ADL kritik Facebook kerana bantah hapuskan laman “intifadhah ketiga”
26 Mac 2011

Oleh: Natasha Mozgovaya
Anti Defamation League(ADL) telah merekodkan pada hari Jumaat bahawa satu aduan rasmi terhadap Facebook untuk menghapuskan laman Facebook yang dikenali “Intifadhah Ketiga Palestin”.
ADL sebuah NGO pro-zionis yang berpusat di Amerika Syarikat. Peranan ADL adalah memantau laporan media utama mengenai Israel, khususnya media-media massa di Negara-negara Islam dan Arab.

1. ADL, wikipedia
2. Web rasmi ADL
3. Abraham Foxman
Laporan asal ADL:
ADL Says Facebook 'Third Intifada' Page Abuses Technology to Promote Terrorist Violence
“Laman Facebook ini merupakan satu penyalahgunaan teknologi yang teruk, malah menyokong kekejaman pengganas,” Kata Abraham H.Foxman, Pengarah Kebangsaan ADL(gambar atas, dan di bawah sebelah kiri).

Laman itu yang mempunyai lebih 308,395 peminat bertujuan menggalakkan kemaraan intifadhah ketiga di Israel, juga memberi amaran bahawa jika Facebook menghapuskan laman tersebut, “seluruh umat Islam akan boikot Facebook selama-lamanya”.
“Kami kecewa kerana Facebook menolak permintaan kami untuk menghapuskan laman ini, yang mana jelas melanggar syarat khidmat mereka,” Ujar wakil ADL dalam satu kenyataan.
“Kali ini kami sangat kecewa kerana melihat pengalaman lalu, Facebook memahami serta menunjukkan sensitiviti apabila diketengahkan perlanggaran peraturan sebagai makluman mereka. Kita akan mendesak Facebook untuk mempertimbangkan keputusannya dan menghapuskan laman ini, yang hanya akan mendorong kekejaman untuk berlaku,” tambah kenyataan itu lagi. Sumber 26/03/2011, web berita haaretz
0 comments:
Catat Ulasan