[Kemaskini] Al-Bardawil: Mesir maklum Gaza tiada kaitan dengan serangan Rafah
09 Ogos 2012
![]() |
| Arkib PALTIMES: Al-Bardawil |
Usaha burukkan imej HAMAS
Berhubung laporan yang diterbitkan akhbar tempatan 'AL-QUDS' dari sumber keamanan yang disifatkan sumber yang dipercayai menyebut perisikan Mesir telah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada gerakan HAMAS agar segera menyerahkan tiga anggota sayap tenteranya, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM kepada perisikan am Mesir.
Laporan berkenaan tidak menyebut tiga anggota sayap tentera HAMAS terjebak dalam serangan Rafah, akan tetapi untuk mengesahkan kebenaran maklumat yang berkaitan dengan penyediaan logistik secara tidak langsung dan ketiga-tiga mereka ini disyaki membantu kumpulan pelampau di Sinai serta menjalankan kegiatan penyeludupan beli senjata dalam tanah Mesir.
Sumber tersebut enggan mendedahkan nama-nama terbabit, namun, sumber keamanan di Ramallah (Tebing Barat) menerangkan tiga orang individu itu, Aiman Naufal, Raed Al-Attar, dan Muhammad Abu Shamalah yang dikenali terlibat secara langsung hubungan dagang terowong bawah tanah.
Berdasarkan kenyataan Al-Bardawil, Kaherah tidak menyuarakan apa-apa pun permintaan dari Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza setakat ini mengenai kejadian serangan.
Jelas beliau, HAMAS melihat banyak laporan-laporan berita dusta yang sengaja diciptakan oleh sebahagian media massa yang mempunyai kerjasama dengan media massa penjajah sebagai usaha memburukkan imej HAMAS dan merampas kepercayaan rakyat Mesir, dan pemimpin Mesir terhadap gerakan HAMAS serta untuk menjejaskan hubungan antara dua pihak.
Al-Bardawil harap kepada lidah-lidah ini agar sudah-sudahlah menjadi media yang hina nilainya.

























