Pertemuan Mubarak dan Abu Mazen pagi ini bincang "usaha perdamaian"
04 Januari 2010
Pertemuan kedua pemimpin tersebut adalah kesungguhan Mesir yang berterusan bagi menggerakkan usaha perdamaian antara Palestin dengan Israel.
Menteri Luar Mesir, Ahmad Abul Gheit berkata pertemuan tersebut akan membincangkan hasil pertemuan antara Presiden Mesir dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel yang berlangsung pada hari selasa lepas mengenai 'bentuk usaha untuk menggerakkan usaha perdamaian yang mempastikan hak-hak(kepentingan) Palestin tercapai'.
Sementara itu, Husam Zaki, Jurucakap Kementerian Luar Mesir menafikan adanya Pertemuan Tiga Penjuru yang menemukan Housni Mubarak, Abbas dan Netanyahu.
Sebagaimana sumber wakil ((Al-Ahram, akhbar harian Mesir yang dekat dengan Kerajaan)) menyatakan pertemuan Mesir dengan Palestin hari ini adalah sebelum lawatan delegasi Menteri Mesir, Ahmad Aboul Gheit dengan Wazir Omar Sulaiman, Ketua Bahagian Perisikan Mesir berlepas ke London dan Washington pada 7 dan 8 Januari ini untuk mengemukakan pandangan Mesir serta membincangkan sekitar pandangan Israel, Amerika Syarikat secara khusus jalan bagi usaha perdamaian.
Berikutan pertemuan pagi ini, Duta Palestin ke Kaherah, Barkat Al-Fira berkata hadaf pertemuan adalah bagi keselarasan pendirian Mesir-Palestin sebelum lawatan delegasi Mesir ke Amerika untuk menyatakan pandangan Arab berhubung usaha perdamaian dan perlu hentikan pembinaan penempatan Israel.
Rentetan kepentingan Palestin, delegasi HAMAS yang diketuai Khaled Mashal telah bertemu dengan Menteri Luar Kerajaan Saudi di Riadh semalam.
Mashal dalam pertemuan tersebut menafikan HAMAS ingin menandatangani memorandum persefahaman dengan FATAH di Damsyik, Syria.
Sementara itu, Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza juga mempastikan bahawa persetujuan tandatangan itu adalah di Mesir dengan penyusunan yang baru malah dapat membentuk satu Kerajaan yang mengikut persetujuan keseluruhan Palestin.
Sehubungan itu, FATAH telah menandatangani draf(dokumen) kepentingan Palestin yang diseliakan oleh Mesir bahkan HAMAS ditohmah menggagalkan usaha tersebut kerana tidak menandatangani dokumen itu.
Khaled Mashal dalam kenyataannya, HAMAS akan menandatangani dokumen itu sekiranya boleh dirombak dan disertakan pandangan HAMAS. Sumber 03/01/2010, berita al-Jazeerah dan 04/01/2010, suratkhabar al-Ahram
0 comments:
Catat Ulasan