[ Laporan dari media Israel ]
berita semalam, Jumaat
September ini, semasa New York menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ke 65, Gabriela Shalev akan berada di Israel.
“Ungkapan sekali menjadi duta besar, akan sentiasa menjadi duta besar membuat saya tertawa”, kata Shalev kepada Haaretz di dalam satu temu ramah perpisahan. “Saya bukanlah seorang diplomat profesional. Saya akan merindui New York tapi bukan sebab jawatan. Saya berasa bangga di atas peluang yang cukup istimewa untuk mewakili negara ini. Saya juga berasa amat senang setelah berhempas pulas mencurah bakti sepanjang dua tahun ini. Saya tidak tahu apakah banyak lagi yang saya tidak tahu, akan tetapi saya telah mempelajari tentang cara dunia menceritakan sesuatu yang sama sekali berbeza keadaanya. Namun saya juga telah banyak mempelajari tentang diri ini, betapa saya mencintai Israel, betapa saya adalah seorang zionis, betapa sayangnya diri ini terhadap bangsa, juga bagaimana tegarnya saya bangkit untuk menyahut cabaran. Saya akan berasa senang jika pulang dengan merasai situasi di mana semua bangsa di dunia ini merangkul Israel dan memujinya, tapi ia bukanlah apa yang berlaku saat ini. Saya tidak berkesempatan untuk menangis, tetapi kadangkala sangat marah, tersinggung dan beremosi ketika mereka menggelar tentera-tentera kami yang merupakan anak-anak kami sebagai penjenayah perang dan menunjukkan gambar anak-anak yang cedera parah kepada saya, ketika mereka mengajukan soalan-soalan berbentuk provokatif di televisyen, hal-hal tersebut menjadikan saya bukanlah diri saya, Shalev menerima banyak pujian selama melaksanakan kerjayanya di atas sikap dan peribadinya yang berwibawa. Ada juga yang bertanya, apakah yang akan membantu Israel semasa membuat tentangan terhadap laporan Goldstone dan serangan Israel ke atas kapal ke Gaza, freedom flotilla."
“Di penghujung usia dekad ketujuh ini, saya tidak bermaksud untuk mengubah gaya dan cara saya. Kata-kata yang bijak tidak perlu diucapkan dengan keras,“ ungkap Shalev.
Shalev berhajat untuk menulis buku berkaitan dalam bidang undang-undang, akan tetapi memandangkan kedudukannya sebagai wanita pertama yang mewakili Israel(rejim zionis) di PBB, namun ianya diragui sama ada beliau akan menulis sebuah memoir tentang pengalamannya sebagai utusan PBB.
“Seperti apa yang diperkatakan tentang Kitab ‘Perjanjian Baru’: bahawa apa yang baru bukanlah sesuatu yang menarik, dan apa yang menarik sudah pun tertulis di dalam Bible. Hal-hal yang menarik, adalah sesuatu yang tidak boleh saya tuliskan, dan selebihnya adalah sesuatu yang membosankan. Terdapat banyak buku yang ditulis oleh para duta besar masa lalu yang kini berada di perpustakaan Jabatan Luar Negeri. Tetapi, apa yang ingin saya lakukan adalah untuk memberi kursus membaca tentang aspek Perundangan Israel dan PBB.“
Perhimpunan Agung dijangkakan akan membangkitkan isu laporan Goldstone dan isu cadangan Presiden Iran sebagai tuan rumah di sesi akan datang, yang digambarkan Shalev sebagai masalah yang sangat besar.
“Saya tidak mahu dilihat keterlaluan, tetapi hubungan masyarakat antara Israel dan PBB kini di dalam situasi yang tidak elok, memandangkan PBB menjadi titik tumpuan bagi semua menghentam segala tindakan Israel. Saya berada di sana selama dua tahun, mendengar kata-kata yang dilontarkan dengan kebencian. Ianya membuatkan saya faham bahawa hakikat sebenar yang berlaku adalah sama sekali berbeza dengan apa yang diucapkan di dalam persidangan, malahan di Majlis Keselamatan, beberapa ahli sementara tidak boleh dipercayai.“
Adakah anda pernah mempertikaikan dan menyatakan sendiri kepada duta besar lain terhadap sikap hipokrit mereka?
“Sudah tentu. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan duta besar Qatar, Oman, Mesir dan Turki. Tetapi mereka menerima arahan daripada pihak parlimen mereka, sering kali selepas perbincangan(di PBB) mengenai isu Palestin, mereka bertemu saya dan mengatakan mereka harus berkata sedemikian. Saya tahu bahawa negara ini memberi penghormatan kepada Israel walaupun wakil-wakil negara ini tidak menyuarakan secara umum.“
Minggu ini, Duta besar Amerika Syakirat(US) ke PBB, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon dan utusan Turki ke PBB mengatur satu jamuan makan malam perpisahan untuk menghormati Shalev.
“Ini adalah peristiwa yang sedih dan tragis". Apa yang telah berlaku? Ianya adalah pelik, bagaimana tanggapan dunia terhadap kejadian ini, ketika peristiwa negeri yang lain tidak lagi mendapat perhatian sama sekali. Lima siasatan diambil terhadap satu peristiwa yang terpencil, ketika ianya sangat jelas bahawa ada pengganas(Shalev menuduh para sukarelawan armada pembebasan sebagai pengganas) hadir dengan agenda yang jelas. Sesiapa sahaja yang ingin membawa peralatan dan bantuan ke Gaza boleh berbuat demikian, tetapi dengan cara yang lain. Namun begitu, saya mempunyai hubungan yang baik dengan duta besar Turki - beliau(duta besar Turki) bahkan mengunjungi kediaman saya.
Polisi nuklear
Saya fikir hubungan ini adalah sangat penting walaupun dalam masa yang sama Perdana Menteri Erdogan bersikap keras terhadap kami(Israel). Perhatian yang diberikan terhadap armada ini benar-benar di luar jangkaan.
Isu pertikaian mengenai kekaburan dalam polisi nuklear Israel baru-baru ini mengakibatkan kerajaan Israel tertekan. Shalev mencela mana-mana usaha yang membandingkan polisi antara Israel dan Iran ini.
“Membandingkan antara Israel dan Iran adalah loyar buruk. Saya rasa rakyat Iran sendiri tidak berani untuk melakukannya. Di Iran, merupakan sebuah Negara yang berbahaya, rejim bukan demokrasi, yang memperkembangkan senjata, dan mereka mengancam kami secara terbuka. Bagaimana boleh membuat perbandingan di antara kedua-dua negara ini?“
Rundingan damai ubah imej Israel
Shalev yakin bahawa perundingan damai yang akan dilancarkan minggu depan di Washington boleh memberikan peluang untuk mengubah suasana di PBB.
“Keamanan yg bersikap dingin dan perbincangan yang sangat rumit adalah jauh lebih baik daripada kurangannya rundingan. Saat ini, terdapat kesilapan di kedua-dua belah pihak, tetapi sejak hari pertama saya di sini dan berkata kepada Palestin “Mari kita berunding“ tetapi mereka menunda-nundanya, dan berharap agar Amerika akan menyelesaikan hal mereka. Mereka berkata bahawa Israel juga bersikap sambil lewa terhadap perbincangan tersebut. Saya tidak peduli. Ini adalah langkah yang tepat. Memang benar bahawa PBB memiliki majoriti mudah lebih dari 100 buah negara Muslim dan negara-negara tidak bersatu, tetapi saya yakin bahawa perbincangan ini mampu mengubah suasana tegang ini.“
Shalev juga yakin dengan ikatan yang kuat di antara Israel dan Amerika Syarikat, dan kepercayaan ini membuahkan hasil daripada beberapa pertemuan dengan komuniti Yahudi di US.
“Terdapat kepentingan yang strategik berikutan hubungan dengan Yahudi US ini. Mereka adalah penghubung di antara kami dengan kerajaan US. Usaha yang dilakukan oleh AIPAC adalah sesuatu yang memberangsangkan. Kita memerlukan persahabatan ini, dan kita harus membuat mereka merasa bahawa mereka diperlukan. Malangnya, di dalam pertukaran undang-undang baru-baru ini telah banyak menyakiti mereka yang baik di sini, yang banyak memberi sumbangan kepada Israel, dan undang-undang ini membuat mereka merasa mereka bukan sebahagian daripada kita. Saya berasa gembira kerana ianya ditunda dan saya berharap ianya akan dikuburkan sahaja, hari ini saya dapat mengatakannya secara terbuka. Membuatkan orang-orang Yahudi Amerika merasa bahawa Israel merupakan sebuah tanah air bagi orang-orang Yahudi adalah sesuatu yang sangat penting.“ Sumber 27/08/2010, Haaretz.com(Israel)
Pihak MAP mohon maaf, jika dua entri terkini, kami memuatkan laporan penuh dari sebuah media Israel. Tiada niat untuk menyentuh sensitiviti kita semua, akan tetapi ia berkait dengan rundingan damai secara bersemuka yang akan diadakan semula antara Israel dengan kumpulan perunding Palestin Ramallah yang mendapat tentangan kuat dari dalaman Palestin agar tidak meneruskan rundingan ini.
0 comments:
Catat Ulasan