الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Al-Qardhawi: Tembok pemisah Mesir 'haram'

28 Disember 2009

Pengerusi Persatuan Ulamak Islam Sedunia(الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين), Dr.Yusof Al-Qardhawi dalam kenyataannya meminta Mesir menghentikan pembinaan tembok keluli yang memisahkan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Pembinaan tembok tersebut dibina di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Dr.Yusof Qardhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber, beliau menjelaskan pengharaman bina tembok keluli yang memisahkan antara Mesir dengan Semenanjung kerana bermaksud menutup pintu laluan(hubungan) ke atas Gaza. Malah menambahkan lagi cengkaman sekatan ke atas Gaza yang membuatkan penduduk Gaza lebih sengsara akibat kekurangan makanan dan merupakan tekanan ke atas mereka sehingga melutut kepada kehendak yang diinginkan oleh Israel.

Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)".

Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Dr.Yusof Qardhawi menyatakan tembok yang dibina Mesir "sama sahaja seperti tembok pemisah Israel".

"Israel membina tembok pemisah untuk menjerut penduduk Palestin, apabila Mesir juga bertindak sedemikian rupa yang mendapat keuntungan adalah Israel", ujar beliau.

Sekali lagi, Dr. Yusof Qardhawi menyeru Mesir membuka sempadan Rafah kepada penduduk Gaza. Beliau berkata, "Jangan turut ikut serta menjerut dan membunuh penduduk Gaza". Berikutan itu, sempadan Rafah wajib dibuka mengikut undang-undang syarak kerana untuk memberi ruang nafas kepada mereka.

Demikian itu, penduduk Palestin di Gaza menggunakan terowong bawah tanah sebagai ganti sempadan yang tertutup sepanjang masa sehinggakan kepada rombongan bantuan kemanusiaan juga ditutup. Sekiranya penduduk Gaza turut dihalang daripada laluan bawah tanah, maknanya Mesir telah berkata kepada penduduk Gaza, "matilah kamu semua", namun kepada Israel pula seolah membantu untuk mereka hidup.

Al-Qardhawi mendesak kepada semua Negara yang bersahabat dengan Mesir supaya memberi tekanan ke atas Mesir supaya berundur dari bersekongkol melakukan jenayah yang tidak sepatutnya. Dalam masa yang sama, beliau meminta Liga Arab dan OIC(Pertubuhan Persidangan Islam) agar campur tangan bagi menghentikan bencana ini. Sumber 28/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah.

Pautan lain:

1) الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
2) Liga Arab
web rasmi
wikipedia
3) Pertubuhan Persidangan Islam
web rasmi
wikipedia
4) Artikel penuh berkenaan kenyataan Dr.Yusof Qardhawi. Petikan ringkas dari kenyataan tersebut, lihat di bawah.

جاء هذا في بيان أصدره الشيخ القرضاوي الأحد 27/12/2009، ليتوج عددا من الفتاوى أصدرها علماء من الأزهر قبل أيام، وحرموا فيها بناء الجدار. وحرم الشيخ القرضاوي بناء الجدار الذي تقيمه مصر للقضاء على أنفاق غزة، قائلا: "إن بناء الجدار الفولاذي الذي تقيمه مصر هذه الأيام على الحدود بينها وبين غزة عمل محرَّم شرعا؛ لأن المقصود به سد كل المنافذ على غزة، للزيادة في حصارهم وتجويعهم وإذلالهم والضغط عليهم، حتى يركعوا ويستسلموا لما تريده إسرائيل".ودافع القرضاوي عن أنفاق غزة، مشيرا إلى أنها البديل عن معبر رفح الذي تغلقه مصر، قائلا: "لجأ أهل غزة إلى هذه الأنفاق ليستطيعوا أن يجدوا منها بعض البديل عن المعبر المغلق في معظم الأيام، حتى أمام قوافل الإغاثة الإنسانية.. وكأن مصر تقول لهم: موتوا، ولتحي إسرائيل

Read more...

Memperingati Setahun Rejim Israel Menyerang Semenanjung Gaza

Mereka sentiasa berperang, kita?


"Hasbiallahu wa Nikmalwakil", kemuliaan ke atas pejuang-pejuang Palestin yang berjaya mempertahankan hak dan maruah umat Islam. Seiring dengan permulaan tahun baru Islam, pasti siri catatan lepas menjadi pemangkin untuk meneliti dan membangkitkan semangat untuk terus mengorak langkah memperjuangkan risalah Islam.

27 Disember 2008, berlaku satu tragedi diluar batas dan etika kemanusiaan, pihak zionis Israel mara dengan ganas menghentam setiap sudut dan penjuru sebuah kawasan usang (Semenanjung Gaza) dengan logistik yang teramat canggih. Jentera perang Israel yang dikawal dengan 'remote' turut serta mengganyang Gaza malah membunuh ratusan penduduk Palestin Gaza. Tua, muda, kanak-kanak atau bayi tidak terlepas menerima hujan white-phosporus (fosforus putih) yang mengakibatkan cacat pada tubuh malah nyawa turut beransur pergi secara perlahan. Majoriti besar penduduk Gaza yang diserang adalah umat Islam. Sepatutnya, wujud tangan yang tampil membantu dengan kekerasan, namun penduduk Gaza terkepung. Sedang di sempadan damainya hidup, tetapi Gaza waktu itu terus menerima tentangan sengit. Kenapa mereka hanya keras berkata tetapi tindakan teramat lembik seolah-olah memberi ruang yang seluas-luasnya kepada zionis terus membaham penduduk Gaza? sambungan .. klik di sini

Sumber : web rasmi PMRAM

Read more...

Memperingati detik tentangan Israel ke atas Gaza

27 Disember 2009

Hari ini, 27/12/2009 bermakna telah genap setahun tarikh dan detik tentangan Israel ke atas Gaza. Sumber melaporkan Kerajaan Palestin di Gaza mengadakan sambutan memperingati serangan dahsyat Israel ke atas Gaza dari 27/12/2008 sehingga 18/01/2009.

Sambutan yang diadakan di hadapan bangunan Majlis Legislatif Palestin bermula sebaik sahaja siren amaran dibunyikan sebagai simbol mengingati saat serangan pertama Israel ke Gaza jam 11.20 pagi tadi(waktu Mesir). Selain itu, sumber juga menyatakan, sebuah dinding di hadapan bangunan tersebut yang dicatatkan nama-nama syuhadak turut dipamerkan kepada tatapan penduduk Gaza yang turut serta dalam upacara tersebut.

Sementara itu, keadaan di sempadan Gaza-Israel kelihatan tenang tanpa kedengaran deruan jentera perang Israel. Sebelum ini, akhbar tempatan Mesir melaporkan bahawa Israel menggugurkan memo peringatan kepada penduduk Gaza beberapa hari yang lalu. Sumber 27/12/2009, berita al-Jazeerah


kesan bahana permusuhan Israel


kekejaman dan keganasan Israel yang nyata

Sumber gambar : web berita al-Jazeerah dan worldmapfinder

Read more...

Sempena memperingati genap setahun perang Israel ke atas Gaza

26 Disember 2009

Jasad yang terbujur kaku menjadi eksperimen keganasan Israel

Israel menyerang Gaza dengan logistik senjatanya yang maksima


Genap setahun perang Israel ke atas Gaza, tragedi ini tetap dan sentiasa diingati penduduk dunia. Malah, serangan Israel ini pasti meninggalkan kesan trauma ke atas Israel dan sekutunya. Kenapa Israel dan sekutunya yang trauma? Bagaimanapun, wajah-wajah pejuang dan mangsa kekejaman Israel tetap dipandang mulia kerana mereka mempertahankan hak mereka dari cengkaman kejam Israel yang disokong sekutunya.

Sempena memperingati perang Israel ke atas Gaza, beberapa pertubuhan dunia(NGO) meminta mereka yang berhampiran dengan NGO tersebut menyertai tunjuk perasaan sebagai bantahan ke atas tindakan Israel yang menyerang Gaza.

Antaranya, Pertubuhan Hak-hak Asasi Britain mengajak menyertai perhimpunan di hadapan kedutaan Israel di London pada esok hari.

Pada hari ini, sumber menyatakan penduduk Jepun telah mengadakan tunjuk perasaan berhubung memperingati genap setahun perang Israel ke atas Gaza. Dilaporkan, tunjuk perasaan tersebut diadakan di Tokyo.

Selain itu, Badan-badan Pertubuhan di Amerika Syarikat turut mewar-warkan pihaknya akan mengadakan tunjuk perasaan pada esok hari di bandar New York. Sumber 25-26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

______________________

27 DISEMBER 2008
Israel telah memahatkan catatan keganasannya dalam sejarah dunia. Catatan keganasan ini tidak akan terhenti, mata pena ini terus bergerak.

________________________

Jangan rahsiakan tarikh tersebut dari generasi akan datang. Biarkan mereka tahu bagaimana ganasnya Israel yang wujud dan merampas tanah Palestin. Jangan pula berlagak 'dayus' untuk tidak bercerita bahawa keganasan Israel turut disokong oleh sekutu Israel. Siapakah sekutu Israel? Kita lihat, kita tahu, kita baca dan mengerti. Moga kita tidak buta mata dan hati, alangkah sedihnya jika kita buta sejarah.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS