Demonstran cedera di hadapan kedutaan Israel
16 Mei 2011
Berbalik kepada kejadian rempuhan, agensi berita REUTERS yang melaporkan dari saksi kejadian bahawa selepas beberapa jam perhimpunan diadakan hadapan bangunan yang terletaknya kedutaan Israel, polis Mesir melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas ribuan penunjuk perasaan(demonstran).
Tambah saksi, para penunjuk perasaan mendesak supaya bendera Israel diturunkan malah menutup juga kedutaan. Di samping itu, penghuni bangunan tersebut menggantungkan bendera-bendera Mesir dan Palestin di apartmen mereka.
Saksi kejadian berkata lagi, para penunjuk perasaan memberikan tempoh 30 minit agar tuntutan mereka dilunaskan sambil mengancam untuk merempuh bangunan itu. Bagaimanapun, anggota polis bertindak terlebih dahulu melepaskan tembakan amaran di udara, lantas sebahagian dari penunjuk perasaan yang cuba membuang besi sekatan di hadapan bangunan kedutaan Israel ditembak dengan gas pemedih mata.
Seramai 12 orang penunjuk perasaan ditangkap setelahmana bertempur dengan pihak keamanan malah demonstrasi disuraikan bahkan pihak keselamatan menghambat jauh para demonstran dari bangunan kedutaan.
Para demonstran berubah tempat di sebuah jambatan hadapan bangunan berkenaan seraya melaungkan, "tuntukan awal masyarakat tutup kedutaan dan usir keluar duta Israel", dan "hancur..hancur Israel"..sebagaimana laungan yang seumpama dilaungkan pemuda revolusi Mesir mendesak bekas Presiden berundur.
Sementara itu, pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan rejim penjajah, Amus Gilad tiba di Kaherah.
Menurut laporan Al-Jazeerah, kedatangan pegawai tersebut ke Kaherah adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai perkembangan di rantau ini.
Lawatan di peringkat sedemikian buat kali pertama sejak kejatuhan bekas pemerintah Mesir, Muhammad Housni Mubarak pada 11 Februari yang lalu.
Agensi berita Al-Sharq Al-Awsat pula melaporkan perbincangan dengan wakil Mesir turut menumpukan persepakatan baik pulih dalaman Palestin yang dipersetujui di Kaherah minggu lalu. Perdana Menteri rejim penjajah, Benjamin Netanyahu menyifatkan persepakatan Palestin sepertimana "memberi pukulan kepada usaha damai". Sumber 16/05/2011, web berita Al-Jazeerah
Pautan lain:
Palestin berbaik, Amerika menekan
0 comments:
Catat Ulasan