Viva Palestina 3 telah sampai di Arish
04 Januari 2010
Sumber menyatakan dari seorang krew al-jazeerah yang turut mengiringi rombongan tersebut berkata, sebuah bot perang Israel cuba menghadang perjalanan kapal tersebut ketika dalam pelayaran ke Arish dari pelabuhan Allaziqiah, Syria
Tambah Kapten Kapal, Behader Jan Kelul pula dia terpaksa mengubah laluan pelayarannya sejauh 20-30 meter dari laluan asal bagi menjauhi gangguan tentera laut Israel.
Katanya lagi, jika tentera Israel cuba mengancam kapalnya, maka tentera laut Turki akan segera memberi bantuan kerana mereka tahu kapal ini membawa bantuan kemanusiaan, perubatan, makanan dan ambulan.
Fakta 'Viva Palestina 3':
- 220 buah pengangkutan yang terdiri daripada kereta, bas dan ambulan digunakan selama dalam rombongan tersebut.
- Viva Palestina 3 diketuai George Galloway(dalam gambar), ahli parlimen Britain. Bersamanya dalam rombongan seramai 465 aktivis dari 17 buah Negara.
- Rombongan tersebut membawa bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan hasil sumbangan masyarakat dari Eropah, Turki dan Negara-negara Arab.
- Viva Palestina 3 dijadualkan tiba di Semenanjung Gaza pada 27 Disember 2009 bagi memperingati tarikh serangan Israel ke atas Gaza. Bagaimanapun, rombongan tersebut terkandas di Aqabah disebabkan perlu mengikut prosedur-prosedur yang diminta oleh Mesir. Sumber 04/01/2010, berita al-Jazeerah
Pautan lain:
George Galloway (wikipedia, web rasmi)
0 comments:
Catat Ulasan