الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi agenda rancangan zionis

15 Mei 2010

1897 : Persidangan pertama gerakan zionis berlangsung di Vienna, Austria. Dalam persidangan tersebut, dikeluarkan 'agenda Basel' untuk menjajah Palestin.

1904 : Persidangan keempat gerakan zionis telah mengeluarkan ketetapan dengan pengasasan tanahair yang bersifat perkauman bagi Yahudi. Persidangan tersebut berlangsung di Argentina.

1906 : Parlimen gerakan zionis menetapkan tanahair Yahudi adalah di Palestin.

1914 : Permulaan perang dunia pertama(WWI), British telah menjanjikan bantuan kepada Arab untuk pembebasan Arab dengan syarat Arab memasuki perang dan berpihak kepada British untuk menentang Empayar Uthmaniyyah yang memberi sokongan kepada Jerman dalam perang tersebut.

1916 : Hasil persepakatan perjanjian Sikes-Bico antara Perancis dan British, Lubnan dan Syria diletakkan di bawah penguasaan Perancis. Manakala Jordan dan Iraq pula di bawah penguasaan British. Bagaimanapun Palestin kekal di bawah kawalan antarabangsa.

2 November 1917 : Kerajaan British telah mengeluarkan 'deklarasi Balfour'. Hasilnya, sebuah negara kebangsaan Yahudi telah diasaskan di Palestin.

1922 : Kumpulan Negara-negara bersatu mengeluarkan satu ketetapan mandat British ke atas Palestin yang berperanan mengeluarkan sebarang keputusan bagi kepentingan pengasasan negara kebangsaan Yahudi di Palestin.

1936 : Palestin melancarkan mogok selama 6 bulan menentang mandat British. Malah sebagai memprotes tanah-tanah Palestin yang disita serta penghijrahan Yahudi beramai-ramai ke Palestin.

1947 : British membuat keputusan keluar dari Palestin dan meminta PBB menyampaikan perakuannya.

1948 : Tentera Mesir, Syria, Jordan, Lubnan dan pejuang-pejuang Palestin campur tangan bagi menentang penubuhan Negara Israel yang telah diumumkan oleh David Ben Gurion pada 14 Mei 1948. Peperangan berakhir dengan penaklukan Israel ke atas Palestin yang melebihi 78% tanah Palestin.

1949 : Pilihan raya pertama bagi parlimen Knesset Israel. Hayeim Wezman, pemimpin zionis terpilih menjadi Presiden pertama Israel.

Sumber 15/05/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS