الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penjajah tangkap 5 Palestin di Tebing Barat

11 Ogos 2010

Semalam, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 5 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Web akhbar 'Yediot Ahronot' Israel versi hebrew melaporkan sepasukan tentera penjajah menangkap 5 penduduk Palestin atas dakwaan 'dikehendaki'. Mereka yang ditangkap itu hasil dari operasi yang dijalankan berhampiran Ramallah, Khalil dan Nablus.

Penjajah tidak mendedahkan kesemua penduduk Palestin yang ditangkap itu menganggotai mana-mana kumpulan pembebasan Palestin(ada media menyebut kumpulan pemisah Palestin) atau parti politik.

Berikutan itu, tentera penjajah melancarkan operasi penangkapan dan rempuhan ke atas kawasan perumahan Palestin boleh dikatakan setiap hari di Tebing Barat dalam ruang ops jejak para aktivis Palestin yang disifatkan mereka 'dikehendaki'. Sumber 11/08/2010, web berita Pls48

Read more...

17 terowong bawah tanah dikepung, penyeludupan bahan binaan ke Gaza tumpas

El-'ARISH, - Pihak berkuasa Mesir telah mengepung 17 buah terowong bawah tanah yang dipercayai untuk menyeludup barang-barang ke Gaza dalam tiga operasi keselamatan yang dijalankan berasingan di Rafah.

Sumber agensi berita maan melaporkan di El-'Arish bahawa unit special branch(مباحث) keselamatan Negara melancarkan operasi pertama pada malam semalam dan dapat mengepung 8 buah terowong bawah tanah di penanda nombor 4, tanah kosong di daerah Salahuddin. Selain itu, special-branch turut merampas sejumlah besar bahan binaan seperti simen dan besi yang belum diseludup melalui terowong bawah tanah yang dikepung itu.

7 buah lagi terowong bawah yang dikepung adalah di kawasan yang sama dan menumpaskan penyeludupan simen dan besi ke Gaza. Dua buah lagi terowong bawah yang dikepung adalah di kawasan Al-Sarsuriah(الصرصورية) yang terletak di bahagian utara pintu masuk Rafah.

Maan melaporkan bahawa unit special-branch mengadakan kawalan ketat ke atas terowong-terowong yang dikepung malah merampas barang dan bahan binaan yang akan dijual secara lelong.

Sumber keamanan menyatakan, sejak akhir-akhir ini aktiviti penyeludupan bahan binaan ke Gaza telah meningkat secara mendadak. Sumber 11/08/2010, web berita maannews.net

Read more...

Karikatur: Ramadhan menangis atau Al-Quds menangis di Ramadhan

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Read more...

Peronda penjajah dibedil serangan peluru

10 Ogos 2010

GAZA - Sebuah unit tentera penjajah(Israel) menjadi sasaran pengeboman serangan peluru anti-perisai ketika sedang melakukan rondaan bersebelahan pagar keselamatan yang memisahkan tenggara Gaza dengan tanah Palestin yang dijajah 1948. Bagaimanapun, radio penjajah menyebut, kejadian tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Radio penjajah menjelaskan lagi bahawa peronda Israel turut melepaskan tembakan machine-gun ke atas beberapa buah rumah dan kawasan pertanian penduduk Palestin yang dipercayai sumber tembakan serangan peluru. Berikutan itu, tiada laporan mengenai luka parah. Sumber 10/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS