkan bilangan anggota tentera di Sinai. Demikian itu, sebaik sahaja munculnya kumpulan-kumpulan bersenjata di Sinai.

Radio kerajaan Israel menghebahkan pada pagi Isnin minggu lepas mengenai kejadian berbalas tembakan di sempadan Mesir - Israel sehingga membawa kepada kematian tiga orang individu yang bersenjata dan seorang pekerja warga Israel.

Sebelum kejadian ini, turut berlaku serangan roket yang dilepaskan dari tanah Mesir ke Israel(selatan tanah jajahan 1948). Lantas, kejadian ini mendorong Israel mendesak Mesir agar mengadakan kawalan ketat di kawasan-kawasan sempadan dan utara Sinai. Tambahan pula, sumber dari Israel menuduh pihak-pihak bersenjata Palestin terjebak dalam serangan ini. Bagaimanapun, perkara ini telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Palestin, terutamannya gerakan HAMAS. Tidak memadai dengan tuduhan Israel, sebilangan sumber massa di Mesir juga mengaitkan kumpulan senjata Palestin dan kumpulan islamis (Ikhwan Muslimin) merancang untuk menimbulkan huru-hara di Mesir semasa pengumuman keputusan pemilihan Presiden Mesir.

Kaitan berita:

Sorotan kejadian

Sepintas kejadian yang lalu pada 18/06/2012 [laporan jam 07:02 pagi, waktu Mesir], laporan awal dari media massa termasuk Palestin menyebut tiga orang Palestin syahid dan seorang tentera zionis maut diikuti dua tentera zionis yang lain cedera ekoran letupan dari peledak yang dipasang oleh sekumpulan individu bersenjata di sebelah jalan yang berdekatan dengan pagar pemisah keselamatan antara sempadan Mesir dengan Israel(tanah jajahan 1948) di kawasan كاديش بارنياع , selatan An-Naqab.

Dalam perincian laporan, media zionis menyebut kejadian berbalas tembakan tercetus selepas peledak meletup sebaik sahaja kereta peronda tentera zionis melewati jalan berkenaan. Kemudian, kerahan bantuan tentera zionis tiba di lokasi serta berbalas tembakan dengan sekumpulan yang bersenjata(media zionis menyebut Palestin).

Menurut sumber, tentera zionis masih menjalankan operasi mengesan berikutan sangkaan wujud lagi individu bersenjata di lokasi yang sama bertujuan untuk menyasarkan kepentingan-kepentingan zionis. 

Pada hari berikutnya, selepas kejadian, media Palestin melaporkan bahawa tiga orang Palestin yang syahid bukanlah dari kalangan rakyat Palestin.



Pemilihan Presiden Mesir


Berdasarkan kepada laporan dari web berita AZZAMAN dan ELSHAAB pada 20/06/2012, Utusan Khas Perdana Menteri Israel, Yitzhak Molkho telah bertemu dengan wakil Majlis Angkatan Tentera Mesir yang mengesahkan kepadanya bahawa hubungan antara dua negara ini tidak akan tergugat(sentuh).
Pengumuman dijangkakan hari ini(24/06/2012) pada jam 03:00 petang
Menurut MAAREV, Majlis Angkatan Tentera Mesir menyampaikan mesej tenang kepada Molkho, 'sebarang keputusan pemilihan(pilihanraya) Presiden, hubungan kedua-dua pihak ini tidak akan tergugat'. Jelas sumber, tentera Mesir tetap menjadi pihak bertanggunggjawab mengenai hubungan dengan Israel serta melindungi perjanjian damai, juga dari sudut keamanan, politik dan ekonomi.


Sedemikian itu, suasana kebimbangan menyelubungi Israel berikutan kemungkinan calon Ikhwan Muslimin, Dr. Morsy menang dalam pemilihan Presiden. Walaupun Dr. Morsy telah mengumumkan niatnya tidak akan menggugat perjanjian damai tetapi kerajaan Israel telah mengambil langkah persediaan pada masa akan datang. MAAREV menungkapkan bahawa langkah yang diambil Majlis Angkatan Tentera Mesir baru-baru ini, antaranya pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan menggugurkan autoriti Presiden akan datang telah mengukuhkan mesej yang disampaikan oleh pihak Mesir kepada Molkho.


Walaubagaimanapun, janji-janji dan langkah dari Majlis Angkatan Tentera Mesir tidak lagi menenangkan Israel. Sumber dari kerajaan Israel pada 19/06/2012 berkata, pihaknya tidak mengetahui apa yang akan berlaku di Mesir selepas beberapa bulan mendatang. Sehubungan itu, mutakhir ini, perbualan komunikasi antara Israel dan Mesir mengenai ketidakstabilan  yang ketara di Sinai.


Israel merasai bimbang dengan penghantaran sebilangan kecil anggota tentera Mesir ke Sinai meskipun Israel bersetuju Mesir memasukkan tujuh batalion tentera Mesir ke Sinai yang mana, ianya menyalahi dari nas perjanjian damai antara dua negara ini. Namun, media Israel menyatakan, Israel dan Mesir masing-masing memahami mengenai rombakan kandungan perjanjian ketenteraan dalam perjanjian Camp David berhubung penambahan anggota tentera Mesir di Sinai, malahan Amerika Syarikat juga menyokong persefahaman ini.

Penukaran giliran tentera di Sinai

Dari sudut lain, penelitian berhubung Israel membenarkan kerahan tentera khas Mesir ke kawasan-kawasan sempadan Mesir - Israel kerana tempoh penukaran giliran tugasan di kalangan Skuad Tentera Antarabangsa Berbilang Negara(Multinational Force and Observers) yang berperanan mengawal ketidakstabilan di Sinai. 
Kem tentera MFO di sebelah utara Sinai
Pelan keamanan: Pembahagian zon-zon di Sinai
Laporan berita dari web MASRESS pada 22/06/2012 memaparkan 47 orang anggota skuad MFO terdiri dari pegawai dan tentera telah beredar meninggalkan Kaherah menghala ke Madrid, seterusnya Colombia dan pulang ke tanahair masing-masing setelah tamat tempoh berkhidmat di Sinai.

Sebagaimana dijangkakan pada hari akan datang, menurut MASRESS, tempat tugasan skuad MFO yang telah pulang akan digantikan dengan anggota-anggota skuad MFO yang baru.

Skuad tentera MFO memulakan misi mereka pada tahun 1981 sebaik sahaja persetujuan damai 'Camp David' dipersepakati antara Mesir dengan Israel pada tahun 1979. Sumber 24/06/2012, web berita Safa.ps, 22/06/2012, web MASRESS, 20/06/2012, web berita Azzaman, web berita Elshaab, 18/06/2012, web berita Paltimes.net(facebook MAP) dan web rasmi Skuad Tentera MFO

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS