الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel bincang ketetapan untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza, pungutan suara kutuk Israel di parlimen Eropah hari ini

17 Jun 2010

Peta kedudukan Semenanjung Gaza dan sempadan yang menghubungi Gaza-Israel

Majlis menteri kabinet bagi hal-ehwal politik dan keamanan Israel membincangkan semula hari ini setelah perjumpaan yang diadakan semalam gagal memperolehi ketetapan bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza dan menetapkan mekanisme pengoperasian laluan-laluan(perlintasan/sempadan) darat yang menghubungkan antara Gaza dengan tanah Palestin yang dijajah 1948, Israel.
___________________________

Laluan-laluan darat, Gaza-Israel(tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948):

> Erez, di utara Semenanjung Gaza yang tidak dibenarkan sebarang laluan keluar masuk. Hanya sesetengah kes sahaja.
> Nehal Oz, laluan untuk kemasukan bahan-bahan solar, gas dan seumpamanya.
> Karni, laluan khas untuk kemasukan barang-barang makanan.
> Kissufim, laluan yang kerap digunakan oleh pasukan tentera Israel menceroboh Gaza.
> Sufa, laluan untuk kemasukan barang-barang perdagangan.
> Karem Shaloum(Karem Abu Salem), selatan Semenanjung Gaza. Laluan(sempadan) ini tertakluk di bawah pemusatan kuasa Israel-Mesir.
___________________________

Perjumpaan yang bersambung pada hari ini akan membincangkan mengenai senarai-senarai barang yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui laluan-laluan tersebut.

Senarai bahan-bahan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya tertakluk kepada penetapan dari Israel, tetapi mengikut perancangan yang diselaraskan bersama utusan perdamaian quartet empat di Timur Tengah, Tony Blair telah memindahkan kepada satu undang-undang yang menetapkan barang-barang yang dicegah sebelum ini dibenarkan masuk melainkan sekiranya ia termasuk dalam kategori yang dilarang.

Adapun bahan binaan seperti simen dan besi hanya dibenarkan masuk dengan kawalan ketat pihak antarabangsa yang dikhususkan kepada program pembinaan semula Gaza, PBB(UN).

Tony Blair, utusan quartet empat berkata, 'Israel telah bersetuju pada peringkat awal untuk mula melonggarkan sekatan ke atas Gaza dalam masa beberapa hari lagi.'

Blair berkata sedemikian setelah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Isnin yang lalu.

Sumber menyebutkan Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza bagi menghalang kemasukan senjata kepada gerakan HAMAS yang menguasai Gaza pada pertengahan 2007.

Sekatan 'gagal'

Tekanan dari masyarakat antarabangsa yang terus meningkat terhadap Israel membuatkan Israel mula beralih melonggarkan sekatannya ke atas Gaza dan mengembalikan pengoperasian di laluan-laluan darat yang menghubungkan dengan Gaza. Sumber menyatakan, peningkatan tekanan ke atas Israel setelah serangan berdarah yang dilakukan Israel ke atas armada pembebasan(freedom flotilla).

Yitzhak Herzog(portfolio Menteri Kebajikan dan Sosial Masyarakat), seorang anggota Menteri Kabinet Israel menjelaskan melalui radio tentera Israel, "kita kena faham bahawa sekatan yang dilaksanakan waktu ini telah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi dilaksanakan kerana suasana diplomasi dan di peringkat antarabangsa sekarang ini."

Bagaimanapun, Israel membantah sepenuhnya sekatan laut ke atas Gaza dibuka kerana mendakwa pelabuhan Gaza akan berubah menjadi pelabuhan Iran. Menurut pandangan Israel lagi, hal ini 'melanggar keamanan yang cukup bahaya', malah Israel turut membantah cadangan yang ditetapkan bagi pemeriksaan kapal-kapal di pelabuhan Cyprus.

Para penganalisis politik Israel pula berpendapat bahawa mereka di Israel telah mula memahami kesilapan kerana sekatan ini memerlukan kepada perubahan dasar, sekiranya mereka(Israel) mengharap orang mencetuskan pergolakan kepada HAMAS atau ingin mengembalikan seorang tentera Israel yang ditawan atau menjatuhkan HAMAS, ia tidak akan tercapai.
___________________________

Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang kini berada dalam tawanan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Shalit ditawan pada tahun 25 Jun 2006 dalam satu operasi ketenteraan yang dilakukan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) bersama beberapa kumpulan pejuang Palestin yang lain.
___________________________

Tuntutan HAMAS

Dari pihak HAMAS pula, walaupun sekatan yang dibuka sama ada dibukakan sebahagian tetapi HAMAS menuntut supaya sekatan dibebaskan secara keseluruhan.

Berhubung dengan jika ditetapkan pengurusan dan pentadbiran laluan-laluan(sempadan) adalah di bawah seliaan pasukan keselamatan antarabangsa dan wakil dari Pihak Berkuasa Palestin Ramallah, maka HAMAS menyatakan, pihaknya juga perlu menjadi wakil dalam pentadbiran tersebut.

Parlimen Eropah bincang mengenai sekatan

Semalam(Rabu), parlimen Eropah dalam persidangannya telah selesai membahaskan draf kenyataan rasmi yang mengutuk serangan Israel ke atas armada pembebasan, dan membincangkan masalah sekatan ke atas Gaza.

Sumber Palestin di Perancis yang memaklumkan kepada agensi berita, berkata 'parlimen telah menangguhkan sesi pungutan suara berhubung kenyataan yang mengecam operasi lanun Israel dan sekatan Gaza pada hari ini'.

Sumber turut mempastikan bahawa lebih 80% dari ahli-ahli parlimen Eropah menyokong kecaman keras itu ke atas Israel tetapi mengesampingkan tindakan dari ketetapan itu kerana diungkapkan ketetapan tersebut dikeluarkan dari parlimen.

Persidangan parlimen Eropah turut menyaksikan beberapa perselisihan mengenai desakan membebaskan sekatan ke atas Gaza secara menyeluruh, dan sebahagian dari ahli parlimen Eropah mendesak supaya pihak Eropah juga mengambil langkah dengan mengadakan pemeriksaan ke atas kapal-kapal perniagaan yang menuju ke Gaza.

Serangan berdarah ke atas freedom flotilla telah membawa semula isu sekatan Gaza ke meja perbincangan(perbahasan) dan menjadi jadual kerja kepada pihak antarabangsa. Sumber 17/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan 16/06/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS