الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel putuskan meroboh 22 buah rumah di Al-Quds

22 Jun 2010

Sumber peta, google map. Penanda berwarna kuning adalah kedudukan Masjid Al-Aqsa, manakala penanda berwarna hijau, huruf C merupakan bandar kecil Silwan yang terletak di dalamnya Hayyu El-Bustan(lingkungan kotak berwarna biru)


Sumber klip berita, 21/06/2010, youtube Al-Jazeerah

Laporan dalam klip di atas mengenai tindakan penjajah yang mencabut hak penduduk asal Baitul-Maqdis dari 4 ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin dari kumpulan Taghyir Wal-Islah(HAMAS) dari bandar Al-Quds. Keempat-empat ahli parlimen itu diarahkan keluar dari Al-Quds. Laporan klip juga memaparkan ancaman dari ketetapan penjajah bagi meroboh rumah-rumah penduduk asal Baitul-Maqdis.

Jawatankuasa Perancangan Jerusalem dan Pembinaan(Jerusalem Planning and Construction committee) - Israel - telah meluluskan satu rancangan kemajuan dari Ketua Majlis Perbandaran yang dikenali "rancangan memajukan Hayyu silwan". Sekaligus, pembangunan rancangan tersebut telah menetapkan bagi meroboh sebilangan besar rumah penduduk Palestin di Hayyu El-Bustan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Majlis Perbandaran Al-Quds mengatakan 22 buah rumah yang dibina itu tanpa kelulusan akan disita selaras untuk rancangan pembinaan yang disebut taman arkeologi "King David".
______________________________________

03.25 petang, Mesir/Palestin. Berita terkini dari al-Jazeerah melaporkan Jawatankuasa Tempatan di jajahan Al-Quds meluluskan perobohan 22 buah rumah penduduk Arab di Hayyu El-Bustan. 21/06/2010, berita Al-Jazeerah

Sumber menyebut, perjanjian Geneva mengiktibarkan bandar Al-Quds adalah di bawah jajahan dan tidak boleh memindah penduduk asal Baitul-Maqdis keluar dari bandar Al-Quds.
______________________________________

Ketetapan yang secara paksaan itu setelah 22 pemilik rumah dari 88 buah rumah yang diancam roboh mengadakan perjumpaan sejak pagi Isnin. Dinyatakan, mereka diarah merobohkan sendiri rumah mereka serta mengosongkan sisa-sisa perobohan dan menyerahkan tapak tanah kepada Majlis Perbandaran dalam keadaan yang cuci bersih, menurut seorang anggota Jawatankuasa Mempertahankan Hayyu El-Bustan, Fakhri Abu Ziab.

Abu Ziab berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa ketetapan yang tidak ditetapkan masa perlaksanaannya turut meliputi bahagian yang baru iaitu penyitaan ke atas tanah-tanah yang berada di kedudukan rumah-rumah berkenaan. Jelas Abu Ziab, sesiapa yang melanggar ketetapan itu akan dihukum membayar denda atau penjara.

Malah turut diperingatkan bahawa keputusan yang diluluskan meroboh 22 buah rumah di Hayyu El-Bustan adalah untuk memperdaya kerana rancangan sebenar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan mensasarkan 88 buah rumah. Jumlah tersebut merangkumi keseluruhan rumah-rumah di perumahan terbabit yang didiami 1500 penduduk asal Baitul-Maqdis, Arab Palestin.

Penduduk Palestin protes

Sebagaimana dilaporkan, berpuluh-puluh dari penduduk Palestin yang rumah mereka diancam dengan perobohan telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Majlis Perbandaran Penjajah, di Al-Quds pada hari Ahad yang lalu.

Para penduduk Palestin menyifatkan rancang Majlis Perbandaran Penjajah adalah sebahagian dari pembersihan etnik yang dilakukan secara meluas menentang Palestin. Tujuannya adalah untuk mengosongkan bandar Al-Quds dari penduduk asal dan mengubah bandar Al-Quds menjadi bandar Israel secara keseluruhan. Sumber 21-22/06/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS