الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

12 lagi Palestin ditangkap, 1 syahid dan beberapa lagi parah dalam serangan Israel

12 Januari 2010

Menurut sumber, seramai 12 penduduk Palestin telah ditangkap tentera penjajah(Israel) di Tebing Barat semalam.

Di Semenanjung Gaza pula beberapa siri serangan Israel semenjak awal tahun 2010. Dalam masa yang sama kedengaran berita dan ura-ura Israel akan menyerang semula Gaza dalam operasinya yang terbaru, iaitu 'operation cast lead 2'.

Lewat malam semalam, sumber menyatakan kumpulan pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengumumkan seorang pejuangnya syahid dalam satu operasi jihad di utara Gaza.

Maklumat berhubung kejadian tersebut dinyatakan kemungkinan disebabkan letupan dalam operasi tersebut atau juga disebabkan pengeboman dari Israel.

Keterangan dari Al-Qassam menyatakan, pejuang yang syahid bernama Saer Nabil Ramadhan Khidr, berusia 21 tahun dari Masjid Abdullah Azzam, Bait Hanun, utara Semenanjung Gaza telah bertemu Allah Taala pada 11/01/2010 ketika melaksanakan satu operasi jihad di utara Gaza.

Sumber menjelaskan lagi, ada lagi 3 pejuang bersama Saer tetapi hanya mengalami luka parah.

Menurut sumber, tentera Israel tidak mengulas mengenai berita tersebut bahkan menjelaskan tentang serangan roket pada waktu sebelum itu yang gugur di barat Naqab tanpa berlaku sebarang kecederaan atau sebagainya.

Sementara itu, Menteri Perang Israel(Pertahanan), Ehud Barak memberi ancaman kepada Gaza jika berterusan melepaskan serangan roket, tentera Israel juga akan melancarkan serangan bagi menghentikan serangan roket.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengeluarkan kenyataan bahawa akan melancarkan 'operation cast lead 2' bila serangan roket masih berterusan ke selatan Israel.

Di pihak kumpulan-kumpulan pejuang Palestin Gaza juga berjanji akan membalas setiap serangan Israel ke atas Gaza.

Berikutan peningkatan serangan dari Israel, Kerajaan Palestin Gaza mengajak kepada "persepakatan semua pihak di Gaza untuk menetapkan mekanisme tindakan seiring perubahan keadaan ekoran serangan-serangan Israel yang terkini di Gaza".

Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin di Gaza dalam kenyataan bertulis, bahawa "Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berdasarkan dari menjaga kepentingan umum dan persetujuan semua pihak", sambil mempastikan "Palestin juga mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya". Sumber 12/01/2010, berita al-Jazeerah(11/01/2010), web berita al-Jazeerah dan web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...

Buka sempadan Kerom Abu Salem

11 Januari 2010

Semalam, Israel membuka sempadan Kerom Abu Salem yang bertentangan dengan Gaza setelah 3 hari menutupnya bagi membenarkan bantuan dan bekalan dapat masuk ke Gaza. Sementara itu, sempadan al-Mintar terus ditutup.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemasukan Dagangan Pihak Berkuasa Palestin, Raed Futuh bahawa jumlah buah trak dalam lingkungan 93-103 buah dengan muatan barang-barang untuk sektor perniagaan dan sektor pertanian telah di bawa masuk ke Gaza.

Tambah beliau lagi, trak dengan muatan bunga dan pokok strwaberi turut dieksport keluar dari Gaza. Sumber 11/10/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Jeneral Israel: Abbas akan menyokong serangan terbaru ke atas Gaza

Jeneral Yunitef Saamiah, dari Pasukan Simpanan Tentera Israel dan bekas Komander Tentera Zon Selatan berkata, perang ke atas Gaza sebelum ini tidak menemui sasarannya. Demikian itu, zionis perlu membuat serangan yang lebih dahsyat dalam pusingan perang yang baru.

