Keselamatan Dalam Negeri kesan ejen zionis
10 April 2011
Jam 11.06 malam, Mesir
GAZA - Pihak Keselamatan Dalam Negeri Gaza menyatakan dapat mengesan beberapa orang ejen zionis dalam masa dua hari yang tugasnya untuk menggugat keamanan di Gaza.
Salah seorang wakil Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataan yang disiarkan Kementerian Dalam Negeri berkata pada hari Sabtu, "semua anggota keselamatan bergerak aktif di lapangan bagi memelihara benteng dalaman(Gaza), dengan mengawasi setiap pergerakan mereka yang disyaki," sambil memberi ancaman, "mana-mana pengkhianat yang bekerjasama dengan rejim zionis tidak akan terlepas dari buruan undang-undang."
Keselamatan Dalam Negeri menegaskan kempen yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri tahun lepas bagi menentang unsur ejen rejim zionis telah menghalang zionis dari memperolehi maklumat mengenai pejuang-pejuang Palestin.
Wakil Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataannya itu memberi bukti, katanya, "semua sasaran zionis selama dua hari adalah rumah-rumah penduduk, orang awam, penduduk yang berusia dan kanak-kanak," tambah beliau lagi,"tidak ada satu lokasi yang strategik pejuang atau seumpamanya diserang zionis."
Sambil bertegas, beliau berkata, ejen-ejen zionis telah gagal mendapatkan maklumat mengenai pejuang-pejuang Palestin.
"Ketika menyerang Gaza, rumah-rumah awam dan penduduk biasa yang menjadi sasaran zionis. Ini mengesahkan lagi zionis berbohong mendakwa kononnya ada misi yang mesti dicapai," jelas wakil itu lagi. Sumber 10/04/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan