Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Bimbang ditangkap
05 Januari 2010
Berikutan hal yang sama, pada minggu lepas 5 pegawai tentera Israel telah membatalkan perjalanan mereka ke Britain kerana bimbang akan ditangkap atas pertuduhan 'jenayah perang' ke atas Gaza. Sumber 05/10/2010, berita al-Jazeerah
Tangkap lagi 8 penduduk Palestin, 24 unit perumahan baru pula dibina
Sementara itu, Kerajaan Israel membenarkan lagi 24 buah unit perumahan yang baru dibina. Dijelaskan, perumahan tersebut akan dibangunkan di Timur Al-Quds. Sumber 05/10/2010, berita al-Jazeerah
Viva Palestina 3 telah sampai di Arish
04 Januari 2010
Sebagaimana yang dijadualkan, rombongan 'Viva Palestina 3' telah sampai ke Pelabuhan Arish Mesir hari ini. Menurut sumber, sebilangan besar aktivis rombongan tersebut menaiki kapal terbang Syria, manakala hanya 12 aktivis sahaja yang dibenarkan menaiki kapal laut Turki yang membawa muatan kereta, ambulan dan bas(pengangkutan rombongan Viva Palestin). Dijelaskan, kapal tersebut hanya dikhususkan untuk muatan kargo barang.Sumber menyatakan dari seorang krew al-jazeerah yang turut mengiringi rombongan tersebut berkata, sebuah bot perang Israel cuba menghadang perjalanan kapal tersebut ketika dalam pelayaran ke Arish dari pelabuhan Allaziqiah, Syria
Tambah Kapten Kapal, Behader Jan Kelul pula dia terpaksa mengubah laluan pelayarannya sejauh 20-30 meter dari laluan asal bagi menjauhi gangguan tentera laut Israel.
Katanya lagi, jika tentera Israel cuba mengancam kapalnya, maka tentera laut Turki akan segera memberi bantuan kerana mereka tahu kapal ini membawa bantuan kemanusiaan, perubatan, makanan dan ambulan.
Fakta 'Viva Palestina 3':

- 220 buah pengangkutan yang terdiri daripada kereta, bas dan ambulan digunakan selama dalam rombongan tersebut.
- Viva Palestina 3 diketuai George Galloway(dalam gambar), ahli parlimen Britain. Bersamanya dalam rombongan seramai 465 aktivis dari 17 buah Negara.
- Rombongan tersebut membawa bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan hasil sumbangan masyarakat dari Eropah, Turki dan Negara-negara Arab.
- Viva Palestina 3 dijadualkan tiba di Semenanjung Gaza pada 27 Disember 2009 bagi memperingati tarikh serangan Israel ke atas Gaza. Bagaimanapun, rombongan tersebut terkandas di Aqabah disebabkan perlu mengikut prosedur-prosedur yang diminta oleh Mesir. Sumber 04/01/2010, berita al-Jazeerah
Pautan lain:
George Galloway (wikipedia, web rasmi)