Beliau menjelaskan lagi dalam satu 'siaran radio tentera Israel', bahawa pasukan tentera Israel yang mempunyai kepelbagaian sudut menyerang telah menggunakan peluang yang dikatakan 'tenang' dalam masa setahun bagi menjalani latihan dan membina semula ketumbukan ketenteraan sebagai persediaan operasi akan datang.

Berikutan itu, Jeneral tentera Israel menjelaskan lagi, "saya tidak merasai sesuatu yang positif dengan perang sebelum ini yang boleh membuatkan HAMAS 'tunduk' atau 'merubah dasarnya'terhadap Israel melainkan dengan serangan

yang lebih kuat dari operasi sebelum ini,'operation cast lead'(Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab).

Kemungkinan serangan yang lebih kuat bagi mencapai sasaran dan matlamat jangka masa panjang seperti menguasai beberapa kawasan tertentu di Gaza agar HAMAS 'faham'. Dengan itu, HAMAS tahu bahawa dia telah kehilangan kawasan-kawasan terbabit kerana menggugat Israel. Operasi sebegini teramat penting bagi 'mencekik' HAMAS sehingga Israel dapat menghentikan persenjataan roket HAMAS yang boleh mencapai ke Tel Aviv.

Jeneral tentera Israel turut menyentuh pendirian Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah bila meletusnya perang baru ke atas Semenanjung Gaza. Kata beliau, "Abu Mazen akan duduk dengan tenang selagimana diminta sedemikian dan dia akan menyokong serangan terbaru di Gaza, kemudian Abu Mazen akan pergi mengadap UN untuk meminta sekali lagi dari pihak Goldstone untuk menjalankan siasatan perang ke atas Gaza".

Jelasnya lagi, saya tahu bahawa dalam lubuk hati sebahagian dari pemimpin FATAH akan merasa gembira apabila Israel menyerang HAMAS sekali lagi.

Bagaimanapun, web berita Haaretz Israel, meminta bebaskan Gaza dari sekatan Israel dan membenarkan pembinaan semula Gaza apabila ruang diplomasi zionis gagal menjatuhkan HAMAS.

Web berita tersebut menyebutkan, bahawa waktu sekarang adalah untuk memikirkan strategi baru Israel di Gaza, maka bebaskan sekatan ekonomi ke atas Gaza yang menjerut penduduk Gaza malah tidak berupaya menjatuhkan HAMAS dari penguasaannya di Gaza dan Shalit juga belum dapat kembali.

Sumber lain turut menyebutkan, berita mengenai perang terbaru ke atas Gaza sering kedengaran di dalam kawasan yang ditakluk Israel.

Semalam, rancangan televisyen Israel menyiarkan 'operation cast lead 2' hanya mengambil masa selama 2 minggu sahaja di Gaza. Selain itu, jika Israel mahu menyerang Gaza secara keseluruhan, senjata artileri mesti digunakan.

Seoarang dari pegawai tentera Israel berkata, "pihak kami(Israel) telah menjalani latihan ketenteraan yang mencukupi", maka apabila serangan terbaru meletus, adalah menjadi keutamaan mengikut serta dalam perang ini termasuk senjata artileri.

Menurut laporan tersebut, Israel telah meningkatkan persenjataan kereta kebal jenis ((Merkava 4)) malah menggunakan kereta perisai dan jentera perang yang lain. Bagaimanapun, Israel tidak akan dapat menguasai perang ini melainkan dengan 'artileri' dan tentera pejalan kaki di Gaza.

Tambahan pula, tentera Israel telah menggugurkan memo pekeliling di kawasan terowong bawah tanah, garisan sempadan Israel-Gaza di sebelah timur Gaza.

Dari sumber keamanan Palestin pula menyatakan, pihak keselamatan dalaman HAMAS mengumumkan 'langkah berjaga-jaga' berikutan serangan Israel yang tidak dijangka waktunya. Malah, taklimat yang dikeluarkan pihak keamanan di Gaza bahawa akan lebih berkeras terhadap unsur yang membuat sebarang letupan atau cuba membuat tembakan. Berikutan itu, pengawasan dan pemerhatian terus-menerus ke atas golongan kawan-kawan di bawah umur dan pengikut-pengikut FATAH.

Maklumat yang diperolehi HAMAS bahawa akan berlaku kejadian yang menimbulkan ketegangan di Gaza dalam beberapa akan datang.

Mutakhir ini, dapat disingkapkan kenyataan Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas dan beberapa pemimpin(FATAH) ketika meraikan ulangtahun penubuhan FATAH, iaitu "Gaza mesti dikembalikan dalam pangkuan 'perundangan Palestin". Maksud ke pangkuan perundangan Palestin ialah Pemerintah Palestin di Ramallah dan Gerakan FATAH sekalipun dengan kekerasan. Sumber 11/10/2010, web berita Al-Aqsa, suratkhabar Mesir( Shourouk, Al-Masaai dan Al-Joumhuriah)

Patuan lain:
'operation cast lead' (wikipedia)

Read more...

Minda MAP: usaha HAMAS meskipun dalam 'tekanan'

Sumber menyatakan, delegasi HAMAS yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khaled Mashal bertemu dengan Presiden Emirate, Syeikh Khalifah Bin Zaed di Emirate(sumber 11/01/2010, berita al-Jazeerah)

Walaupun HAMAS dalam 'tekanan' akibat beberapa insiden yang berlaku di sempadan Rafah Mesir-Gaza beberapa hari yang lalu, HAMAS tetap positif membawa agenda untuk kepentingan Palestin dan Arab. Tambahan pula, keberadaan George Galloway di Gaza juga menjadi isu serta dituduh menjadi 'punca' ketegangan di Mesir. Berikutan insiden yang dikatakan menimbulkan ketegangan, Galloway tidak akan dibenarkan lagi memasuki Mesir pada masa akan datang.

Galloway dalam kenyataannya tetap mempertahankan diri bahawa dia bukan pihak yang membangkitkan ketegangan. Selain itu, beliau tetap berpendirian dengan pihak yang mendapat majoriti suara dalam pilihanraya Palestin yang disifatkan 'bersih' dalam beberapa tahun yang lalu, sambil mengisyaratkan beliau bersama 'HAMAS'.

Di Mesir, beberapa akhbar harian Mesir memainkan isu bagi menarik pandangan umum betapa kejinya tindakan HAMAS yang diumpamakan seperti 'jenayah' ekoran seorang tentera Mesir yang mati akibat tembakan dari penembak tepat Palestin beberapa yang lalu.

Ismail Haniah dalam ucapannya telah memohon maaf dan kesal dengan kematian seorang tentera Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di kalangan penduduk Palestin yang berang kerana konvoi Viva Palestin 3 menghadapi kesulitan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah-Mesir.

Beliau turut meminta kepada pemimpin Mesir untuk mengadakan pertemuan di Kaherah bagi menyelesaikan isu yang timbul namun tidak ada suara rasmi yang menerima permintaan Haniah. Sebaliknya, media Mesir menyatakan bahawa HAMAS faham apa yang Mesir mahukan, 'serahkan penembak tersebut untuk dihukum'.

Media Mesir mungkin seakan lupa satu insiden yang menimpa kepada seorang adik-beradik Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS yang mati dalam penjara Mesir akibat seksaan.

Isu lain yang turut terkesan, iaitu dokumen tukaran tahanan antara Palestin-Israel juga bertambah sulit. Lantaran itu, didakwa Amerika dan Arab menekan Israel agar tidak menyetujui beberapa nama tahanan Palestin yang sinonim dengan 'penentangan' terhadap Israel, di antaranya Ahmad Sa'dat dan Marwan Al-Barghousi.

Kedua-dua individu ini bukan daripada anggota HAMAS tetapi dengan pembebasan mereka akan mengukuhkan lagi agenda dan kedudukan HAMAS sebagaimana yang didakwa oleh Israel.

Rujukan: Berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah(11/01/2010), akhbar harian Mesir(Al-Masaai, Misril-Youm, Al-Akhbar, Al-Ahram)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS