الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Haniyeh tiba di Turki

01 Januari 2012

Laporan jam 03:36 petang, waktu Palestin
Jam 03:36 petang, waktu Mesir
Jam 03:36 petang, waktu Istanbul/Ankara

ANKARA - Ketibaan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh(ketua kerajaan Palestin di Gaza) dan delegasinya di ibukota Ankara, Turki telah disambut delegasi kerajaan Turki. Demikian itu, sebagai penghormatan sebelum pertemuan antara Haniyeh dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan.

Beliau bersama rombongan rasmi kerajaan Palestin Gaza tiba di Turki pada pagi Ahad, 01/01/2012 yang merupakan destinasi ketiga lawatan rasmi ke negara luas, setelahmana beberapa hari sebelum ini berada di Sudan.

Menurut laporan dari agensi berita rasmi Turki, sebaik ketibaan Haniyeh, pertemuan dengan Perdana Menteri Turki diadakan selepas waktu tengahari di kediaman Perdana Menteri di Istanbul.

Sebagaimana disebutkan, pertemuan tersebut akan membincangkan beberapa perkara penting, salah satunya mengenai usaha membaik pulih hubungan dalaman Palestin antara gerakan HAMAS dan FATAH.

Menukil dari web berita 'HURRIYET' Turki, Ismail Haniyeh turut dijadualkan bertemu dengan pemimpin NGO muslim yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui armada pembebasan(Freedom Flotilla) yang diserang tentera laut zionis pada pertengahan tahun 2010. Sumber 01/01/2012, web berita Paltimes.net dan web berita hurriyetdailynews.com

Capaian sumber berita Turki:

1. Gaza's Hamas premier visits Turkey
2. Gaza's Hamas premier visits Turkey

Di bawah, rakaman gambar ketibaan Haniyeh ke Turki






Read more...

Tutup sempadan Rafah disebabkan pilihanraya Mesir

31 Disember 2011

Laporan jam 02:28 petang, waktu Palestin
Jam 02:28 petang, waktu Mesir

RAFAH - Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza mengumumkan hari ini, Sabtu, 31/12/2011 bahawa terminal Rafah sebelah Mesir akan ditutup pada hari Selasa akan datang. Penutupan tersebut disebabkan berlangsungnya pilihanraya Mesir peringkat ketiga(fasa ketiga) yang turut melibatkan wilayah Sinai.

Peta: Kedudukan pintu sempadan Rafah Mesir untuk melintasi ke Semenanjung Gaza, tanah Palestin. Peta yang dipetik pada tahun 2005 menunjukkan koloni penempatan zionis masih wujud di Gaza, namun beberapa bulan selepas itu, rejim zionis berundur keluar dari Gaza dan penempatan-penempatan tersebut dimusnahkan.

Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya Mesir telah selesai menyiapkan persediaan bagi mengadakan pilihanraya peringkat ketiga untuk dewan parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 03 dan 04 Januari akan datang serta pusingan ulangan pada 10 dan 11 pada bulan yang sama. Sedemikian itu, pilihanraya peringkat ketiga ini menyaksikan pemilihan 150 anggota parlimen dari sembilan buah wilayah.

Gambar: Di hadapan gerbang utama sempadan Rafah Mesir yang menjadi penghubung ke Semenanjung Gaza, tanah Palestin.

Jelas SAFA, sembilan buah wilayah itu membabitkan, Al-Qalyubiah, Al-Gharbiah(Tanta: ibunegeri), Al-Daqahliah, Matruh, Al-Wadi Al-Jadid, Qana, utara Sinai dan selatan Sinai, dan Elmania. Sumber 31/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Warga haram ceroboh lokasi bersejarah di Bethlehem

30 Disember 2011

Laporan jam 09:34 pagi, waktu Palestin
Jam 09:34 pagi, waktu Mesir

BETHLEHEM - Dua lokasi bersejarah Palestin telah diceroboh sekumpulan besar warga haram zionis pada pagi ini, Jumaat, 30/12/2011. Lokasi bersejarah, Kolam Sulaiman(Suliman Pool) dan Convention Palace(Qasr El-Mu'tamarat) terletak dalam daerah Al-Khadr, selatan bandar Bethlehem(بيت لحم) di bahagian selatan Tebing Barat.

Gambar atas menunjukkan kedudukan dua lokasi sejarah, Suliman Pool dan Convention Palace yang berdekatan antara satu sama lain. Gambar ketiga adalah rupa Suliman Pool(tahun 2007).

Wartawan SAFA menjelaskan, sekumpulan warga haram yang tidak kurang dari 200 orang menceroboh dua lokasi berkenaan sambil dikawal tentera rejim penjajah. Sebagaimana dinyatakan, warga-warga haram enggan keluar dari lokasi berkenaan kerana beralasan ianya adalah tanah Yahudi.

Jelas lagi, sejak sekian lama, warga-warga haram zionis berusaha merampas kedua-dua lokasi sejarah lama berkenaan malahan mereka beranggapan bahawa ianya adalah tanah Yahudi dan umat Islam tidak berhak berada di situ.

Salah satu sudut dari pemandangan di Bethlehem. Gambar atas, penduduk Palestin berpusu-pusu mahu melepasi dari Checkpoint yang memisahkan Bethlehem dan BaitulMaqdis(Al-Quds).

SAFA
melaporkan, warga-warga haram yang lengkap bersenjata masih berpeleseran di kedua-dua lokasi sejarah dan dikawal ketat oleh tentera rejim penjajah. Sehingga saat ini, tidak berlaku sebarang pertempuran dengan penduduk asal Palestin.

Seperti yang disebutkan, warga-warga haram zionis terus menggiatkan serangannya di Tebing Barat, membakar pokok-pokok zaitun dan tanaman Palestin dan melontar batu kepada penduduk Palestin. Lebih dari itu, warga haram zionis turut menimbulkan kekacauan di masjid-masjid dengan menconteng ungkapan-ungkapan di dindingmasjid yang berupa ugutan dan menghina Nabi Muhammad SAW, juga terhadap agama Islam. Sumber 30/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Syahid, lima cedera ditembak meriam zionis

Laporan jam 09:08 pagi, waktu Palestin
Jam 09:08 pagi, waktu Mesir

GAZA - Tembakan peluru meriam yang dilepaskan kereta kebal rejim zionis di kawasan Jahr El-Deik mengakibatkan seorang pemuda syahid, manakala beberapa lagi penduduk Palestin mengalami kecederaan. Kejadian itu berlaku di sebelah tenggara bandar Gaza.

Sumber dari berita AL-JAZEERAH dan web berita MAAN menukil dari sumber perubatan, berkata, pemuda yang syahid, Mukmin Abu Daf berusia 22 tahun berasal dari Hayyu Tufah merupakan salah seorang anggota Ansar As-Sunnah, iaitu salah sebuah unit dari kumpulan Salafiy. Menurut sumber lagi, seorang lagi pejuang Palestin cedera dalam pengeboman meriam. Manakala, tiga lagi yang cedera adalah petani yang sedang bercucuk tanam di tanah pertanian mereka.

Mangsa-mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Shifa' yang terletak di bandar Gaza untuk menerima rawatan. Demikian itu, kecederaan dialami salah seorang mangsa disifatkan kritikal.

Mutakhir ini, keadaan di Gaza bertambah tegang ekoran beberapa serangan bersiri dari udara malahan diikuti serangan dari meriam berhampiran sempadan. Tambahan lagi, pihak tentera rejim zionis seringkali mengancam untuk melancarkan serangan yang lebih dahsyat seumpama Operation Cast Lead atau lebih dari itu. Serangan zionis di Gaza beberapa hari yang lalu juga mengakibatkan syahid dan kecederaan, di samping menjejaskan harta benda dan milikan Palestin.
__________________________________________
Baca lagi:

1. Wakil Keamanan Israel: Kemungkinan operasi ketenteraan di Gaza tidak mendesak
2. F-16 zionis serang utara dan Gaza Tengah
3. Syahid, 3 cedera dalam serangan udara di Gaza
4. Cedera dalam serangan kedua zionis
5. Serangan zionis dikaitkan dengan kegiatan 'pengganas'

__________________________________________

Jelas sumber, Jahr El-Deik merupakan kawasan pertanian berhampiran dengan garisan sempadan, bahkan juga dekat dengan lokasi tentera rejim zionis. Sumber 30/12/2011, berita AL-JAZEERAH dan web berita Maannews.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS