BET LEHEM - Semalam, Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner(gambar) menggesa supaya bebaskan seorang tentera rejim zionis yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza, Gilad Shalit tanpa sebarang syarat. Sumber menyebut, Shalit yang memiliki warganegara Perancis itu ditawan oleh pakatan kumpulan pejuang Palestin sejak 2006 dan kini umurnya telah meningkat 24 tahun.
Kouchner berkata, "Shalit yang telah melalui ulang tahun kelahiran ke 24 tidak mendapat kebebasan, dia kini masih ditahan di suatu tempat sulit yang tidak dapat dikunjungi oleh ahli keluarganya malah lajnah antarabangsa, palang merah juga tidak dibenarkan melawatnya, sekaligus hal ini melanggar setiap asas undang-undang antarabangsa."
Menteri Luar Perancis turut mendesak agar bertindak segera agar palang merah mendapat hak untuk melawat Shalit.
Dalam kenyataan Kouchner menjelaskan bahawa, "kami meneruskan usaha tanpa henti agar Shalit dapat dibebaskan dengan mewujudkan penyelarasan bersama pihak tengah yang lain," selain itu, Kouchner menerangkan, Perancis menghubungi semua pihak di rantau ini untuk menyampai mesej kami kepada sesiapa yang boleh membantu membebaskan Shalit(gambar sebelah).
Kouchner turut menyatakan, telah melebihi enam bulan, bapa kepada Shalit, Noam dan isterinya Afifa Shalit tidak mengetahui langsung sebarang berita mengenai Shalit.
Komander Al-Qassam dipindahkan dari penjara
Sementara itu, sumber 'Safa' melaporkan bahawa Jabatan Penjara Zionis(Israel) telah memindahkan seorang tahanan, iaitu Abbas As-Said(gambar di bawah) dari penjara Hedrayim ke tempat yang tidak diketahui.
Pusat Kajian Pembebasan Tahanan dan Hak Asasi Manusia berkata, "tahanan terbabit, As-Said salah seorang pemimpin utama gerakan HAMAS yang ditahan dalam penjara zionis dan juga merupakan anggota Badan Tertinggi bagi tahanan Palestin di penjara menerima hukuman penjara yang terlalu lama."
Dalam laporan pada hari ini, Pusat Kajian berkenaan menyebut, As-Said yang ditangkap pada 08/05/2002 sehingga hari ini tidak dikurung dalam sebuah penjara sahaja, malah beberapa kali telah dipindahkan ke bahagian-bahagian penjara dan terkini As-Said diasingkan dari tahanan lain.
Sebagaimana diceritakan oleh tahanan-tahanan Palestin yang lain mengenai keadaan yang teramat perit dihadapi oleh para tahanan ketika dipindahkan dari satu penjara ke penjara yang lain, iaitu seksaan selama berjam-jam secara berterusan. Lebih mengerikan, tahanan Palestin yang dipindahkan ke penjara lain dibawa dalam keadaan kaki dan tangannya dirantai. Setelah itu, dibawa dengan sebuah bas lama dalam keadaan yang menyesakkan, tanpa dibenarkan tahanan makan atau pergi ke tandas.
Para tahanan Palestin dalam penjara zionis menamakan 'al-bustah' iaitu perjalanan yang menyiksa dan menghadapi mati secara perlahan-lahan malah memusnahkan hidup tahanan. Istilah lain yang diberikan oleh tahanan Palestin, 'al-bustah' juga seperti perjalanan sebagaimana ke neraka. Dan perjalanan ini sedang dilalui oleh As-Said yang juga merupakan komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS. Perkara ini turut disahkan dalam laman rasmi sayap tentera HAMAS.
Pusat Kajian tersebut meminta kepada pihak Hak Asasi Manusia supaya mengesan tempat tahanan As-Said dibawa sehingga ahli keluarganya juga mengetahu tempat itu serta merasa tenteram.
Shalit aman biarpun tahanan Palestin disiksa
Sebagaimana dilaporkan oleh seorang pemimpin tertinggi gerakan HAMAS, Mahmoud Zahar yang menyampaikan hal terbabit kepada sebuah akhbar Mesir 'Shourouk' bahawa Shalit dalam keadaan aman.
Zahar turut memberi respon bahawa seksaan yang dihadapi oleh tahanan Palestin adalah ujian terbesar.
Jelas Zahar, para tahanan Palestin adalah mewakili pertahanan yang pertama Palestin berhadapan dengan tentera rejim zionis, tetapi kami tidak memperlakukan tawanan mereka, iaitu Shalit sebagaimana yang penjajah lakukan terhadap tahanan Palestin kerana agama kita tidak membenarkan kita berakhlah dengan hal sedemikian yang telah berlaku seperti yang ditunjukkan oleh penjajah, dan Shalit berada dalam keadaan yang selamat dan aman. Sumber 28/08/2010, web berita maan, web berita safa.ps, web rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM dan 20/08/2010, suratkhabar 'Shourouk'(Mesir)
Pautan lain:
0 comments:
Catat Ulasan