الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Tentera laut zionis serang nelayan, ALWIYAH balas ke Eshkol

10 Disember 2011

Laporan jam 11:59 tengah malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 11:59 tengah malam, waktu Mesir
Jam 05:59 pagi(11/12/2011), waktu Malaysia

Perarakan bantahan tembok pemisah di Kampung Nabi Saleh, Ramallah. Seorang pemuda syahid akibat terkena tembakan bom gas di bahagian kepala. Laporan dan klip video kejadian selepas berita Gaza, di bawah.

GAZA - Sumber Palestin yang menukil dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) melaporkan bahawa satu serangan roket buatan tempatan telah gugur malam ini dalam kawasan Majlis Penempatan Eshkol, sebelah barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

YNET menjelaskan roket berkenaan gugur di sebuah kawasan lapang dalam kawasan Majlis Penempatan Eshkol. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan milikan yang terjejas.

Sedemikian itu, sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pada jam 11:30 malam ini, pejuangnya telah mengebom sebuah kawasan dalam penempatan zionis 'Nirim' dengan roket jenis 107. Jelas ALWIYAH, serangan roket itu bagi membalas serangan zionis yang kian berlanjutan di Semenanjung gaza.

Sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH mengesahkan, pejuang-pejuangnya dapat kembali ke markaz dengan selamat, sambil menegaskan mereka sentiasa bersiap sedia setiap masa memikul senjata serta percaya kepada janji Allah ketikamana menghadang sebarang serangan di Gaza.

Sejak serangan zionis yang membunuh dua pejuang Palestin pada 08/12/2011, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN kerap membalas serangan ke daerah-daerah jajahan.
________________________________________
Baca lagi:

ALWIYAH lancar 4 roket ke tanah jajahan
2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

________________________________________

Sebelum itu, agensi berita SAFA melaporkan satu kejadian menjelang pertengahan malam ini di Gaza, bot-bot laju tentera laut zionis yang berkumpul di persisiran laut Gaza di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza menyerang bot-bot nelayan Gaza dengan tembakan senjata berat. Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada sebarang kecederaan di kalangan nelayan dimaklumkan.

Tambahan lagi, pergerakan kereta-kereta kebal zionis tidak sebagaimana biasa dilihat berada di sebelah timur Rafah. Di samping itu, pesawat-pesawat pengintip tanpa pemandu turut kerap berterbangan di ruang udara bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Penjajah mesti faham baik-baik - Abu Mujahid

Berbalik kepada LIJAN MUQAWAMAH, sumber dari berita Palestin 'MAAN' menerbitkan kenyataan Abu Mujahid(gambar), selaku jurucakap LIJAN MUQAWAMAH pada petang Sabtu(petang tadi).

"Penjajah(rejim zionis) mesti faham baik-baik sebarang tindakan yang menyentuh Palestin akan dibalas dengan bebanan yang berat, pejuang-pejuang tidak akan diam ke atas jenayah yang dilakukan oleh musush, bahkan akan membalas bila-bila masa, maka apa yang penting bagi pejuang-pejuang adalah membebaskan tanah-tanah Palestin dan melindungi penduduk," tegas Abu Mujahid.

Jelas Abu Mujahid, "ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN tidak berada dalam gencatan dengan penjajah. Tambah beliau, pada asasnya, penjajah memang tidak memahami tenang(gencatan) dari sudut bahasanya. Sememangnya penjajah tidak mengendahkan gencatan, penjajah selalu mengikut nafsu syahwatnya untuk membunuh dengan menjadikan masyarakat kami sebagai sasaran."

Beliau berpendapat bahawa penjajah memikir untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza kerana penjajah lebih tahu nilai harga yang terpaksa ditanggung oleh warga-warga zionis setiap kali berlakunya serangan di Gaza.

Abu Mujahid, jurucakap LIJAN MUQAWAMAH mendedahkan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN bersama sayap-sayap tentera Palestin yang lain sentiasa bersedia membalas setiap jenayah penjajah, malah bersedia menyasarkan mana-mana warga zionis dari penjuru-penjuru tanah Palestin.

At-Tamimi syahid akibat terkena bom gas zionis

Sumber berita Palestin(web berita SAFA, MAAN dan PALESTINE 1948) melaporkan, seorang pemuda Palestin, Mustafa Abdul Razak At-Tamimi berusia 27 tahun telah syahid pada pagi tadi(Sabtu) akibat kecederaan yang dialaminya pada petang Jumaat di kampung Nabi Saleh, utara Ramallah, Tebing Barat.

At-Tamimi cedera di bahagian kepala akibat terkena bom gas yang ditembak oleh tentera rejim penjajah sewaktu berlakunya pertempuran sengit pada petang semalam di Kampung Nabi Saleh.
________________________________________
Klip video, At-Tamimi ditembak tentera penjajah di bahagian kepala


Sumber 09/12/2011, Aftermath of the shooting
of a protester, a-Nabi Saleh, 9.12.2011, Raw footage

________________________________________

Sebagaimana dilaporkan, pada petang Jumaat, berbelas-belas penduduk Palestin tercedera apabila perarakan aman yang mereka sertai bagi membantah tembok pemisah dihadang sepasukan tentera penjajah.

Turut tercedera dalam perarakan, aktivis asing dan beberapa orang wartawan.

Berhubung apa yang berlaku kepada At-Tamimi, MAAN dan SAFA menyebut sebaik sahaja kejadian, kemudian mangsa dibawa naik ke sebuah van, secara tidak semena-mena ditahan oleh tentera penjajah selama hampir 30 minit.

Selepas itu, web berita MAAN bersendirian melaporkan tentera penjajah menculik At-Tamimi dalam keadaan parah dan membawanya menaiki helikopter Israel ke salah sebuah hospital dalam jajahan Israel. Namun, At-Tamimi diumumkan syahid pada pagi tadi, Sabtu.

Keluarga At-Tamimi mendakwa tentera penjajah membunuh At-Tamimi pada jarak dekat. Sumber 10/012/2011, web berita Safa.ps, web berita Maannews.net dan 09/12/2011, web berita PALESTINE 1948

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS