الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

4 serangan selepas 'si dengung' intip ruang udara Gaza

07 April 2011

Laporan awal pada jam 12.11 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.11 malam(06/04/2011), waktu Mesir

GAZA - Rejim zionis melancarkan beberapa serangan bersiri awal pagi Khamis ke atas sasaran yang berlainan tempat di Semenanjung Gaza(ada media menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Pemberita Safa melaporkan serangan pertama dari pesawat zionis jenis 'F-16' menyasarkan sebuah terowong bawah tanah di Hayyu Brazil yang terletak di selatan bandar Rafah.

Terowong yang digunakan menyeludup kereta itu hampir musnah teruk, ekoran itu, beberapa lagi buah terowong bawah tanah yang berhampiran turut terjejas. Bagaimanapun, tidak ada berlaku sebarang kecederaan.

Safa menjelaskan, pesawat tempur zionis mengebom terowong bawah tanah secara mengejut. Sebagaimana biasa, rejim zionis akan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Mesir bagi memberi peringatan kepada Palestin dari operasi yang akan menyasarkan terowong bawah tanah. Namun serangan ini tidak diduga.

Serangan kedua, pesawat zionis menyerang sebuah rumah tidak berpenghuni di kawasan Al-Imarain yang berdekatan sekolah Tunis di Hayyu zaitun(Perumahan Zaitun), timur bandar Gaza.

Perumahan yang sama juga dalam serangan ketiga, pesawat zionis membedil sebuah rumah yang tidak berpenghuni berhampiran Masjid Mus'ab Bin Umair.

Berhubung kecederaan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah sehingga kini menafikan wujud sebarang luka parah dalam serangan zionis yang menyasarkan beberapa sasaran di bandar Gaza.

Sasaran dan serangan keempat, pesawat rejim zionis mengebom sebuah lagi terowong bawah tanah yang berhampiran pintu gerbang Salahuddin di Rafah. Serangan ini mengakibatkan seorang mangsa cedera ringan. Krew bomba telah membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Si dengung intip ruang udara

Sejak beberapa jam dari petang tadi, pesawat pengintip zionis atau dikenali 'si dengung' di kalangan penduduk Palestin Gaza melintasi kerap di ruang udara Gaza.

Gelaran 'si dengung' dari penduduk Palestin kerana bunyinya yang mendesing kuat dan menimbulkan gangguan.
______________________________________________
Pautan lain:

Antara jenis pesawat pengintip yang dibangunkan oleh rejim zionis
______________________________________________

Berita semalam turut melaporkan hal yang sama, semalam dan beberapa hari yang lalu si dengung kerap berlegar-legar di udara Gaza.

Gambar: Sebuah pesawat pengintip tanpa pemandu yang berjaya dijatuhkan pejuang Palestin, sayap tentera HAMAS(KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM) beberapa tahun yang lalu.

Berhubung situasi itu, menukil dari laporan berita semalam, sumber keamanan di Gaza berkata, Badan-badan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza telah mengambil langkah siap sedia kemungkinan jangkaan sebarang serangan zionis. Keadaan tersebut sebagaimana sewaktu serangan udara yang dilancarkan zionis di awal permulaan perang pada 26 bulan yang lalu(perang Gaza akhir 2008 - awal 2009).

Menurut saksi kepada agensi berita Safa, pesawat-pesawat pengintip yang dilengkapi peluru berterbangan rendah di ruang udara Gaza.

Gambar: Saiz model tertentu pesawat pengintip tanpa pemandu.

Jentera udara senjata utama

Rejim zionis memiliki rentak yang termaju dengan teknologi yang dimiliki apabila dapat membangunkan sistem perisikan(pengintipan) dengan terciptanya pesawat tanpa pemandu. Model tertentu dari pesawat pengintip tanpa pemandu mampu melancarkan serangan dri udara dengan peluru yang dikendong. Ketika perang Gaza yang lalu, jentera udara zionis menjadi senjata utama melancarkan serangan di pelusuk Gaza.

Ketika pihak MAP melawat mangsa-mangsa perang di hospital, kebanyakannya adalah mangsa serangan dari pesawat pengintip tanpa pemandu, malah mengikut cerita seorang awam di Gaza, bahawa saudaranya syahid akibat diserang pesawat tanpa pemandu meskipun mangsa ketika itu berada di perhentian bas tanpa memegang apa-apa bentuk senjata. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Gaza hargai Mesir bebas tahanan Palestin

06 April 2011

Laporan asal jam 02.22 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.22 petang, Mesir

GAZA - Kementerian Luar dan Perancangan Gaza menghargai keputusan pemerintah baru Mesir yang membebaskan beberapa tahanan Palestin dari penjara Mesir, malah mengharap baki yang masih berada dalam penjara Mesir turut dibebaskan.

Kementerian Gaza dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' mengungkapkan perhargaan kepada langkah ini. Jelasnya, ia adalah langkah terkehadapan bagi mengukuhkan lagi hubungan Mesir dan Palestin.
_________________________________________
Baca lagi:

Revolusi 25 Januari rintis jalan ke Al-Quds
HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin

_________________________________________

Semalam, Pemerintah Mesir telah membebaskan 14 tahanan Palestin. Sedemikian itu, dalam masa yang sama, Gaza tidak bersabar menanti lagi 28 orang Palestin dibebaskan dari penjara Mesir. Sumber 06/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

4 cedera akibat 2 serangan zionis

Laporan asal jam 12.32 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.32 malam(05/04/2011), Mesir

GAZA - Empat penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam pengeboman pesawat tempur zionis tengah malam ini yang menyasarkan dua sasaran di timur bandar Gaza. Dua dari mangsa yang tercedera adalah wanita, dan seorang darinya wanita hamil.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, krew penyelamat telah membawa mangsa-mangsa serangan ke hospital As-Shifa'.

Tambah beliau, wanita hamil yang menjadi mangsa serangan udara zionis mengalami kecederaan pertengahan, dan tiga lagi ada yang mendapat luka ringan dan pertengahan.

Menurut saksi kejadian kepada agensi berita 'Safa' bahawa dia terdengar dua letupan kuat, salah satunya dari ladang pertanian di kawasan Jabal Reis, Hayyu Tuffah, dan satu lagi letupan dari sebuah kilang plastik di timur bandar Gaza yang menjadi sasaran pengeboman.

Serangan sedemikian ketikamana pesawat-pesawat pengintip zionis kerap berterbangan rendah sambil mengawasi ruang udara Gaza sepanjang hari ini. Sumber 06/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Rejim penjajah tangkap 10 Palestin

05 April 2011

Laporan asal jam 07.37 pagi, Palestin/Mekah
Jam 06.37 pagi, Mesir

TEBING BARAT - Tentera rejiim penjajah menangkap 10 penduduk Palestin awal pagi ini dari beberapa buah wilayah di Tebing Barat.

Radio Israel berkata, tentera rejim penjajah membawa kesemua yang ditangkap itu ke Pihak Keamanan penjajah untuk siasatan.

Safa menyebut, operasi penangkapan terhadap Palestin yang digempur oleh tentera rejim penjajah boleh dikatakan berlaku setiap hari pada waktu tengah malam dan juga melalui sekatan-sekatan tentera(roadblock) di wilayah-wilayah Tebing Barat. Sumber 05/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS