الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Hari pembebasan peringkat kedua(fasa ke-2), 18/12/2011

18 Disember 2011

Liputan media

1. Peringkat kedua dari perjanjian penukaran tahanan-tawanan yang dipersetujui antara HAMAS dengan rejim zionis melalui perantaraan pihak tengah, Mesir bahawa jumlah tahanan Palestin yang dibebaskan seramai 550 orang. Peringkat pertama pada dua bulan yang lepas, seramai 477 orang tahanan Palestin telah bebas.

2. Radio Israel berkata, sebahagian besar dari tahanan Palestin yang dibebaskan akan dibawa ke perlintasan Bitunia, Tebing Barat, sementara 41 orang lagi akan dilepaskan ke sempadan Karem Abu Salem, selatan Semenanjung Gaza.

3. Dua orang tahanan dari Jordan akan dibawa ke Jambatan Raja Husin di sebelah barat Jordan dan dua lagi tahanan berasal dari BaitulMaqdis. Pada peringkat pertama, seramai 10 tahanan wanita Palestin masih belum dibebaskan dan pada hari ini hanya 6 sahaja yang dibebaskan.

4. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza, Ihab Al-Ghissin menjangkakan para tahanan Palestin yang bakal dibebaskan zionis menurut perjanjian penukaran tahanan-tawanan akan dilepaskan keluar pada jam 05:00 petang ini, waktu Gaza/Mesir. Kumpulan tahanan dari Gaza tiba di sempadan Rafah, selatan Semenanjung Gaza malam ini, iaitu pada jam 10:00 malam setelahmana selesai pemeriksaan dari pihak tengah, Mesir dan Palang Merah.

5. Lapor web berita Israel "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) pagi tadi dari sumber tertentu telah mengesahkan bahawa dalam peringkat kedua ini, tidak tersenarai tahanan-tahanan Palestin dari gerakan HAMAS dan mereka-mereka yang didakwa membunuh warga zionis. 550 orang tahanan Palestin yang bakal dibebaskan petang ini telah menerima makluman secara rasmi pada hari Khamis lalu berhubung pembebasan mereka.

6. HAMAS gesa para pendokong dan penyokongnya sama ada di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza agar menyambut ketibaan para tahanan Palestin.

Catatan masa penyempurnaan peringkat kedua perjanjian penukaran tahanan-tawanan

04:41 petang, Palestin: Puluhan dari ahli keluarga tahanan sesak nafas ekoran dari pertempuran yang tercetus dengan tentera penjajah di hadapan penjara Ofer, Ramallah, Tebing Barat. Semenjak dari awal pagi, ahli-ahli keluarga tahanan menantikan sanak saudara mereka yang bakal dibebaskan dari penjara penjajah melalui perjanjian penukaran tahanan-tawanan peringkat kedua. Penjajah hanya menyebut bahawa tahanan-tahanan Palestin akan diserahkan kepada keluarga mereka hampir jam 08:00 malam.

Pemerintah Palestin Ramallah telah menyediakan 12 buah bas untuk membawa tahanan-tahanan Palestin yang dibebaskan ke Pusat Pemerintahan Palestin di Ramallah. Sedemikian itu, bagi menyambut pembebasan para tahanan Palestin secara rasmi.

09:10 – 09:20 malam, waktu Mesir: Kenyataan media KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS berhubung peringkat kedua dari perjanjian penukaran tahanan-tawanan.
________________________________________________
Sidang media KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM



________________________________________________

Petikan kenyataan Abu Ubaidah, jurucakap AL-QASSAM:

"Janji kami kepada Allah, dan kami juga berjanji pada tahanan-tahanan Palestin bahawa kami akan bebaskan mereka semua dari kegelapan penjara musuh."

"Kami telah meneliti dari perlanggaran musuh terhadap perlaksanaan sebahagian dari nilai-ukur untuk pembebasan dan kami akan merujuk perkara ini dengan pihak Mesir untuk mendapatkan pencapaian yang lebih jauh."

"Tahanan-tahanan Palestin yang keluar bebas dari penjara-penjara musuh adalah kemenanngan kepada masyarakat kami, umat Islam dan dasar perjuangan kami."

"Kami tetap mahu bebaskan kesemua tahanan Palestin tanpa melihat kecenderungan kepada mana-mana kumpulan pembebasan."

"AL-QASSAM akan berusaha berbagai cara untuk bebaskan baki dari tahanan-tahanan wanita Palestin, musuh akan tanggung beban jika tidak membebaskan mereka yang termasuk di dalam perjanjian ini."

09:40 malam, waktu Mesir/Gaza: Terkini dari sumber khas bahawa dua buah bas yang membawa 41 orang tahanan Palestin telah mula bergerak keluar dari terminal Karem Abu Salem(sebelah Israel). Bas bergerak menuju ke sempadan Rafah.

10:00 malam, waktu Mesir/Gaza: Bas-bas yang membawa 41 orang tahanan Palestin ke Gaza telah di sempadan Rafah(sebelah Mesir).

10:15 malam, waktu Mesir/Gaza: Tahanan-tahanan Palestin ke Gaza telah memasuki ke tanah Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah. Sekarang, mereka berada di terminal bangunan sempadan Gaza-Mesir(sebelah Gaza). Ketibaan mereka disambut ahli-ahli parlimen Palestin di Gaza, yang utamanya, Dr. Ahmad Bahr, Timbalan 1 Speaker Parlimen Palestin.
________________________________________________
Klip-klip berhubung وفاء الأحرار




________________________________________________

10:20 malam, waktu Mesir: 12 buah bas(trak penjara) yang membawa tahanan Palestin(asal dari Tebing Barat) telah memasuki garisan Tebing Barat melalui kampung Rafaat, utara Ramallah. Pada siang tadi, sumber menyebut para tahanan Palestin Tebing Barat akan dibebaskan keluar dari penjara Bitunia. Bagaimanapun, berlaku perubahan. Sumber 18/12/2011, berita AL-JAZEERAH dan web-web berita Palestin

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS