Sasaran zionis di barat Rafah
10 Disember 2011
Jam 02:24 pagi, waktu mesir
RAFAH - Pesawat tempur rejim zionis mengebom sebuah kawasan lapang awal pagi ini di sebelah barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Berhubung kejadian, penyampai berita agensi SAFA berkata, pesawat tempur zionis melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sebuah kawasan lapang yang berdekatan dengan garisan sempadan Gaza-Mesir. Namun, tiada sebarang kejadian kecederaan.
Serangan yang dilancarkan awal pagi Sabtu di selatan Semenanjung Gaza, tentera rejim zionis mengakuinya dengan mendakwa serangan ini menyasarkan sekumpulan golongan 'pembuat kerosakan', kata tentera zionis.
Menjelang detik pertengahan malam semalam, kereta kebal zionis melepaskan satu tembakan peluru meriam di kawasan Al-Bour, Bayt Hanoun, sebelah utara Semenanjung Gaza.
Perjumpaan cemas pegawai tentera zionis
Semalam, Ketua Turus Angkatan Tentera rejim zionis(Chief Of General Staff IDF), Rav Aluf Binyamin "Benny" Gantz mengadakan perjumpaan cemas dengan pegawai-pegawai tertinggi rejim zionis. Tujuan perjumpaan, menurut sumber adalah membincangkan tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan pejuang Palestin secara bertali-arus dari Gaza ke daerah-daerah Israel di zon selatan(selatan tanah jajahan 1948).
(Kiri, Benny Gantz, tengah, Tal Russo dan kanan, Ido Nehoshtan)
Menurut sumber-sumber Israel, komander Angkatan Tentera Udara(IAF), Aluf Ido Nehoshtan, Komander Tentera Zon Selatan, Aluf Tal Russo, Komander Unit Perancang(Planning Directorate), Aluf Amir Eshel dan Penasihat Ketenteraan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Yuhanan Luker turut serta dalam perjumpaan ini.
"Tentera akan membalas serangan-serangan roket dari Gaza ke penempatan-penempatan Israel yang berada setentang dengan garisan sempadan Gaza," kata seorang pegawai tertinggi tentera.
Menukil dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dari sumber keamanan Israel, katanya, pihak tentera meyakini gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI tidak berhasrat meningkatkan tentangannya pada waktu sekarang.
Tambahan lagi, sayap-sayap tentera Palestin kecil-kecil sahaja yang melancarkan serangan roket dari Semenanjung Gaza pada waktu ini, seperti sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH.
Baca lagi:
Iron Dome pintas roket kelima
Zionis mengebom timur zaitun, Al-Aqsa balas ke Naqab
Punca serangan roket:
2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera
__________________________________________________
Sumber berkenaan menerangkan bahawa tentera sedang bersiap sedia, kemungkinan HAMAS dan JIHAD ISLAMI merencanakan pusingan yang baru bagi menggiatkan serangan, sedemikian itu, arahan(taklimat) yang dikeluarkan oleh pihak tentera agar serangan diperluaskan dari skop biasa sekiranya serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza masih berterusan. Sumber 10/12/2011, web berita Safa.ps dan 09/12/2011, web berita Maannews.net
0 comments:
Catat Ulasan