الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Keadaan di Gaza tidak akan berubah - Barroso

14 Julai 2010



Link di atas klik di sini

BRUSSELS - Semalam, Presiden Suruhanjaya Eropah, José Manuel Durão Barroso, berkata 'walaupun Israel membuat pengumuman pada akhir-akhir ini mengenai melonggarkan sekatan ke atas Gaza tetapi keadaan di Gaza tidak akan berubah.'

Gambar(link): Salam Fayyad kiri bersalaman dengan Barroso ketika tiba di bangunan Parlimen Eropah.

Barroso menyatakan sedemikian ketika persidangan akhbar bersama Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin(ada sumber menyebut Perdana Menteri) Ramallah, Salam Fayyad.

"Pemulihan ekonomi di Gaza bukannya berkait dengan masalah kemasukan bantuan, tetapi mesti mengaktifkan dan menghidupkan pembangunan ekonomi tempatan", ujar Barroso.

Beliau menjelaskan, tindakan sedemikian perlu membuka laluan perlintasan yang baru bagi membolehkan kemasukan barangan-barangan yang diperlukan bagi membina infrastruktur bangunan sekolah, hospital-hospital dan dibenarkan juga kemasukan barangan dan bahan mentah serta dibenarkan urusan eksport mengeksport lalu dengan mudah. Tegas beliau, Kesatuan Eropah(EU) menyokong apa jua langkah mengenai pembukaan laluan(perlintasan) seumpama ini.

Mengenai sokongan kepada Pihak Berkuasa Palestin, Barroso berkata, EU akan menyampaikan bantuan tambahan kepada Pihak Berkuasa Palestin berjumlah EURO71 juta bagi menyokong program-program pembangunan yang dilaksanakan pada tahun ini. Malah, sokongan EU kepada Pihak Berkuasa Palestin akan berterusan untuk membina agensi-agensi badan Kerajaan Negara Palestin pada masa akan datang.

Presiden Suruhanjaya Eropah menjelaskan, EU telah menyumbang bantuan kewangan sebanyak EURO158.5 juta sejak awal tahun 2010 bagi menyelesaikan pembayaran gaji pekerja dan bantuan-bantuan material berhubung sosial kemasyarakatan. Jelas beliau, sumbangan ini adalah kerana hubungan yang teguh antara Palestin-Eropah malah komitment yang jitu dari sudut politik dan ekonomi dari Eropah terhadap penduduk Palestin.

Barroso turut menyatakan, Negara Palestin merdeka yang boleh membina kehidupan adalah elemen asas untuk penyelesaian konflik di Timur Tengah. Beliau menjelaskan, hal tersebut telah diperbincangkan dengan Salam Fayyad mengenai peranan EU dalam membina Negara Palestin serta jalan meneguhkannya.

Sekali lagi Barroso menjelaskan, EU menambahkan lagi peruntukan bantuan kewangan berjumlah EURO20 juta untuk menampung keperluan-keperluan yang khusus.

Pertemuan Barroso dengan Salam Fayyad turut membincangkan perkara-perkara selain dari yang disebutkan Barroso sebagaimana beliau berharap kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada Pihak Berkuasa Palestin agar patuh dengan janji-janji mereka sekiranya mahu memulakan perdamaian.

Kata beliau lagi, maka mereka seharusnya menyumbang dalam usaha damai.

Berikutan hal yang berlaku di Al-Quds, wakil EU itu mengungkapkan rasa yang teramat bimbang kerana hal yang sedang berlaku ini akan mendatangkan kesan yang sebaliknya. Sepertimana pembinaan penempatan dan merobohkan rumah-rumah dengan sewenang-wenangnya, sudah pasti melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau memberi tindak balas bahawa operasi-operasi sedemikian menjadi penghalang dan ancaman. Akibatnya, penyelesaian konflik dengan penubuhan dua buah Negara adalah sesuatu yang mustahil. Seraya beliau meminta menghindarkan dari operasi-operasi(bina penempatan dan meroboh rumah-rumah) yang berterusan kerana ia boleh membinasakan rundingan yang sedang dijalankan masa ini.

Kami tidak akan merunding secara langsung meskipun ditekan

Berhubung dengan rundingan yang tidak langsung waktu ini antara Pihak Palestin Ramallah dengan Israel, Saeb Arekat(gambar) menyatakan Pihak Berkuasa Palestin tidak akan mengadakan rundingan secara langsung dengan Israel sebelum dihentikan keseluruhan projek-projek pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Al-Quds.

Beliau selaku Pengerusi Hal-Ehwal Rundingan dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) dan anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH dalam kenyataannya kepada akhbar 'Al-Watan' Syria menjelaskan bahawa pihak perunding Palestin tetap berpegang dengan keputusannya sekalipun ditekan pihak antarabangsa.

Sebagaimana dijangkakan, George Mitchell, utusan damai Amerika Syarikat(US) di Timur Tengah akan tiba di rantau ini pada hari Jumaat akan datang bagi meneruskan usaha damai antara Palestin - Israel. Beliau akan bertemu dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut gerakan HAMAS) pada hari Sabtu sebagai memulakan rundingan damai secara langsung antara Palestin - Israel.

Penempatan bukti rundingan yang sia-sia

Gerakan HAMAS menyatakan, pembinaan penempatan Yahudi yang berterusan adalah kesan yang sebaliknya kepada dasar penyelarasan(pemusatan) keselamatan antara Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat dengan penjajah.

Dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'safa' semalam, gerakan HAMAS berkata, "penempatan yang terus dibina menggambarkan natijah dasar politik yang tergesa-gesa terhadap rundingan yang sia-sia sehinggakan seolah-olah menutup dan melindungi projek-projek pembinaan penempatan yang semakin bertambah."

HAMAS menyeru kepada keseluruhan masyarakat Palestin dalam atau luar agar segera bangkit demi memberi perlindungan kepada Al-Quds, malah HAMAS turut mendesak Palestin di Ramallah menghentikan apa jua bentuk hubungan; pemusatan keselamatan mahupun rundingan damai secara langsung tidak atau tidak langsung dengan penjajah.

Berikutan itu, gerakan HAMAS memintas kepada Jawatankuasa Pemerhatian Arab agar segera menghentikan dari memberi sebarang saranan terhadap rundingan bahkan segera mengambil tindakan bagi menghalang pembinaan penempatan yang semakin meningkat ketikamana menerima bentuk penyelesaian dengan dasar persamaan. Sumber 13-14/07/2010, web berita safa.ps

Pautan:


Rujukan lain:

> José Manuel Barroso(wikipedia)

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS