[ Laporan dipetik dari sebuah media Israel ]
berita semalam, Jumaat
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan cadangannya kepada pentadbiran Amerika Syarikat(US) pada hari khamis bahawasanya beliau ingin mengadakan pertemuan bersemuka dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas setiap dua minggu. Cadangan sedemikian adalah untuk cuba menjalinkan persefahaman dan menetapkan sebarang sandaran rujukan bagi menyelesaikan setiap permasalahan dan isu.
Setelah sandaran itu ditetapkan, kumpulan perunding kecil akan merungkaikan perincian butiran dan jalinan persefahaman dalam bentuk penulisan.
Menurut laporan berita Al-Jazeerah, 27/08/2010, cadangan Netanyahu ini adalah tindakan susulan selepas pelancaran rundingan damai secara bersemuka dengan Mahmoud Abbas di Washington pada awal September.
Jelas akhbar 'Haaretz' Israel lagi, Netanyahu, ketika dalam perjumpaan kabinet menteri bagi persediaan persidangan rundingan damai di Washington berkata, “rundingan yang serius di Timur Tengah dibuat secara terus-terang, tenang dan perbincangan antara kedua-dua pemimpin mesti berterusan dalam isu yang penting."
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Netanyahu telah menubuhkan kumpulan perunding Israel pada petang semalam agar perundingan damai berterusan dapat dirasmikan bermula minggu hadapan.
Sebagaimana disebutkan, Perdana Menteri akan menghimpunkan wakil-wakil dalam kumpulan kecil perunding yang secara langsungnya adalah di bawah seliaan Netanyahu supaya ruang perbincangan dapat diadakan dengan lebih serius, teliti dan pantas.
Netanyahu turut berharap dapat mengadakan pertemuan dengan penasihat-penasihat, antaranya Yitzhak Molcho, Ron Dermer, dan Uzi Arad bagi memilih wakil yang akan menjadi sebahagian daripada delegasi yang bakal hadir ke Washington. Hal tersebut adalah ketikamana berlangsungnya pelancaran rundingan damai secara langsung(bersemuka) dengan Palestin yang dijadualkan pada 2 September akan datang.
Dinyatakan, Molcho akan mengetuai kumpulan perunding yang turut disertai wakil-wakil dari pelbagai bidang.
Sementara itu, Majlis Penempatan Yesha telah bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan penambahan tempoh 10 bulan pembekuaan projek pembinaan penempatan setelah tempoh pembekuan yang terkini berakhir pada 26 September 2010.
Menurut Majlis Yesha, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak merancang untuk merencanakan pembekuan secara "tenang." Dalam senario ini, suatu moratorium akan diisytiharkan secara rasmi menunjukkan ia telah berakhir, tapi Barak tidak akan menandatangani keizinan permit bangunan yang dibawa kepadanya untuk persetujuan.
__________________________________________
Glosari:
Moratorium, bermaksud:
1. Penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama.
2. Penangguhan rasmi.
Rujuk:- Kamus dewan, edisi ketiga, m/s 898 dan kamus Dwibahasa, edisi ketiga, m/s 256
__________________________________________
Justeru, penduduk-penduduk Israel risau bahawa mereka akan menghadapi rintangan birokrasi dalam usaha untuk memperluaskan lagi bina penempatan.
Para penduduk berpendapat, salah satu kesan dari dasar ini, adalah bahawa akan hampir tidak ada unit perumahan yang baru di blok-blok penempatan. Berdasarkan permit yang sedia ada, hanya unit perumahan yangbaru akan dibina adalah beberapa unit-unit di Ariel. Perancangan bina unit perumahan itu adalah untuk warga Israel yang telah berundur keluar dari Netzarim pada 2005 dan kumpulan lain di Ma'aleh Adumim.
Permit-permit juga akan disediakan kepada pembinaan sejumlah kecil unit perumahan di Gush Etzion.
Sumber Majlis Yesha pada hari khamis berkata, "hasil persetujuan dan tolak ansur untuk bina lagi unit perumahan dan penempatan akan dibuat berdasarkan kepada kiraan unit yang bakal dibina pada tahun akan datang."
"Ketika pentadbiran Olmert, 3000 unit perumahan dapat dibina setiap tahun. Hasil pemerhatian kami, jumlah itu juga perlu dibina pada tahun 2010,” kata salah seorang anggota Majlis Yesha yang merujuk kepada polisi Perdana Menteri sebelum ini, Ehud Olmert.
Jelas sumber itu lagi, “semasa minggu pertama di akhir pembekuan membina perumahan dan penempatan, Barak akan menandatangani surat keizinan untuk 1500 unit perumahan yang sepatunya sudah dibina dalam beberapa bulan terakhir. Jika Barak menandatangani perjanjian untuk yang lain, maka munasabahlah untuk menyimpulkan pada hakikatnya pembekuan ini masih berjalan.” Sumber 27/08/2010, web berita Haaretz.com(Israel)
0 comments:
Catat Ulasan