Erdogan: Israel punca masalah
16 Mei 2011
ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan telah mengkritik dasar keganasan yang dijalankan oleh rejim zionis. Jelas beliau, rejim zionis menjadi penghalang utama kepada perdamaian.
Gambar(arkib rferl): Erdogan di kiri sambil menuding jari kepada Presiden Israel, Simon Peres, "For me, as of today, Davos is finished. I won't come back to Davos after this. You don't let me speak," Erdogan said. Peres "spoke for 25 minutes, and you allow me to speak for only 12 minutes. This is unacceptable." Rujuk sini, 30 Januari 2009.
Menukil dari media Turki, kata beliau ketika persidangan forum perdagangan bahawa Palestin terpaksa menyambut lagi hari peringatan Nakbah Palestin dengan darah dan air mata.
Merujuk kepada kenyataan ini, semalam, ketika sambutan memperingati Nakbah tahun ke-63 di Maroun Al-Ras, selatan Lubnan dan dataran tinggi Golan, sebahagian dari tanah Syria yang dijajah rejim zionis serta sambutan di tanah-tanah Palestin telah ditangani secara keras oleh rejim zionis. Seramai hampir 20 yang syahid dan beratus-ratus cedera dalam kejadian di semua tempat-tempat tersebut.
Baca lagi: Nakbah kepung perampas tanah Palestin
Kata beliau, "Israel memang bertekad menjalankan dasar-dasar yang melampau sehinggalah boleh disebut ke peringkat menjadi lanun sewaktu menyasarkan kapal-kapal Freedom Flotilla di laut Mediterranean malah tidak syak menakutkan kita semua," sambil mengisyaratkan serangan berdarah yang dilancarkan komander tentera laut 'unit Shayetet 13' ke atas armada bantuan kemanusiaan akhir Mei 2010.
Perdana Menteri Turki menyifatkan Israel adalah punca utama timbulnya permasalahan di rantau ini. Tambahan lagi, masalah yang ditimbulkan Israel turut menjadi penghalang utama kepada usaha damai di Timur Tengah. Sumber 16/05/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan