الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Perez bertemu Amru di Itali

04 September 2010

AL-QUDS, - Sumber melaporkan, Presiden rejim zionis(Israel), Simon Perez telah bertemu dengan Amru Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab semasa persidangan ekonomi di salah sebuah pusat peranginan di utara Itali.

Semalam, Perez dalam ucapannya menerangkan bahawa rundingan damai secara langsung(bersemuka) antara perundin Palestin dengan Israel yang baru dilancarkan itu adalah permulaan sebuah harapan.

Amru Moussa yang menyambut baik perkembangan terkini Timur Tengah meyakini bahawa rundingan damai antara dua belah pihak berkenaan adalah yang terakhir. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Rejim zionis tangkap 4 Palestin

KHALIL - Tentera rejim zionis yang menjalankan operasi serbuan pagi tadi di bandar Khalil telah menangkap empat pemuda Palestin.

Sumber tempatan yang menyampaikan kepada agensi 'Safa' berkata, "tentera penjajah(rejim zionis) telah menyerbu masuk ke perumahan 'Aisha dan menangkap Anuar, 28, serta Ali Dofs, 28 yang digeledah rumahnya di perumahan Al-Jaldah."

Gambar(arkib safa): Tentera rejim zionis ketika operasi serbuan di Tebing Barat.

Laporan tersebut menyatakan, kedua-dua pemuda yang ditangkap itu adalah anggota HAMAS dan bekas tahanan penjajah yang meringkuk selama beberapa tahun dalam penjara penjajah.

Sementara itu, dalam siri serbuan di kawasan perumahan yang lain, tentera rejim zionis telah menangkap dua lagi penduduk Palestin, Anas Abdul Ghani Said dan Majdi Muhammad Al-Asla.


Sementara itu, laporan dari agensi 'Safa' juga menyebut berpuluh-puluh tentera rejim zionis dikerahkan di jalan Torusah-Dura di barat bandar Dura, Khalil. Keadaan di jalan tersebut berubah menjadi seperti berek tentera.

Gambar(safa): Tentera rejim zionis yang mendirikan pos kawalan di sebatang jalan.

Menurut saksi di kawasan berkenaan yang menyampaikan kepada agensi 'Safa' bahawa tentera-tentera rejim zionis tiba secara mengejut di kawasan itu dengan menaiki 6 buah jip tentera dan bertebaran di sebuah jalan yang berhampiran kem tentera lama yang telah dikosongkan beberapa tahun yang lalu.

Saksi menyatakan lagi, kewujudan tentera rejim zionis yang begitu ramai di kedua belah jalan itu turut dikawal pegawai tentera dan perisikan zionis. Selain itu, pos kawalan tentera turut diadakan. Beberapa buah kenderaan Palestin yang melalui jalan itu diperiksa dalam keadaan tangan mereka diikat dan ditahan dalam beberapa tempoh masa.

Penduduk Palestin turut bimbang jika tentera zionis kembali menguasai kawasan berkenaan dan mendirikan semula berek tentera yang telah ditinggalkan beberapa tahun yang lalu. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Terkini: 650 anggota HAMAS telah ditangkap

RAMALLAH - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) berkata, jumlah anggotanya yang terkini ditangkap Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat telah melebihi bilangan 650 anggota HAMAS dalam masa empat hari, termasuk pada hari berlangsungnya rundingan damai dan operasi banjir api.

Keterangan HAMAS yang disampaikan kepada agensi 'Safa' hari ini menyebut, "Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat masih meneruskan buruannya ke atas para pemimpin dan anggota-anggota kami di semua Wilayah di Tebing Barat," tambah kenyataan itu lagi, "hari ini mereka menangkap 52 anggota kami."

Sumber dari berita al-Jazeerah turut menyiarkan hal yang sama pagi ini.

Agensi berita Safa menyebut secara terperinci 52 nama anggota HAMAS yang ditangkap. Namun pihak MAP hanya menukilkan bahawa Pihak Keselamatan Palestin menangkap anggota-anggota HAMAS di Wilayah Jenin, Qalqiliah, Nablus, Tulkarm, Sulfit, Ramallah, Khalil dan Bet Lehem.

Jumlah anggota HAMAS yang paling ramai ditangkap adalah dari Wilayah Nablus seramai 11 orang, Sulfit seramai 13 orang dan Ramallah seramai 9 orang. Selain itu, anggota-anggota HAMAS yang telah ditahan sebelum, juga ada yang telah ditangkap semula. Sumber 04/09/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Pesta jalanan gugat ketenteraman Palestin

KHALIL - Satu kejadian yang dilaporkan pagi tadi, warga Israel menyerang serta memukul penduduk Palestin di zon selatan bandar Khalil. Dalam kejadian tersebut, warga Israel menyerang kenderaan Palestin malah menutup jalan persimpangan Al-Fahs yang menghubungkan Khalil dengan kampung-kampung serta daerah di bahagian selatan.

Sumber keamanan yang menyampaikan kepada agensi 'Safa' menyebut bahawa warga Israel keluar ke jalan bagai berpesta yang mengganggu ketenteraman. Selain itu, mereka bertindak menutup jalan-jalan utama dengan kenderaan mereka serta membuat gangguan kepada penduduk Palestin dan memukul penduduk Palestin.

Gambar(arkib safa): Gelagat warga Israel yang mengganggu penduduk Palestin.

Sementara itu, sumber menjelaskan kaitan serangan 'banjir api', tentera rejim zionis melancarkan operasi geledah rumah Palestin setiap malam di kawasan-kawasan perumahan Khalil. Tentera rejim zionis juga mengadakan pos-pos kawalan di jalan-jalan masuk ke bandar Khalil serta bandar kecil, As-Samu' dan Bani Na'im, malah turut meningkatkan bilangan tentera rejim serta meronda dengan kerap di jalan-jalan yang mengelilingi bandar Khalil. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS