الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penjajah musnahkan kampung Ummu Neir

05 Mei 2011

Laporan jam 09.10 pagi, Palestin/Mekah
Jam 08.10 pagi, Mesir

KHALIL - Empat buah jentolak rejim penjajah memusnahkan kampung Ummu Nir selatan wilayah Khalil, Tebing Barat pagi ini.

Salah seorang penduduk, Rateb Al-Jabur berkata, tentera penjajah dalam lingkungan 200 anggota menggeledah kampung Ummu Neir yang terletak di sebelah tenggara daerah Yatta, Khalil. Menurut Rateb, sehingga kini 10 buah rumah dan milikan penduduk Palestin, keluarga Al-Jabur telah dimusnahkan.

Gambar: sumber dari google map. Kampung Neir terletak dari arah tenggara daerah Yatta.


Tambah lagi, kerja pemusnahan turut meliputi pokok-pokok, tembok dan apa jua yang dimiliki. Berbalik kepada operasi itu, sumber menyebut, seorang pegawai Jabatan Masyarakat rejim penjajah telah memaklumkan kepada penduduk-penduduk kampung agar mengosongkan kampung terbabit ekoran akan diubah kepada zon tentera yang dikawal rapi.

Pegawai tentera penjajah juga telah meletakkan beberapa tanda di atas tanah-tanah pertanian kampung berkenaan yang menjangkau keluasan 300 ekar.

Sebagaimana dinyatakan, kampung Ummu Neir musnah teruk. Pada waktu yang sama penduduk-penduduk kampung tidak ada tempat untuk berlindung. Lebih-lebih lagi, belum mencukupi sebulan ada beberapa buah rumah baru sahaja diletakkan batu asas oleh Perdana Menteri Palestin Ramallah, Salam Fayyad. Sumber 05/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Palestin berbaik, Amerika menekan

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ayat 4, surah As-Saff]

Suasana ketika akhir majlis meraikan persepakatan Palestin. Dari kanan sebelah kotak berwarna oren, Azzam Al-Ahmad, anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH, kotak berwarna oren, Naif Al-Hawatimah, Setiausaha Agung Barisan Demokrasi, kota berwarna biru, Amru Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab, kotak hijau, Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS, kotak warna merah susu, Ramadhan Abdullah Shallah, Setiausaha Agung JIHAD ISLAMI, kotak putih, Husam Zaki, bekas jurucakap Menteri Luar pemerintah Mesir sebelum ini, dan kotak kelabu, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu.

Berikut adalah catatan masa majlis meraikan persetujuan dalaman Palestin di Kaherah petang semalam berserta pendirian Amerika dan Israel.


12.15 petang, waktu Mesir: Majlis menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin bagi mengakhiri perselisihan selama 4 tahun antara gerakan HAMAS dan FATAH di Kaherah dilewatkan sejam ketika suasana dirundung tekanan berikutan wujud kesilapan pada prosedur. Laporan terkini, masyarakat Palestin ternanti-nanti penuh debaran langkah bersejarah ini seiring revolusi di Mesir. Menteri Luar Turki dilaporkan tiba di Kaherah dalam lawatan singkat bagi menghadiri upacara bersejarah.


12.30 petang, waktu Mesir: Beberapa minit yang lalu, agensi berita AFP melaporkan bahawa majlis menandatangani persepakatan telah bermula.

12.46 petang, waktu Mesir: Kami mahu lepasi dari perpecahan ini buat selama-lamanya - Abbas


12.55 petang, waktu Mesir: Israel kena pilih mahu berdamai atau membina lagi penempatan - Abbas


01.15 petang, waktu Mesir: Kami bersedia membayar apa jua harga demi baik pulih hubungan dalaman Palestin dan pertempuran kami hanyalah dengan Israel - Khaled Meshaal

Gambar(Al-Jazeerah): Abbas, sewaktu memberikan ucapan.

01.35 petang, waktu Mesir: Selesai majlis menandatangani dokumen baik pulih hubungan dalaman Palestin.

02.00 petang, waktu Mesir: Ucapan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin. Siaran langsung di siaran televisyen rasmi Mesir. Kemudian disusuli ucapan Khaled Meshaal.

02.15 petang, waktu Mesir: Pertemuan tertutup Abbas dan Meshaal selepas Ketua Biro Politik HAMAS berucap bagi membincangkan perlaksanaan hasil dari persetujuan yang telah ditandatangani.

Khaled Meshaal ketika berucap. Duduk dari kanan, Nabil Al-Araby, Menteri Luar Mesir, Ketua Bahagian Perisikan Mesir, Murad Mawafi dan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin.
____________________________________
Baca lagi:
Abbas dan Meshaal bincang 3 masalah asas
Haniyeh hubungi Abbas, Meshaal, Shalah

Hijau dan kuning seiringan bersama di Gaza

____________________________________

Pendirian Amerika, Israel

Amerika Syarikat menyambut persetujuan baik pulih dalaman Palestin dengan pendiriannya yang keras seperti dahulu, iaitu 'HAMAS mesti mengiktiraf kewujudan Israel dan menghindarkan unsur pelampauan'. Pendirian Amerika ini kerap kali diumumkan semasa pentadbiran bekas Presiden Amerika, George Bush.


Sedemikian itu, menurut bekas pembantu Menteri Luar Amerika bagi Hal Ehwal Timur Tengah, Martin Endic berkata, pendirian Amerika ini hanya langkah berjaga-jaga kerana bimbang dan menaruh syak kepada HAMAS.

Kata beliau lagi, persepsi Washington dihuni sama ada persepakatan perpaduan Palestin ini akan menghala ke arah satu keputusan yang menyokong penubuhan dua Negara sebagai penyelesaian konflik Palestin-Israel atau tidak.


Sementara itu, White House menggesa perlaksanaan dari persetujuan baik pulih hubungan Palestin antara gerakan HAMAS dan FATAH merangkumi jalan menitikberatkan perdamaian yang tidak menghalang usaha perdamaian dengan Israel.


Jay Carney, jurucakap White House berucap kepada wartawa-wartawan selepas Palestin menandatangani persepakatan baik pulih secara rasmi di Kaherah bahawa Washington berusaha untuk mendapatkan penjelasan-penjelasan terperinci khususnya terhadap persepakatan itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri rajim zionis(Israel), Benjamin Netanyahu mengungkapkan bahawa persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin memberi pukulan kepada usaha damai.

Tambah lagi, parti Israel berhaluan kanan, Yisrael Beitanu mendesak KABINET Israel memutuskan segala bentuk hubungan komunikasi dengan pemerintah Palestin Ramallah selepas Palestin menandatangani persetujuan baik pulih sesama mereka. Namun, ada sebilangan pihak di Israel menyebut persetujuan Palestin ini memberikan kesan yang positif kepada Israel. Sumber 05/05/2011, web berita Al-Jazeerah, 04/05/2011, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Abbas dan Meshaal bincang 3 masalah asas

Laporan jam 02.11 pagi, Palestin/Mekah
Jam 01.11 pagi, Mesir

KAHERAH - Anggota Biro Politik HAMAS, Ezzat Al-Rashq mendedahkan tiga masalah asas yang telah diperbincangkan antara Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dengan Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS dalam pertemuan tertutup selepas selesai meraikan majlis menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin di Kaherah petang semalam.

Gambar(Al-Jazeerah): Abbas kanan dan di sebelah kirinya, Khaled Meshaal.

Dalam kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin, Al-Rashq berkata, masalah utama yang dipersetujui berkait dengan Kerajaan Palestin yang dinyatakan perlu segera membentuk Kerajaan dengan asas persetujuan.

Masalah kedua yang dinyatakan Al-Rashq, pertemuan awal bagi skop persetujuan barisan kepimpinan sementara yang dipersetujui mengikut dokumen baik pulih yang disediakan oleh Mesir(draf) dalam masa terdekat. Jelas Al-Rashq, skop pertemuan ini menggabungkan setiausaha-setiausaha agung kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) dan individu-individu bebas.

Tambah Al-Rash, masalah ketiga yang telah dipersetujui iaitu mempercepatkan proses membebaskan tahanan-tahanan di Tebing Barat.

Di akhir kenyataan, Ezzat menyebut kedua-dua pihak(HAMAS dan FATAH) akan bertemu pada minggu akan datang bagi melihat tindakan susulan hasil dari keputusan ini. Sumber 05/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Presiden bertemu Merkel di Berlin hari ini

KAHERAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan bertemu dengan Canselor Jerman, Angela Dorothea Merkel hari ini(Khamis).

Sebagaimana yang dijangkakan, Abbas akan membincangkan dengan Merkel perkembangan terkini usaha damai menurut cadangan Britain, Perancis dan Jerman. Selain itu, berkait dengan majlis menandatangani persepakatan dalaman Palestin yang diraikan petang semalam di ibukota Mesir, Kaherah.

Sumber menyebut, perbincangan kedua belah pihak turut menyentuh pengukuhan hubungan dua hala Palestin-Jerman.

Gambar(Al-Jazeerah): Abbas, kiri bersalaman sambil bercakap-cakap dengan Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS di Kaherah.

Sejurus tiba malam semalam di Berlin dari Kaherah, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jerman. Kedua-dua pihak membincangkan usaha damai dan jalinan hubungan dua hala.

Turut mengiringi Presiden Abbas, anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Saeb Areqat, jurucakap rasmi Pemerintah Palestin, Nabil Abu Radinah, penasihat diplomatik, Majdi Al-Khalidi dan duta Palestin ke Jerman, Salah Abdul Shafi. Sumber 05/05/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS